"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday, 3 January 2017

Semangat Hari Pertama Ke Sekolah 'Gegurl'

030117 Selasa

Malam tadi masing2 tidur lewat juga sebab dah biasa tidur lambat waktu cuti sekolah. Tapi ajaibnya pagi ini Aqilah yang datang kejut Mama dengan dah siap pakai baju sekolah! Bila ditanya... jam baru 6.10pagi dan Kakak twin pun dah siap pakai baju sekolah! Amboiiii semangatkan anak2 bertuah Mama 3orang ni hari ni... harap2 teruslah esok lusa dan seterusnya ye... senang kerja Mama  nanti...hihihi...



Monday, 2 January 2017

Yeay!!! Adik Dah Tak Menangis Waktu Mandi...

02.01.17 Isnin

Petang ni Adik mandi dengan Ayah... Pelik... tiada suara tangisan Adik di bilik air.. kebiasaannya masuk pintu bilik air je Adik dah nangis2... Kemudian En. Hubby panggil suruh tengok si anak bertuah ni... Memang tak menangis..malahan matanya membulat memandang sana sini tatkala didudukkan dalam besen....selalunya Adik ni memang nangis bukan main bila kena air... nangis2 sambil matanya pejam tak mahu buka... boleh kira la berapa kali Adik tak menangis...Moga2 berterusan ye dik...barulah Mama pun tak kelam kabut nak mandikan Adik lain kali... Nanti kita beli itik gembo2 buat teman Adik mandi ye....



Saturday, 31 December 2016

Ihsan Masuk Asrama Dah....

31.12.16 Sabtu

Walaupun sesi persekolahan bermula 3 Januari 2017 (Selasa) tapi Along mula masuk asrama pada hari ini disebabkan terlibat dengan kem kepimpinan sehingga 02jan17 nanti... Berat tengok Along nak masuk asrama...Almaklumlah dah senang lenang dirumah sebulan kan...

Lepas ni tiada lagi suara adik2 mengadu "Mama Along buat saya" disebabkan masing2 bergurau dengan si Along....Ada je benda/perkara yang nak dicari 'pasal'... Tiada la tangan besar yang dodoi Adik Khayra sambil ambil.kesempatan duk cium gomol dan gigit pipi serta lengannya... tiada la yang tengah2 malam mengadu lapar "Mama ihsan lapar...nak makan boleh?"(nak diet konon...)... tiada la 'tukang habiskan lauk pauk Mama"...tiada la pembantu dapur Mama...hihihi... kena tunggu cuti sekolah panjang la pula...

Rindulah kami pada Along nanti....

Apapun tahun ni bermula cabaran baru ...PT3. Semoga Along berjaya dalam pelajaran dunia serta akhirat..... study smart... not study hard... All the best!

Malam berkemas sebelum ke asrama esok. Sempat lagi nak mencuba baju baru hasil jahitan Nenek & Seluar yang telah dijahit/otter oleh Mak Tok... Agak banyak songeh sikit sekarang bila dah jiwa remaja ni.

Tarikh kat pic ni salah rupanya..hihihi.. sepatutnya 311216 Sabtu... Along tengah mengemas² locker.

Dengan si Adik Khayra..... Sama² membulat dengan jayanya....

Kelima² buah hati pengarang jantung Mama dan Ayah

Wednesday, 28 December 2016

Main Batu Seremban

281216 Rabu

Aktiviti malam ni...selalunya memang macam² aktiviti pun anak² bertuah ni...cuma malam ni sibuk ajak Mama join sekali... Main batu seremban. Dah tentu²nya Mama la yang menang....


Sunday, 25 December 2016

Khayra @ 60hari / 2Bulan

25.12.16 Ahad

Hari ni genap umur Khayra Safiya 2 bulan... Alhamdulillah Adik tak banyak ragamnya.... cuma hingga kini Adik tak nak botol susu walaupun Mama dah cuba 2/3 jenis puting... Walaupun susu Mama masih tak meriah mana, tapi Mama pam juga susu hari-hari untuk buat stok beku... Semoga Adik nak juga minum guna botol susu... Mama pun lagi 30hari je cuti... Kemudian masuk kerja dengan rutin harian baru di tahun baru.... Semoga Allah SWT permudahkan segalanya nanti....

Selalu letak gambar 'omey' je kan... hari ni letak gambar uwaaaa pula... Bagi Mama Adik tetap OMEY!


Saturday, 24 December 2016

Jom Mandi Sungai

241216 Sabtu
Lokasi : Sungai di ladang sawit Lepar Utara 04

Penuhi permintaan anak-anak gegirl nak mandi sungai. Tahun ni memang tiada outdoor aktiviti (sebelum2 ni duk offroad bagai...) Hubby bawa kami sekeluarga ke sungai di ladang berhampiran dalam 5km je dari rumah.... baby Khayra pun ikut sekali tapi cuma duk dalam kereta je dengan Mama tak keluar pun... Mujur Khayra baik sangat moodnya.... bangun dan tido sahaja....

Tapi air sungainya cetek je... gegirl seronoklah mandi... tapi Ihsan tak boleh la nak berenang-renang gitu...


Friday, 23 December 2016

Khayra Nak Jalan-Jalan

231216 Jumaat

Baring tak nak... pegang tak nak... rupanya nak jalan-jalan.... anak bertuah mama ni... Jadinya Along bawa adik jalan-jalan jap depan rumah...mood dah ok, masuk rumah Kakak Aqilah nak pegang jap...tau tau Adik Khayra dah tertidur...Alahai la anak