"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday, 17 January 2013

Khalisah : "Saya Tak Nak Mati"

15.01.2013 - Selasa

Petang Mama sampai lambat dirumah lebih kurang jam 6.40petang sebab memandu pulang setakat 60-70km sahaja berikutan terasa sungguh kepenatan dan disusuli mengantuk yang tanpa perlu disuruh menguap hingga mengeluarkan air mata. Ada sekali, nak tak nak kena berhenti tepi jap lelapkan mata agar tak teruk sangat...Kang tak pasal² terlelap masa tengah memandu lagi lah parah.

Berbalik kepada tajuk entry... Masa Mama baru je sampai rumah... Kelihatan Kakak sedang sibuk dengan layang²nya. Argh... diselongkar mana pula boleh dapat layang² tu.... Lepas tu Ayah bagi seorang satu layang². Mama dah pesan jangan berlari tunggu angin tiup sahaja... Kebetulan pula memang ada angin petang ni... "Baik Mama" Itu lah jawapan si anak...

Tak sampai pun 10minit Mama di dalam rumah baru nak sibuk di dapur... Terdengar raungan si Kakak "Saya tak nak mati...Habislah Ayah... Tolong saya.."... Sah si Kakak ni ada luka sebab setiap kali Kakak luka walaupun sikit je Kakak jenis yang mudah cemas dan takut mati. Aduhai anak...

Mama datang menjenguk si Kakak yang tengah dibelek² oleh si Ayah... Lututnya melecet.. Nampak gayanya sah Kakak berlari tadi dan diceritakan oleh kawan²nya yang memang dia berlari bermain layang² tadi...

Mujur ada First Aid dalam rumah... Dah dibersihkan dan diisi minyak gamat... sedu Kakak mula kurang dan aik.... boleh pula minta nak main / keluar rumah lagi... Mama cuma pesan pada Kakak... Nak keluar boleh tapi jangan nak "hek² (nangis) dan berlari lagi". "Ok" itu aja la jawabnya....

Gambar Kakak tadi :






Monday, 14 January 2013

Selamat Hari Lahir Sayang... (Muhammad Ihsan)

14.01.2013 - Isnin

To Satu²nya anak Lelaki Mama & Ayah (sehingga tarikh ini)
Yang makim Bam Bam..... Muhammad Ihsan Bin Mohamad Adli...

Ucapan Dari Mama & Ayah :
Semoga bahagia di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh

Saturday, 12 January 2013

PVR : Latihan Menembak

12.01.2013 - Sabtu
Lokasi : Padang Sasar, Jerantut
0800-1230

M.E.N.E.M.B.A.K. Merupakan  pengalaman pertama bagi Ninie. Pergh... Sentap gak masa pertama kali melepaskan tembakan. Berdengung telinga dibuatnya. Hubby tiada masalah sebab dah ada pengalaman menembak disebabkan aktif dalam Persatuan Kadet Polis Sekolah dan seringkali mengikuti kursus dan juga perkhemahan.

Kami diperkenalkan dengan Revolver & juga Walhter P99. Akan tetapi latihan hanya menggunakan Revolver sahaja. Sesi penerangan diadakan terlebih dahulu bagi memahami apa yang akan dipelajari.

Alhamdulillah... berjaya melepaskan tembakan dengan 20butir peluru....

Revolver
 

 Walther P99

Sesi penerangan sebelum memulakan latihan oleh En. Ruzlan.

Lapang Sasar

En Hubby di Posisi no. 10

Posisi Berdiri.. Adalah kenangan walaupun cuma nampak belakang je.... urm... Ninie di Posisi No. 8

Posisi Melutut


T.E.R.B.A.I.K.!!!

Sunday, 6 January 2013

Menyelamatkan Si Meoww

06.01.2013 - Ahad

Dah beberapa hari Mama terdengar bunya meow² si anak kucing berhampiran mesin basuh di belakang rumah tatkala Mama nak membasuh kain. Tapi bila dilihat sekeliling tak ada pula. Entah kenapa, hari ini bunyi meow²nya masih kedengaran dan bila dilihat sekeliling masih juga tiada. Rasa tak sedap hati... Panggil Hubby minta tolong tengok²kan. Pusing keliling mesin tak adapun... siap angkat tengok bawah mesin basuh pun masih tak ada... Hubby menjegah ke dalam mesin... Sah bunyi meow itu datang dari dalam mesin basuh... Apa lagi... Jom kita siasat... Betul ke dalam mesin  basuh?


Wink3... Memang kompem si meow duk dalam mesin basuh tu. Agaknya si Ibu meow bawa masuk dalam mesin basuh masa kain baju duk penuh dalam mesin tu tetapi terjatuh di celah²...

Ha...Inilah rupa si meow kecil comel tu... Kebetulan Ibunya datang... hulur pada si ibu meow dan Ibu si meow terus ambil anaknya dan bawa entah ke mana...

Sejak kejadian Mama akan pastikan penutup mesin basuh sentiasa tertutup... Risau kejadian berulang dan juga tak mau dengor si Ayah membebel dah...

Thursday, 3 January 2013

Jom Tulis Nama & Balut Buku Teks Anak²

03.01.2013 - Rabu

Mama dah mula bekerja hari ini... Tugasan hakiki di opis tak usah dicakap..menimbun.... Malamnya pula sibuk dengan urusan rumah... Tatkala anak² dah tidur, terpandangkan buku² latihan dan teks anak² yang masih belum berbalut dan ditulis namanya.... uwa...Jam dah pun 1.00pagi... Nak buat masa bila lagi? Esok anak² nak ke sekolah pula.... Kesian si Kembar tu nanti... Jom balut buku dan tulis nama....

Pergh... Banyak betul... Jam 2.30pagi baru siap... Baru sekolah Kebangsaan..Belum KAFA lagi...(KAFA Ayah ambil port pula ye...wink3)




Wednesday, 2 January 2013

Hari Pertama Anak² Ke Sekolah Bagi Tahun 2013

02.03.2013 - Rabu

Hari pertama persekolahan bagi tahun 2013.Bersemangat sungguh mereka... Alhamdulillah... Harapannya semoga semangat ini kekal hingga hujung tahun ye....

Ihsan (Along) masuk Darjah 5 tahun ini.... Tahun depan bakal menghadapi UPSR....
Khalisah & Khairina masuk Darjah 1
Aqilah masuk umur 6tahun dan masih bersekolah di Pasti Al Amin...

Aqilah yang baru pulang dari sekolah... Tadi Mama ikut Ayah hantar Adik...
Masa nak tinggalkan lepas berjumpa cikgu.... Tiba² Adik menangis... Pulak dah.... Aduhai anak...
Balik rumah Mama tanya kenapa Adik menangis... Saja je jawabnya.... ish....


Mama ambil anak kembar pulang dari sekolah sebab ayah busy di tempat kerja. Tambahan pula Mama cuti hari ni sebab semua anak² Mama mula bersekolah dan Hubby pun baru mula bekerja. Adik semangat betul nak mencari si Kakak²nya dalam sekolah...

Baru masuk kereta cepat² tanggal tudung. Panas katanya... Si Kakak dengan air ditangan, kawan tolong belikan.... Sebab Mama bagi bekal air masak katanya. Khairina pula buka bekal yang Mama bagi pagi tadi. "Saya lapar. Waktu rehat saya makan sikit aja" Katanya... urm macam²....


Si Ihsan @ Along yang semakin Bam Bam... berat pun dah 66kg. Mengalahkan Mama & Ayah... Aduhai anak. Masih menjadi pengawas sekolah bagi tahun ini.


Pagi tadi suasana agak kelam kabut... Twin sebab mengalami fasa baru... its ok.... Along? Dah berapa tahun dah sekolah pun masih terangkak² nak bersiap... Jenuh Mama jerit² di pagi hari... Haish.... Pagi ni si Ayah yang menghantar ke semua anaknya ke sekolah.... Tanya Twin... takpe ke... Jawbnya..."Takpe..kami kan dah besar..."

Balik sekolah semuanya kata hari ni kat sekolah seronok... Almaklumlah hari pertama dan masih belum belajar sepenuhnya.....
Nota Mama : Semoha kalian menjadi anak² yang berjaya di dunia & akhirat. Amin...

Tuesday, 1 January 2013

Twin Potong Rambut

01.01.2013 - Selasa

Mama rimas sungguh melihat rambut twin Mama ni yang panjang dan mengerbang². Bertambah² rimas lagi bila nak pergi sekolah dan nak pakai tudung. Rambut mulalah melambai² keluar dari anak tudung yang dipakai. Tambahan pula twin masih lagi tak pandai nak ikat rambut.

So bagitau pada si Ayah suruh potongkan rambut anak² twin ni. Si Ayah ok je... Jom mulakan misi...




Rambut si Adik memang dah sedia pendek sebab dia sendiri yang nak dari dulu. Rimas katanya. Neneknya yang potong dulu tu...