"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 4 February 2013

Jalan² Muzium Pekan, Pahang

03.02.2013 Ahad

Selepas makan tengahari dengan staf PUiTM sempena program riang ria... Kami berpecah mengikut haluan masing²... Kami sekeluarga? Alang², jom masuk ke Muzium Pekan yang telahpun dilakukan penjenamaan semula.  Layan....

Masuk ke dalam ni bayarannya :
DEWASA :
RM 4.00 - Untuk Anak Pahang
RM 6.00 - Untuk luar Pahang

KANAK² : Umur 12tahun ke atas sahaja yang dikenakan bayaran.

Melangkah masuk je dah rasa kagum... nampak lebih kemas tersusun. Oh ye.. masuk tak boleh bawa kasut/selipar... Cuma berkaki ayam sahaja. Namun, pihak muzium membekalkan plastik untuk mengisi kasut anda tersebut. So lepas keluar je dari muzium ni nanti, bolehlah buat kenang² plastik tu yea... wink²...

Kamera not allowed ! Tapi tak makan saman, silakan... kena tegur... senyum kambing ajalah ye...







Dah berjalan² di dalam.... Pose kat luar pulak ye...

Anak² dara bertuah... galak sangat... lepas ambil gambar tak turun juga. Dah kena tiup wisel oleh pak guard.



Huhuhu.. suka nengok gambo ni... Mama nampak kurus weh!





Hari pun dah petang... Jom kita pulang...esok Mama nak work... penatnya....