"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday, 26 May 2013

Riki Jalan Hutan Di Lepar Utara..

25.05.2013 - Sabtu

Bermula jam 10.32pagi berakhir jam 6.40petang (giler punya kijer...)
Hari ini Mama, Ayah, Ihsan dan Qistina menjalankan misi riki/menjelajah hutan/jalan di kawasan hutan di Lepar Utara... TWIN tak mahu ikut. Nak tinggal rumah atuk nenek katanya.Sesaja mood masuk hutan Ayah datang... Kami layankan aja...

Jom kita gerak...

Kawasan hutan terdapat banyak sungai mahupun anak sungai.. Tapi sayang sungguh sebab air sungai dah tak secantik dan sejernih dahulu berdasarkan mata kasar Mama ni. Ayah pun cakap memang dulu airnya cantik dan jernih sangat. Itu dulu sebelum hutan jadi rupa sepertimana sekarang ini... Gondol berikutan aktiviti pembalakan. Banyak sangat anak sungai/air bukit/sungai... Mama ambil mana yang sempat @ teringat nak tekan kamera je...


Namanya pun hutan...Jalan kami kebanyakkannya mesti ada pohon buluh yang terjuntai berikutan kawasan ini memang banyak pokok buluh dan sesekali ternampak longgokan buluh di tepi jalan yang tunggu masa untuk dipasarkan. Difahamkan diusahakan oleh orang asli.

Kebanyakkan masanya kami berhenti melihat/meninjau² panaroma alam...


Ayah? Biasalah tu dengan aktiviti sesuka hatinya...

Cantik! itulah yang boleh Mama katakan bila lihat pemandangan bukit batu dibelakang kami itu. Terpegun juga bila melihat titisan ait yang keluar dari celah batu. Air hujankah? @ air mata air? urm...

Along merasa air titisan...Sejuk katanya...

Actually di bawah san ada air terjun...

Jalan yang kami lalui juga kebanyakkannya sepertimana gambar si bawah, ada diletakkan kayu balak agar kenderaan boleh lalu diatasnya..

Wah! Apa ni? Kagum sekejap dengan ciptaan Allah... tak pasti apa bendanya tapi sesekali kelihatan seperti buah ataupun cendawan. Yang pasti dia keluar dari celahan tanah seperti hidup. Nak pegang/sentuh tak berani. mana tahu jikalau ianya beracun kan...


Anak sungai lagi...

Sesekali terjumpa jalan yang bercabang dan acapkali tu jugalah ragu² nak ambil jalan mana. Ayah pilih dengan melihat kesan laluan/ tayar di atas jalan. Yang mana pada pengamatannya ramai orang lau, itulah jalan yang dipilh.


Jalan lecah okay.... berikutan hujan malam tadi agaknya.

Kebanyakkan masa, Adik hanya menunggu dalam kereta bila Mama, Ayah dan Along keluar meninjau².




Jalan yang kian ekstrem... Licin... Mujur Ayah pandai mengawal kenderaan. Hebat lah Ayah... ujar Adik...

Was² sedikit mana nak ambil laluan. Cek jalan dulu. Kang salah lalu tayar boleh tenggelam. Kat kawasan yang dari tadi kami tak berapa nak jumpa orang ni. Siapa yang nak menolong nanti? help! help!

Air sungai yang dah keruh...


Dah habis jelajah di hutan lepar hingga jam 12.35petang... Ayah meneruskan perjalanan... Tup² kami sampai di LUIT dah... tempat ramai orang duk sibuk mencari emas. Ayah nak mencari emas juga ke? Laluan kami menyelusuri ladang sawit. Sesekali jalan berlekuk². Agak mencabar juga...

Ke sana kemari, Akhirnya Ayah memilih satu anak sungai. Kesian kat Adik yang sibuk nak mandi sungai. Kiranya air sungai ni boleh tahanlah memandangkan air sungai lain kotor sangat disebabkan aktiviti perlombongan.


OTW balik ke rumah, Ayah sempat lagi menyinggah di anak sungai Lepar. Jam dah pukul 6.00petang. Adik apalagi melompat tengok air. Ayah lepaskan mandi walaupun Mama dah berat hati nak balik tambahan pula dah penat sangat.

Mama tak mau keluar kereta dah..Ayah yang ambilkan gambar...

Huhuhu...airnya cetek kemain....


Jam 6.40petang... Home sweet home..Lepas Maghrib nanti nak pergi ambil Twin kat rumah Mak pula.

Friday, 24 May 2013

Jalan² Masuk Hutan...

24.05.2013 - Jumaat

Alhamdulillah... hari ini cuti sempena hari Wesak.... Petang lepas Asar hantar anak gegirl duk umah Atuk Neneknya sebab masing² dah teruja nak bermain dengan sepupunya si Nana yang pulang ke sini. Ihsan ikut Mama Ayah...

Lepas hantar mereka, kami bertiga (Mama+Ayah+Ihsan) pun mulkan perjalanan... cewah...macam ler jauh bebenor...huhuhu... riki jalan hutan di kawasan kami ni ha... sesaje jejalan... Hubby mood dia datang dah nak masuk ke hutan...Layankan aja... kami mula bergerak jam 5.30petang

Air sungai lepar yang keruh dan naik... hari ini pula hujan renyai².




Along yang membantu si Ayah...





Jam dah 6.45petang...jom kita pulang... bersambung esok...

Wednesday, 22 May 2013

Jom Main Bola Reket...

21.05.2013 - Selasa

Mama sampai je kat rumah tengok si Qistina sibuk duk memegang raket badminton. Kemudian sibuk duk mencari sesuatu kat dalam kotak mainan. Mama dah ambil posisi baring depan tv dah...

Nak cari bola ni ha..bola reket - Katanya sambil menunjukkan raket yang tengah dipegangnya.
Nak buat apa? - Soal Mama
Ish Mama ni... saya nak main la... Mana dia Mama? - Soalnya lagi sambil mula merengek...

Aduh...

Abang, cer tolong tengokkan bola raket dia tu - Ujar Mama pada Ayah
Mujur si Ayah rajin nak melayan... dibangunnya dari tempat pembaringan dan tolong Adik cari bola raketnya.. Cari² dalam kotak tiada...

Tiba² "Dah jumpa" jerit Adik sambil menyengih. Jumpanya di bawah kerusi je...

Ayah jom la kita main bola reket - Ajaknya...
Nanti kejap² lagi kita main. Ayah nak makan kuih dulu - ujar si Ayah.

Lepas makan kuih, Ayah pun join sekali main bola raket... Mama ambil gambar mereka... Ayah ajak Mama main sekali... Jom... Tapi gambar Mama takde la... :(

Ayah-Khalisah-Qistina-Airyn (Kawannya)

Boleh la juga si Kakak ni main walaupun banyak yang tak kena sebenarnya

Ha...Adik dan Ayah duk berebut...kui3x



Adik? Huhuhu... xberapa reti nak main... banyak tak kena aja...85% tak kena... Nak bagi bola pun terkial² lagi. Kena banyak praktik ye...

Ha... Cepat tangkap bola tu Adik! -Ayah tengok je sebab bagi can..huhuhu tak kena juga pun.

pst..: Bola raket tu bulu tangkis ye... (^_^)

Thursday, 16 May 2013

Anak² : Hadiah Hari Guru Bagi Pada Siapa?

16.05.2013 - Khamis


Malamnya cerita anak²...

"Mama nak tahu tak adik bagi hadiah kat sape?" - Soal Ihsan

Pelik pula Mama dengar soalan Ihsan ni...
Kata Ihsan... Twin Mama ni bagi hadiah pada cikgu lain... bukannya pada guru kelas sepertimana yang Mama dah suruh...

Kata Khairina dia dah penat cari cikgu kelasnya tak jumpa. Walhal kata si Ihsan, guru tersebut ada di hadapan dewan. Bila ditanya... cikgu yang diberikannya hadiah tu tak mengajarnya pun... Huhuhu.. Aduhai anak....

Khalisah pula beritahu yang guru kelasnya tidak hadir... Jadi diberikanya hadiah pada seorang guru lain (ustaz). Dia ada mengajar katanya...Oklah tu...

Baru tahun satu... tak berapa nak faham lagi ye... mana²lah nak ye...

Aqilah pula riang gembira sebab dapat berikan hadiah kepada keempat² gurunya di Sekolah PASTI...

Apapun... "TERIMA KASIH CIKGU" yang mana telah mengajar keempat² anak² Mama

Wednesday, 15 May 2013

Hadiah Sempena Hari Guru (Anak² Mama)

15.05.2013 – Khamis

Sepertimana semua maklum... bahawa esok adalah sambutan hari guru. Mama pun dah terlupa. Balik kerja tadi terus singgah di kedai dan beli hadiah serta pembalut. Malamnya operasi.... Ayah pula takde hari ni..ada program dengan Persatuan Kadet Polis di Jerantut. Jam 10.30malam baru sampai di rumah...

Malamnya Mama pun memulakan operasi... mencari gambar bagai di internet dan juga gambar wajah² kesayangan Mama ni nak buat ucapan untuk guru kelas masing²... Edit guna paint.net je... xde adobe photoshop bagai.... kira jadilah ye....

Siap di print... tinggal nak potong je lagi...

Setelah siap dipotong... letak dalam frame gambar....

Akhirnya... siap!.... Esok boleh bagi guru kelas masing² ye sayang...