"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday, 27 December 2012

Hari Pertama Anak² Twin Mama Ke Sekolah

27.12.2012 - Khamis

Mama  ambil cuti hari ini disebabkan anak² kembar Mama bersekolah pada hari ini. (Sesi Orientasi bagi pelajar tahun 1). Di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara 01. Sekolah Mama dahulu... Alhamdulillah... Kedua² bersemangat sungguh nak ke sekolah... Almaklumlah perkara baru dalam kehidupan mereka.

Sementara mereka di kelas (Mama tak sempat nak pergi ambil gambar). Satu sesi penerangan kepada ibu bapa dijalankan menerangkan sedikit sebanyak mengenai pelajaran anak². Jadinya Mama & Ayah ambil bahagian mendengar ceramah/taklimat berkenaan silibus baru sekolah KSSR . Dah dengar, barulah Mama faham sikit²...

Kemudian, difahamkan semasa taklimat dijalankan. Murid² tahun satu sedang mengambil ujian untuk menentukan kedudukan kelas masing². Selepas taklimat, Ayah ambil bahagian membeli buku tulis dan Mama pula bahagian mengambil buku teks... Penat juga bila anak² mula bersekolah ni.

Jam 12.00tghari... semuanya selesai dan murid² dibenarkan pulang. Ditanya anak² kembar ini kedudukan kelas mereka... Nampak gayanya masing² tak faham apa itu kelas. Yang difahaminya... dapat kawan baru... cikgu baru... sekolah baru... ada kantin... tandas... bangunan bertingkat² tinggi....

Tak apalah... sikit²... Lama² nanti faham lah tu...Dah... jom kita pulang...