"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 31 December 2012

Kami Sertai PVR?

16.12.2012 Ahad - 22.12.2012 Sabtu

Apa itu PVR? Wah macam soalan peperiksaan pula....
PVR = Police Volunteer Reserve @
Sukarelawan Simpanan Polis

Antar percaya @ tidak... Hakikatnya Ninie & Hubby serta Adik Ipar Ninie (Suaidah) telahpun menyertai PVR ini dan telahpun dengan jayanya mengikuti Kursus Asas Konstabel Sukarelawan Polis siri 24/2012 di Pusat Latihan Polis Air Hitam Negeri Sembilan.

Seramai 900++ orang telah menyertai kursus ini yang mana masing² dari Negeri Sembilan & juga Negari Pahang. 200++ orang adalah permpuan dan selebihnya adalah lelaki 600++ .

Ninie merupakan Platun 28 (Kompeni F) dan Hubby Platun 11(Kompeni C). Nak dijadikan cerita... Ninie ditempatkan di Kompeni F (Asrama wanita) yang mana merupakan asrama yang paling jauh dengan sekolah mahupun dewan... Hari² nak ke kelas dengan berbaris serta berkawad "kiri, kanan, kiri"... setiap hari... Tidak ada yang boleh berjalan lenggang kangkung sepanjang berada di sana. Purata berjalan sehari adalah 8km++. Pergh... Tak pernah dibuat... Masuk dorm tak sempat langsung nak berbaring tergolek². Jangan mimpi ye... Semuanya nak kena rushing... Ada masanya sambil berjalan tu la nak betulkan tudung, baju, tanda nama bagai... Ingatkan balik pengalaman tu, nak tergelak pun ada.

Setiap pagi lepas solat subuh dah bersiap sedia untuk ke padang kawad sehingga jam 7.30 @ 8.00pagi. Kemudian bersiap² untuk belajar undang². Kelas sehingga 4.00ptg @ 4.30ptg. Jam 5.00ptg, belajar seni pertahankan diri menggunakan T-Baton. Seronok belajar yang ini walaupun hingga sekarang masih terkial² lagi. "Move Back Sir!" Ayat yang pasti...wink3...

6.30ptg bergegas bersiap untuk berkawad ke Masjid pula.... Selepas solat maghrib ikut jadual samada ke Sekolah (yang ni tak best sebab tempatnya jauh sesangat) @pun ke dewan... Kalau dewan, dekatlah sikit. Setiap malam... senang cerita, nak kemana² mesti dalam barisan dan berkawad. Setiap kali berkawad, setiap kali itu jugalah badan Ninie berpeluh. Baju mesti basah punya lah. Ashemmm baunya... wakaka.. Dengan berkasut tumitnya... hari kedua, dari kasut hitam bertumit Ninie tukar kepada kasut sukan. Mana nak larat...sakit habis kaki dibuatnya. Itupun hari terakhir (Jumaat) Kasut sukan tersebut pun 'out of services' disebabkan tapaknya yang tertanggal terus. hujungnya pun dah terbuka. Takpe... sebab dah banyak berjasa...

Walaupun kami suami isteri menyertai PVR, tapi nak bertemu muka, bersembang bagai langsung tiada masa. Sesekali ternampak masing² cuma melambai² dari jauh sahaja... Malamnya... Jika orang lain terkial² ambil masa nak tidur, Ninie mudah sungguh lelapnya. Asal letak kepala atas bantal yang keras tu... cepat je lelap... Penat sangat agaknya...Tidur wajib pasang kelambu ye... nyamuk banyak wooo...

Alhamdulillah... Kursus ini tidaklah terlalu teruk bagi Ninie (Sebab pernah ikut kursus yang lagi teruk). Cuma perjalanan nak ke kelas tu dari dorm memang jauh sesangat... Jurulatih samada di padang kawad, padang T Baton dan juga sekolah semuanya baik² belaka dan friendly. Tapi Ninie asal masuk dewan @ sekolah je pasti mata ini secara automatiknya terlelap juga walaupun seketika hingga ada seorang akak Platun Ninie panggil Ninie "Mata Stim". Wakakaka....

Layan Gambar ye... Tak banyak...Tapi adalah sikit.....

En. Hubby masa di dewan. Hari pertama tempat duduknya betul² di belakang Ninie...


Di Masjid sewaktu Solat Maghrib & Isya'

Di Dewan bersama Adik Ipar (Suaidah)

Di Kompeni/ Dorm...

Latihan Sekatan Jalanraya oleh anggota polis


Rupa kasut sukan Ninie di hari terkhir disini... Habis tercabut kedua² belah tapaknya...

With My hubby dan Sister In Law









Sunday, 30 December 2012

Mandi Kolam Di Jerantut Hill Lagi

30.12.2012 Ahad 
Lokasi Jerantut Hill

Dah berjanji dengan anak² bertuah termasuk Ihsan nak bawa mandi kolam sebelum sekolah bermula.... Jom layan... Aqilah nampaknya dah mula pandai berenang menggunakan pelampung. So jadi peneman ayah di kolam dewasa. Mama? Uwa... penat mengayuh tak bergerak² pun.. Bila nak pandai berenang ni... Layan gambar.




Kali ni siap bawa bekal dari rumah lagi... Mee Goreng....


Dah siap mandi, sementara tunggu si Ayah, sibuk nak memajat Dino sebab nak suruh Mama ambil gambar...

Thursday, 27 December 2012

Hari Pertama Anak² Twin Mama Ke Sekolah

27.12.2012 - Khamis

Mama  ambil cuti hari ini disebabkan anak² kembar Mama bersekolah pada hari ini. (Sesi Orientasi bagi pelajar tahun 1). Di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara 01. Sekolah Mama dahulu... Alhamdulillah... Kedua² bersemangat sungguh nak ke sekolah... Almaklumlah perkara baru dalam kehidupan mereka.

Sementara mereka di kelas (Mama tak sempat nak pergi ambil gambar). Satu sesi penerangan kepada ibu bapa dijalankan menerangkan sedikit sebanyak mengenai pelajaran anak². Jadinya Mama & Ayah ambil bahagian mendengar ceramah/taklimat berkenaan silibus baru sekolah KSSR . Dah dengar, barulah Mama faham sikit²...

Kemudian, difahamkan semasa taklimat dijalankan. Murid² tahun satu sedang mengambil ujian untuk menentukan kedudukan kelas masing². Selepas taklimat, Ayah ambil bahagian membeli buku tulis dan Mama pula bahagian mengambil buku teks... Penat juga bila anak² mula bersekolah ni.

Jam 12.00tghari... semuanya selesai dan murid² dibenarkan pulang. Ditanya anak² kembar ini kedudukan kelas mereka... Nampak gayanya masing² tak faham apa itu kelas. Yang difahaminya... dapat kawan baru... cikgu baru... sekolah baru... ada kantin... tandas... bangunan bertingkat² tinggi....

Tak apalah... sikit²... Lama² nanti faham lah tu...Dah... jom kita pulang...

Thursday, 20 December 2012

Moh Kita Ke Ladang...

18.11.2012 (Ahad) 

Jam 09.00 pagi Ayah datang ke rumah mengajak kami sekeluarga menjenguk² ladangnya... Al maklumlah baru tukar tapak ladang. kata Ayah... jom tengok² mana tahu satu hari nanti Ayah tak ada mula tak tahu mana letaknya ladag Ayah tu... Haish Ayah ni... ke situ pula... Kami sekeluarga pula bercadang nak balik ke Kuantan hari ini... Abang pula masih sedap tidur dibilik...

Ayah kata tak apalah... minggu depan sahaja... serba salah juga dibuatnya... Tak lama lepas Ayah balik... Abang bangun dan Ninie ceritakan perihal kedatangan Ayah tadi. Kata Abang, tak ada masalah... jom kita pergi.... Balik Kuantan petang... Bagitahu kat anak² suruh bersiap kata nak mandi sungai... laju je pergerakkannya... Jam 10.00pagi.. Kami terus ke rumah Ayah ambil Ayah dan Mak... Jom kita ke ladang...




Abang & Ayah meninjau² kawasan ladang...

Pancang kayu bernombor 81. Nombor rumah Ayah...


Ha... Mak nak join juga yerk....

Lepas ke ladang... Moh kita mandi sungai....



Abang & Ayah yang katanya nak 'pin' lokasi di GARMIN.

Dah siap mandi... Jom kita pulang... Anak² masih belum puas... Lain kali pula ye nak...

Thursday, 6 December 2012

Sepupu Baru Anak² Mama. Aisyah Hawani

Alhamdulillah... Kakak Ipar (Norjuliawati) selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di HTAA, Kuantan pada 29.11.2012 (Isnin) yang lalu. Menjadikan bilangan cucu Keluarga Mertuaku seramai 15orang.

Anak² Mama yang teruja bebeno sejak pertama kali nampak baby... "Mama, saya nak adik juga macam Balqis (sepupunya)". Aduhai anak....

Aqilah yang sibuk nak dukung baby... seram Mama dibuatnya....

Sayang Baby....

Nota Mama : Tahniah buat Kakak Iparku.

Saturday, 1 December 2012

Twin Mama & Ayah Dah Graduate! (Pasti Al Amin)

Alhamdulillah... Habis dah anak² Mama ni  belajar di Pasti Al Amin... Tahun depan masuk darjah 1 dah kedua² anak Mama & Ayah ni... Belajar rajin² ye.... Bila diamati.. Lebih kurang je muka mereka berdua ni. Nama pun kembar kan..... Layan...




Ha, Dah mula 'bergaduh'... Walaupun kembar, kadangkala kerap bertengkar @ tak 'sebulu' bak kata orang tua². Tak boleh tersentuh sikit....