"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 12 February 2013

Family Trip To Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang

Tarikh/Hari : 10.02.2013 Ahad
 Lokasi : Hutan Lipur Jerangkang, Maran, Pahang

Jam 9.00pagi, berkumpul terlebih dahulu di Shell Batu XX, Kuantan. Sebanyak 5buah Perodua Kembara dan 1Mitsubisi Triton menyertai ekspedisi kali ini.

Dah cukup ahli, jom kita bergerak ke destinasi. Sebelum tu kita minum² dulu di kedai makan Syafiqah dan 'tapau' makanan apa yang patut... senang nanti nak makan tengahari sebab kali ni takde nak bakar membakar ikan, ayam bagai. Mama dah tapau nasi dagang di jeti Tanjung Api dah tadi. Kat sini tapau juga. 2bungkus nasi putih berlaukkan ayam masak kari dan sambal belacan sahaja.


Dah siap di kedai makan, kami bergerak ke destinasi tujuan. En Hubby jadi pemandu arah. Gambar di bawah, kami berhenti seketika sebab bila ditunggu² kereta dibelakang, tak nampak² pula. Bila Hubby nak pusing balik, tetiba muncul pula mereka. Difahamkan kereta Red ada sedikit masalah.


Lepas je melalui 'terowong' kecil, melintasi Highway Pantai Timur. Kami berhenti sebentar untuk meninjau keadaan kereta Red. Ada bunyi katanya dan amat² mengganggu...


Perjalanan tetap diteruskan. Oleh kerana Ayah bawa dalam keadaan yang slow motion, sempatlah Mama ambil gambar pokok periuk kera ni. Tak sangka ada juga tumbuhan eksotik ini di sini.

Elok je sampai di lokasi dah lebih kurang jam 12.30tghari. Cuaca pula hujan. Anak² Mama ni dah tak sabar² nak mandi sungai. Apa yang Mama bayangkan, kompem airnya sejuk hingga ke tulang. Menggigil dibuatnya nanti. Amboi anak² dara Mama ni... kemain duk memanjat batu.... Dimarahpun buat tak dengar. Jatuh + Nangis nanti, Mama tambah lagi ye...

Memandangkan cuti pada kali ini agak panjang, kelihatannya ramai pengunjung disini. Gazebo/wakaf rata² dihuni. Tidak kurang juga ada yang berkhemah disini.

Hujan pun hujanlah.... Mandi tetap mandi. Alang² dah sampai...
Tak pernah dibuat lagi dalam keluarga kami... Makan nasi dagang dalam hujan hokey....!
En. hubby kononnya bawa anak² tengok air sungai. Mama tinggal di Gazebo tunggu² kut² datang semula nak suruh makan dulu. Tapi musykil sebab tak muncul² balik. Hari pula masih hujan. Tak sedap hati Mama pergi jenguk... Bertuah betul... Semuanya dah kebasahan dalam air sungai sambil terketar². Bila nampak Mama bawa makanan, tahu pula lapar. Nak tergelak pun ada... Semuanya lapar sangat²! Ihsan makan sendiri la. Anak² gegirl Mama suapkan. Tak sabar² dan tak sempat²... Nak nasi katanya.... Mulut terbuka ala² anak burung yang tak sabar² disuapkan makanan olh ibunya. Aduhai anak...kesian Mama tengok... Tau pun lapar ye.... Makan pun bertemankan huja. Sesekali termasuk juga titisan air hujan dalam nasi walau dah puas Mama cuba untuk elakkan. Alhamdulilah... semua kekenyangan termasuk Ayah dan juga Mama.

Dah siap makan... Ayah tarik Mama masuk dalam air sungai. Hampeh tul! Sejuk giler...terketor² Mama dibuatnya.... Sejuk mencengkam ke tulang rasanya....




Dah siap makan dan mandi... Jom kita naik. Kejap lagi nak bergerak pulang. hujan masih juga belum berhenti dari tadi.

Macam biasa, sebelum balik... mesti bergambar kenang²an dulu. Bukti lah katakan...


Pergh... Perjalanan balik kami... Tengok sahajalah keadaan jalannya.... Kereta Red tak lepas nak naik bukit disebabkan keadaan tayar dah macam donut... Jalan penyelesaian, cabut bumper...(mujur ada triton, leh tumpang letak jap) Apalagi... tarik la... Ditarik oleh kereta Najib.


Berhenti sekali lagi di kebun getah berlatar belakangkan pemandangan bukit. Ala² di Cameron Highland pun ado.....Berkabus² gitu...

Owner bersama kereta² mereka... Dari kiri... My Beloved, Nasa, Red, XX, Abe Yie, & Najib

Berhenti sekali lagi dipersimpagan masuk... Ayah & Along...

Kami berhenti sekali lagi di kedai makan Syafiqah.... Kali ini kereta Abe Yie pula yang 'peel' sikit. Tiba² tayarnya kempis terus a.k.a pancit..... Misi mengantikan tayar pula...

Siap ganti tayar.... Geng² Bapa  pergi minum di kedai... Mama dan anak² cuma menanti di dalam kereta sahaja....Lepas tu...apalagi... Jom kita pulang..... Nampak dibayangan cuma tilam + bantal je dah ni...nak zzzzz