"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 6 June 2016

Salam Ramadhan 1437H /2016


06.06.2016 Isnin
01 Ramadhan 1437H

*18w3d
Semoga Ramadhan kali ini Ninie dapat berpuasa penuh... Azam perlu ada...jadi tak perlu lah ganti nanti... Baby dalam rahim Mama mesti kuat tau.... Lama dah tak hadapi Ramadhan dengan keadaan yang mengandung. Dulu pernah puasa masa mengandung dan tak penuh rasanya... hihihi...lapar ya amat....

Minggu pertama ini Alhamdulillah semua anak-anak ada di rumah. Kebetulan tahun ini jatuh di minggu cuti persekolahan. Memang 'meriah' la rumah.... Minggu depan Ihsan dah mula masuk asrama...

Semoga Ramadhan kali ini dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT dan kita sama-sama memperbanyakkan amalan....

Wednesday, 1 June 2016

Jalan² : Hari Terbuka TUDM Ke 58

01 Jun 2016 Rabu

Hari ni Ninie ambil cuti sebab En. Hubby cakap nak ajak jenjalan bawa anak² ke Hari Terbuka TUDM pada hari ini di Batu 10, Kuantan, Pahang. Ninie ok kan sahaja dengan syarat balik semula hari ini sebab esok kerja... Yang cuti cuma anak² and Hubby je... Ninie memang tak cuti sebab Ninie bukan cikgu.

Perancangan En. Hubby nak gerak pagi dalam jam 9 gitu.... Tapi.... Anak² yang menunggu siap tertidur sebab kelewatan si Ayah yang sibuk dengan urusan di sekolah. Perancangan tersasar jauh... Kami mula bergerak jam 2.15petang.

Hubby ikut laluan Sri Jaya... Jadi kami sampai pada jam 4.30ptg sebab jalan agak sesak dari traffic light gambang. Hubby parking pun agak jauh... Nun di Masjid berdekatan dan kami berjalan kaki masuk ke kawasan TUDM tersebut.

Cuaca agak panas, Ninie hilang mood nak berjalan². Pusing² jap ikut Hubby kemudian Ninie ambil port 'lepak' biarkan Hubby dengan anak² yang mahu mengikutnya melawat 'kawasan' kapal terbang yang dipamerkan.

Pertunjukan perbarisan + udara memang tiada la petang² ni. Mungkin acara itu pada pagi² tadi semasa majlis perasmian... Huhuhu...Sedikit kecewa di sini.... Tak apalah... Mungkin lain kali...

Sebelum balik jom kita singgah makan dulu... Home sweet home....