"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday, 14 August 2013

Aiskrim Malaysia Buat Anak²

14.08.2013 Rabu

Lepas siap memotong dan membasuh ayam juga sambil menggoreng ayam segera Ayamas, Sempat lagi Mama buatkan aiskrim untuk anak² seramai 4 orang tu. Sebelum² ni pun memang pernah buat. Kali ini perasa Tebu, Anggur dan Oren. Bukan main suka lagi mereka. Siap request nak aiskrim Jagung & sirap pula lepas ni. Tapi sehari boleh makan sebatang sahajaye..maksima Cuma 2 batang aiskrim seorang/hari. Demam ke selesema ke salah seorang, automatik semuanya tak boleh minum aiskrim tersebut sehinggalah yang kurang sihat tersebut sihat sepenuhnya.




Bila En. Hubby Datang ‘Rajinnya’

14.08.2013 Rabu 

Sampai je kat rumah lepas balik kerja… Mak oi… Sibuk betul En. Hubby Ninie ni duk mengemas² stor barang² dia yang sebanyak 2 tangki tong air… Tangki air yang selalunya orang letak atas bumbung rumah tu ye… Bukan tangki air hok kaler biru duk tadah air macam besar tong drum tu.
Huhuhu… Kemas ye sayang.. jangan tak kemas…. Lagipun mudah sikit jika nak berpindah nanti….
(Macam macam ada...)


Sunday, 11 August 2013

Terima Kasih... (Tolong Tukar Tayar Kereta Mama)

11.08.2013 Ahad

Aksi Ihsan yang membantu si Ayah menukarkan tayar kereta Mama.... Terima kasih kepada kalian berdua. lots You All ketat²...







Saturday, 10 August 2013

Aidilfitri 1434H @ 2013 Kami...

08.08.2013 Khamis (01 Syawal 1434H)

Syukur....
#darlingniniefamily
#adliyanfamilyraya

















Thursday, 8 August 2013

Salam Aidilfitri 1434H

08.08.2013 Khamis (01 Syawal 1434H)

Buat yang mengenali kami sekeluarga samada secara nyata mahupun maya....
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H diucapkan...Maaf Zahir & Batin..
Mohon dimaafkan segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita semua....


Wednesday, 7 August 2013

Anak² Mama Tatkala Bersahur & Berbuka

07.08.2013 Rabu (29 Ramadhan 1434H)

Syukur Alhamdulillah diberikan nafas lagi oleh Allah pada sehingga ke hari ini... Hari ini pun dah masuk 29 Ramadhan 1434H. Insya'Allah jika diizinkan olehNya semua umat islam akan menyambut 01 Syawal pada keesokkan harinya... Bermakna Hari Raya Aidilfitri yang mana dinanti²kan oleh kanak²....

Macam² ragam anak² Mama sepanjang bulan Ramadhan ni... Alhamdulillah...masing² berpuasa walaupun tak dapat penuh sebulan. Sebelum ni ada Mama ceritakan tentang Ramadhan kami hingga ke 10Ramadhan sahaja sebab yang lain²nya biasa² sahaja sehingglah hari ini...

Cuma hari ini Mama nak story tentang gelagat anak² tatkala bersahur dan juga berbuka....

 Waktu Bersahur

Muhammad Ihsan...
Cukup mudah! Sepertimana tahun² sebelumnya, bangun cuma minum secawan air milo dan tidur balik.... Kecuali lah kalau lauk tatkala berbuka puasa tadi berkenan di hatinya dan perutnya tak berapa nak 'penuh'. Along akan bagitaju awal² yang dia nak sahur sebelum masuk tidur. Seingat² Mama Along bangun sahur dengan makan nasi beberapa kali je... Makan dengan lauk ikan patin, ayam masak lemak.... Yang lain² minum dan terus sambung tidur...


Khalisah & Khairina...
Kembar Mama ni cukup mudah juga untuk dikejutkan tatkala bersahur.... Kejut² buka mata adakalanya mata masih juga terpejam tapi mulut duk menganga... Waktu sahur memang Mama yang suapkan makanan ke dalam mulut masing²... Kalau disuruh makan sendiri, rasanya tak terluak lah nasi tu... Walaupun bangun makan, tapi suapannya tak sampai 10suap pun. Kemudian geleng² kepala, capai air...minum...niat..sambung tidur lagi... Aduhai anak... Nak tergelak Mama tengokkan sebab waktu duk menguyah makanan pun terhuyung hayang kepala sebab tertidur...




Aqilah Qistina...
Si bongsu ni memang lain sikit... Mama akan kejutkan last sekali bila dah siap suap kakak²nya makan. Kejutnya pula tak boleh nak berlembut sangat. Teringat di awal² Ramadhan dulu siap nak 'mengamuk' dah Mama rasanya... Lama² baru faham... Si Adik, kalau nak dikejutkan, tak usahlah nak tepuk² punggung cakap lembut² bagai.... Caranya? Pegang ke dua² lengannya bangunkan/dudukkan terus... Kompem bangun walaupun dia bebel marah² sikit. Tak kisahlah..Janji Adik bangun makan.... Huhuhu... Makannya pula sekadar 3suapan..lebih tak mau dah. Bertuah betul si bongsu ni...Kemudaian minum air milo, baca niat sambung tidur... Cuma 2/3hari nak akhir puasa ni je adik makan lebih dari 3 suap.




************************************************************

Waktu Berbuka...

Mama selalunya layan anak² & Ayahnya makan dulu. Mama? Makan kemudian... Selalunya selepas solat Maghrib.Kemudian waktu makan tu kalau tak kecoh meja makan tu tak sah. Lagi² si Adik..Ada je cakap²nya yang nak menyakitkan hati si Kakak² & Along. Haish... anak² bertuah...

Kalau Mama masak ikan siakap pula, bukan main lagi masing² makannya... Seekor ikan siakap tu memang habis licin waktu tu juga...

Along pula jadi pembantu Mama didapur. Tatkala Mama memasak di dapur, selalunya Along akan datang menjengah dan tolong apa yang patut... Angakt lauk pauk ke depan, isi kuih dalam pinggan, buat air, angkat segala bagai yang perlu... Terima kasih ye....♥

Alhamdulillah..Masing♥ bagus² belaka..tak cerewet dalam soal makanan. Apa yang dimasak, itulah yang dimakan... Satu lagi kegemeran mereka ni... Kurma Goreng!...Mujur senang je nak membuatnya....

Monday, 5 August 2013

Hadiah Buat Si Ayah (Zon Larangan Merokok)

Bila tak ada kerja... Bukan main kreatif lagi si anak² girl bertuah ni. Berkerjasama berganding bahu.... Teringat dialog si Anak dengan Ayahnya pada suatu hari...Mostly si Adik lah....

Ayah tak boleh merokok... -Anak
Kenapa?...-Ayah
Merokok tak elok...Cikgu pun kata tak elok... -Anak
Tapi kat sini mana ada tulis dilarang merokok? - Ayah
Ish Ayah ni... Nanti saya buat dilarang merokok di sini... - Anak
Tunggu ye...Nanti Ayah tak boleh hisap rokok lagi...- Anak
Ok.. -Ayah

Macam²... Rajin pula dibuatnya tanda tak boleh merokok tu.. Siap ditampal dibelakang kerusi di mana tempat si Ayah selalu lepak tatkala menggunakan komputernya....

Menjadi ke? "huhuhu... menjadi la sangat..." Apapun... Prihatin sungguh si Anak terhadap si Ayah agar berhenti merokok.... Terbaik!....

Hasil lukisan si Adik....