"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday, 26 April 2016

Susu Pilihan Ninie Ketika Hamil

Dah request sample susu untuk ibu mengandung secara percuma? Belum? Jom request... Tak rugi pun mencuba... Boleh tengok di link/entry ini ye :
http://darlingniniefamily.blogspot.my/2016/04/bakal-ibujom-request-sample-susu-percuma.html

Mengandung kali ini Ninie agak gemar pula minum susu.... Sedap tau... Nak² pula jika susu kotak dutch lady tu.... Harga je tak berapa nak comel kalau beli hari². Sekarang 12w4d dan dah habis sebotol susu kambing dari prima life ni. Alhamdulillah... tiada bau hamis dan bagi Ninie ianya mudah larut... Kadangkala Ninie campur 1 sudu besar madu untuk bagi rasa manis. Eh eh... Madu pun bagus untuk kesihatan kan.... Sebagai pengganti gula bagi yang tak boleh nak telan susu tu.... Macam dalam gambar ni ha... 1 botol tu RM 45 dan isi kandungannya 650g. Bagi Ninie, berbaloi dah harga dan beratnya tu....  Nak beli susu ni? boleh je.... Pos add RM 10/semenanjung ye....

Kadangkala Ninie selang selikan juga dengan susu biasa (jimat bajet...huhuhu).... Walaupun ianya bukan susu untuk ibu mengandung. Ninie ambil Fernleaf Instant Milk.




Bakal Ibu...Jom Request Sample Susu Percuma

26 April 2016 Selasa

Tak ingat tarikh dan hari...cuma masa tu Ninie mood rajin datang nak mengadap internet di waktu rehat.... Tiba² datang angin nak search pasal susu yang sesuai untuk ibu mengandung. Al maklumlah sekarang pelbagai jenama susu di pasaran untuk ibu² hamil ni. Siap dengan perasa lagi. Jika sekitar tahun 2001 semasa Ninie mengandungkan anak sulung : Muhammad Ihsan, seingat Ninie susu yang popular ketika itu adalah jenama Anmum dan itulah yang Ninie minum. Twin dan si bongsu Aqilah Ninie tak minum susu sebab langsung tak boleh nak telan rasanya. Asal masuk tekak jadi kembang semangkuk dan loya gitu. Sudahnya sampai melahirkan Twin dan Aqilah susu tu beku macam tu je....

Jom bakal² ibu jenguk² link dibawah dan request sample ye... Cuma isikan maklumat diri sahaja... Ada juga yang kena jadi member tapi jangan risau... Ianya percuma.....bayaran pos pun TIADA. Ada yang akan call kita untuk dapatkan kepastian... Jangan risau... Pegawai khidmat pelanggan tu sekadar mahu bertanyakan kandungan dah berapa minggu/bulan, kandungan anak yang ke berapa dan sekarang sedang minum susu apa serta mahukan pengesahan sahaja.

Namun bila banyak membaca dari encik google, yang terbaik untuk ibu hamil adalah susu kambing... In sha Allah... Atas diri masing² la ye...Sebab ramai yang mengatakan bahawa susu² di pasaran mengandungi kandungan gula yang agak tinggi dan tak sesuai untuk ibu² mengandung terutama yang ada diabetis.

Selain itu ada juga para ibu hamil yang mengambil susu segar... Bila tanya nurse...Katanya tak kisah pun susu apa janji susu tepung untuk bekalkan kita kalsium mahupun susu segar... Janji masa mengandung ni jangan tak minum susu. Perlu minum untuk ibu dan anak dalam kandungan

Ini Ninie senaraikan buat para ibu yang nak mencuba susu² untuk ibu mengandung yang ada di pasaran. Macam yang dinyatakan sebelum ini... Ianya percuma sahaja.... Selamat 'Request Sample' ye...

Pst... Setakat ni yang sampai depan pintu rumah  macam pic di bawah ni... Yang lain² tak salah untuk mencuba.

Nak tahu Ninie minum susu apa? Meh jenguk link ini :

http://darlingniniefamily.blogspot.my/2016/04/susu-pilihan-ninie-ketika-hamil.html


Susu dari Friso Gold...

SSusu dari EnfamamaA+, siap ada fridge magnet, CD classical music, pelekat  kereta 'Family On Board' gitu....

Susu dari Wyeth (S-26) siap ada kad cantik rama² gitu

Susu Mamil Mama dari Dmex ni ha... memang terbaik... kotak besar lagi 600g. Ada jenguk di pasaraya, harga untuk 1 kotak macam ni dah cecah RM 30.++ Siap dapat beg lagi.... Nanti boleh letak lampin baby ye...



S-26 : https://www.wyethnutrition.com.my/en/products/free-samples


FRISO GOLD : http://www.frisogold.com.my/try-friso-gold

ANMUM : http://www.anmum.com.my/request-for-sample/

DUTCH LADY : http://www.smartmoments.com.my/public/product/sample_page

DUMEX : http://www.dumex.com.my/pages/requestsample.aspx?frsmpl

ENFAGROW : http://meadjohnsonasia.com.my/pdpa/enfa_sqform/?ref=frontpanel

SUSU KAMBING : http://lazzsusukambing.com/borang-sample.html



Friday, 22 April 2016

Doa Ibu Mengandung, Surah Amalan Untuk Ibu Mengandung & Amalan Yang Baik Untuk Ibu Mengandung

Doa Ibu Mengandung...

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.“
Aamiin...

Surah Amalan Untuk Ibu Mengandung

Nikmat mengandung dan melahirkan anak adalah nikmat yang cukup berharga yang dikurniakan Allah SWT kepada wanita. Pengalaman selama tempoh mengandung dan melahirkan adalah cukup indah dan berharga. Tempoh mengandung adalah detik emas yang seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah.

Semasa mengandung, bakal ibu sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah antaranya bertaubat kepada Allah SWT, membanyakan zikir dan doa serta membaca Al-Quran. Setiap surah yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya tersendiri.

Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.

Surah al-Fatihah
Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah

Surah Yusuf
Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian

Surah Luqman
Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah Maryam
Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl (Ayat 78) – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

AMALAN BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.

Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar.
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. 
Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. 
Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. 
Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran.
Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah,