Saturday, 17 August 2013
RESEPI : Sayur Jantung Pisang
Bahan²
1 biji Jantung Pisang (Pastikan yang boleh dimakan. Silap jantung pisang boleh jadi pahit) – Dihiris/mayang nipis
*Bahan² dibawah sila tumbuk mahupun kisar…
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
9 biji lada kecil (Ikut pedas masing²)
Ikan bilis
Minyak untuk menumis
Garam, gula dan serbuk perasa
Cara²nya :
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan² yang telah dikisar
2. Setelah naik baunya, masukkan jantung pisang yang telah dihiris tadi
3. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa.
4. Gaul sehingga masak
Tips:
* Setelah jantung pisang dihiris, jangan dibiarkan terlalu lama kerana nanti ianya akan menjadi sedikit kehitaman @ warnanya lebam disebabkan jantung pisang mempunyai getah. Seelok² hiris jantung pisang tersebut semasa sedang menumis bahan² yang telah dikisar tadi. Basuh, toskan dan terus masukkan jantung pisang tersebut. Insya’Allah hasilnya cantik macam gambar yang sertakan di sini.