"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday, 15 May 2013

Hadiah Sempena Hari Guru (Anak² Mama)

15.05.2013 – Khamis

Sepertimana semua maklum... bahawa esok adalah sambutan hari guru. Mama pun dah terlupa. Balik kerja tadi terus singgah di kedai dan beli hadiah serta pembalut. Malamnya operasi.... Ayah pula takde hari ni..ada program dengan Persatuan Kadet Polis di Jerantut. Jam 10.30malam baru sampai di rumah...

Malamnya Mama pun memulakan operasi... mencari gambar bagai di internet dan juga gambar wajah² kesayangan Mama ni nak buat ucapan untuk guru kelas masing²... Edit guna paint.net je... xde adobe photoshop bagai.... kira jadilah ye....

Siap di print... tinggal nak potong je lagi...

Setelah siap dipotong... letak dalam frame gambar....

Akhirnya... siap!.... Esok boleh bagi guru kelas masing² ye sayang...