"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday, 24 July 2022

Bawa 3 Cilik Ke Pusat Sains Negara

Ahad, 24/07/2022
Pusat Sains Negara

Dah berapa kali Ayah suarakan nak bawa Khayra, Khaliq dan Khabir ke Pusat Sains Negara... Ha, tau² dah sampai hari ini tanpa perancangan pun. Petang semalam (Sabtu) bergerak dari rumah dan tidur semalaman di Hotel OYO dan dari hotel terus ke sini.

Pengalaman pertama bagi anakanda cilik ni berjalan² luar dari Negeri Pahang selepas pandemik (sekarang di fasa endemik). Teruja? Sememangnya nampak keterujaan 3 kecil ni teroka tempat baru. Urm... dah pula tu langsung tak takut orang. Ke sana sini ikut sesuka hati. Memang mata jangan la terlepas. Ligat memang ligat terutama si Khaliq dan Khabir.

Oleh kerana masing² tahu apa itu dinosaur sebab rajin tengok di youtube, maka kami ambil kesempatan masuk ke dalam ni juga. Masih sama sepertimana MamaAyah bawa Abang dan Kakak²nya masa mereka kecil dahulu dan itu jugalah dinosaur nya. Siap nampak kesan dah terkoyak kulit dinosaur itu. Alahai..... Takut? Si kecil ini mula² je nampak takut, lepas tu urm.... hilang perasaan takutnya tu.

Habis di Dinosaur Encounter, jom kita teroka tempat lainnya.... Memang masing² teruja dan semangat nak mencuba semua benda yang ada. Oh ya di sini ada ruangan khas untuk anak umur 4tahun ke bawah. Ha... kat sini lega sikit sebab masing² leka bermain.

Mama ada tulis pasal anakanda kembar ni ligat dan tak takut orang kan. Masa di sini, Ayah tengok²kan Khaliq, Mama tengok²kan Khabir, Along tengok²kan Khayra. Tapi itu la kan. Masa tengah bermain di blok² mainan, entah masa bila Mama memang tak nampak langsung begitu juga si Along padahal masing² duk menghadap pintu masuk tempat bermain blok tu.... Mama perasan ada Khayra je. Mata Mama melilau cari Khabir, TIADA!

Mama terus bangun dari kerusi dan terus pergi ke tempat yang dia pernah bermain berdekatan. Kompem tak ada kelibatnya di mana! Allahu... Mama nampak Ayah dengan Khaliq, kut la ada sekali... Memang tak ada juga... Mata Mama memang dah melilau dengan fikiran dah set mind warna baju dan seluar dia pakai sambil panggil² namanya.... Kut² dia terdengar dan datang kan. Ye la ramai sangat orang hari ni. Hati memang berdebar. Degup jantung Mama memang dah laju masa ini. Mama cuba bertenang.... Tiba² Mama teringat masa keluar dari ruang bermain untuk kanak² umur 4 tahun tadi dia ada cakap "Saya nak naik atas, nak tengok dinosaur" Mama cakap tak boleh la... dinosaur penat.... dia terus ke tempat lain untuk bermain... Ha... Mama dah atur langkah nak ke tingkat atas sambil 'scan' semua orang yang tengah lalu lalang di kawasan nak ke sana.

Hati berdoa, mata melilau, mulut memanggil. Mama dah tak peduli dengan orang sekeliling dah. Tarik nafas panjang.... Mama mulai naik, seingat Mama tak sempat 10 langkah, Mama nampak kelibat Khabir tengah berjalan menurun dicelah² orang seorang diri sambil mata dia pun melilau² seolah² mencari seseorang. Mama tarik nafas lega... Mama tunggu dia turun, tiba² dia perasan Mama di laluan, terukir senyuman dibibir dia sambil lari meluru ke arah Mama.... Mama sambut dia... Allahu... Aduhai la anak.... "Mama pegi mana? Mama tinggal saya ke?" soalnya.... Eh eh dia ni... dia yang tinggal Mama entah ke mana².... Khabir peluk Mama erat². Lepas pada tu, baru lah dia nak kemana² cari/pegang tangan Mama. Kalau tidak, sebelum ni memang langsung tak nak dipegang! Nak berjalan sendiri je. Terima kasih Ya ALLAH.... Memang betullah dia nak pergi tengok dinosaur tu lagi.

Dah penat di sini jom kita keluar cari makan. Kami makan di cafe yang ada di sini. Semangat bermain masih lagi membara. Mujur kawasan taman/kolam tu ditutup (berpagar tali tape putih merah) kalau tak mau sambung main di sana pula.

Memang berbaloi sebab masing² jenis teruja dan tak takut... Seronok tapi agak takut² dengan dinosaur.

#kembarkhaliqdankhabir