"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday, 18 July 2015

Aidilfitri 1436H / 2015

01 Syawal 1436H /18 Julai 2015 - Jumaat

Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan Syawal tahun ini dengan izin Allah SWT. Sepertimana kebiasaannya, Raya balik rumah MIL di Kuantan... Meriah? Kompem meriah dengan ipar duai dan anak² saudara yang sedang membesar... Riuh rendah dibuatnya dengan macam² karenah...

Sekitar gambar raya kami sekeluarga....

Pst... Rendang My MIL sedapnya....

#darlingniniefamily
#adliyanfamilyraya

























Friday, 17 July 2015

Salam Aidilfiti 1436H/2015


Thursday, 16 July 2015

Kerja Separuh Hari - Thank You

16 Julai 2015 Khamis
29 Ramadhan 1436H

Alhamdulillah... Terima kasih Dato' NC
Hihihi... Esok dah nak raya, Tetapi hari ini masih ke tempat kerja... Namun Alhamdulillah... Diberi kebenaran untuk pulang awal...Home sweet home...

Mood sepanjang minggu ni hari² dengar lagu² raya je. Mengusik jiwa gitu....


Wednesday, 15 July 2015

RESEPI : Kuih Puteri Ayu Berkeju

Mak ai... Nama resepi bukan main lagi... Orang duk buh kelapa parut, Mama letak keju pula... Lupa dah resepi ni dari mana. Tapi yang pasti masa Mama duk sibuk kumpul resepi masa bulan puasa hari tu.... Melayan² FB tertarik pada acuan bunga ros yang pada mata Mama cukup² cantik. Harganya pun berpatutan... Jom kita masak...


Bahan² : A
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu kecil ovalet
Secubit garam
Pewarna kesukaan (Ninie guna perisa ros/sirap sebab pewarna tiada di rumah)

Cara² :
1. Blend gula +garam+telur hingga kembang. Kemudian masukkan ovalet. Blend lagi hingga sebati.
2. Kemudian masukkan susu cair dan blend lagi hingga sebati
3. Dalam mangkuk yang diisikan dengan tepung, Tuangkan bahan yang telah diblend tadi dan kacau hingga adunan sebati. Ketepikan sebentar.

Bahan² : B (Cheese)
250g Cheese jenama tantura
3 sudu besar gula pasir
1 biji telur
2 sudu besar tepung gandum

Cara² :
Blend semua bahan B di atas hingga sebati

CARA² MEMASAK
1. Pastikan air kukusan telahpun mendidih
2. Oleskan acuan yang hendak digunakan dengan sedikit minyak, Tuangkan adunan cheese separuh @ 1/3 bahagian dalam acuan.
3. Kukus adunan cheese dalam masa 2 minit.
4. Angkat kukusan cheese dan tuang adunan tepung (Bahan² A) hingga memenuhkan acuan. Kukus semula dalam tempoh 5-7 minit.
5. Siap!

Nota :
Gunakan jug/ bekas yang bermuncung supaya memudahkan proses menuang adunan ke dalam acuan.

Monday, 13 July 2015

Nude/Coklat Cerah : Warna Baju Raya Aidilfitri 1436H/2015

13 Julai 2015 Isnin
26 Ramadhan 1436H

Sedar tak sedar tinggal 3hari sahaja lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita... Ekonomi yang tak menentu kini membuatkan Mama kerap kali guna kalkulator untuk mengira²... Hihihi... Almaklumlah... Aidilfitri bakal menjelang tiba.... Persiapan Hari Raya sekadar adanya sahaja.... Yang penting baju sedondon untuk kami pakai bersama di pagi Syawal nanti.

Sepertimana kebiasaannya sebelum ini... Mama yang akan pilih tema/warna baju raya yang akan dipakai dan acapkali itu jualah si Nenek yang akan jahitkan baju kami sekeluarga (6 beranak). Tahun ini pada asal perancangannya Mama nak pilih warna ungu gelap memandangkan Mama dan Ayah dah ada baju warna itu. Jadi cadanganya nak beli untuk anak² sahaja. Tapi setelah hampir semua kedai kain di bandar jengka ini dikunjungi, tiada warna yang sepadan. Jika ada pun harganya RM10-12/m. Aduhai... Lari bajet Mama macam ni.

Sudahnya tengah duk memikir²... Mama terpandangkan kain pasang bewarna nude/coklat cerah/tanah.... Aduhai berkenan dimata. Setelah ditawar Mama dapat harga RM7.00/m. Waktu ni Mama beli bulan Mei. Katanya stok kain lama. Jika dah habis yang ini...Kata si tokey kedai harga baru yang berGST, Aduhai... Kira² juga Mama tatkala itu... At last... beli juga 19m untuk kami 6 beranak. Jumlahnya RM 133. Oklah tu... Oh ye... Mama pilih kain koshibo je.... Alhamdulillah... lembut je kainnya. Pernah juga beli koshibo dulu tapi kainnya agak keras sedikit....

Baju anak² gegirl Mama nak ala² princess/dress gitu... Mujur si Nenek rajin layankan...Hihihihi.... baju Ihsan kompem² la baju melayu sebab dia tak minat yang ala² Raihan tu. Baju Hubby... Baju ala² Raihan.... Nanti boleh pakai gi mengajar ye Hubby ku cayang.... Mama? Baju itu....je la tiap² tahun. Takde pesen² pun. Cuma tambah lace kat depan baju je. Itupun lace beli tahun lepas dengan harga RM 19.90/m. Tahun ni baru guna pakai. Nenek guna juga untuk hias dipinggang baju anak² dara kecil Mama ni. Sebelum raya lagi baju raya kami dah siap. Laju betul Nenek menjahit... Terima kasih Mak.... Tahun depan pula ye...InShaAllah....

Ha inilah warna baju raya kami pada Aidilfitri 1436H/2015 :

#darlingniniefamily
#adliyanfamilyraya




Saturday, 11 July 2015

Iftar Di Atas Buaian Bandar Jerantut

11 Julai 2015 Sabtu
24 Ramadhan 1436H
Lokasi : Bandar Jerantut, Pahang

Duk sibuk² memasak kuih cara manis di dapau, Hubby datang... Tetiba ajak berbuka puasa diluar dengan kos minima... Sila bawa makanan berbuka puasa ye... Hihihihi... Berat hati juga Mama ni. Tapi layankan aja... Kuih memang dah buat, jadi tinggal makanan je la... Senang cerita Mama goreng bihun je. Jam 5.20ptg kami semua bergerak ke Bandar Jerantut... Kekonon nak merasa berbuka di i-City Jerantut gitu...

Kami sampai di bandar Jerantut lebih kurang jam 6.30ptg... Hubby berhenti depan KFC... Soh Mama gi beli set bucket... Oleh kerana Mama dengan ditemani Khairina je... Mama duk tengok menu yang terpampang. Pergh set bucket yang ada RM51 untuk 9pc ayam+whiped potato+fries+air pepsi siap free cutlery set lagi... Haish...Ini bukan jimat namanya....

Tanya si Adik manis tu set lain². setelah dikira² keperluan untuk kami berlima sahaja, Mama ambil keputusan ambil set Lunch & Dinner Treats (jam 6ptg-9mlm) 3 ketul ayam+whiped potato+coleslow+roti+air pepsi (mama tak ambil air pepsi) = RM 13.95 - Harga tanpa air = RM 13.25. Mama ambil 2 set... dan tambah chhezy wedges. Total harga sepertimana gambar di bawah sekali.

Dah siap di sini, Ayah pusing² nak cari port menarik... d i-City rata² dah dipenuhi oleh orang yang nak berbuka puasa di sini. Kemudian Hubby berhenti di kawasan medan selera yang berhampiran dengan tandas (senang nak basuh tangan. Tandasnya cukup cantik/menarik pandanga mata cuma kebersihannya agak kurang sedikit) dan kami ambil port di atas buaian yang ada kebetulan 2 unit masih kosong di kawasan ini.

Alhamdulillah.... Syukur dengan nikmat/rezeki dari Allah SWT...

Sekitar gambar kami di sini :



Gambar ni kurang cantik sebab anak² berdua ni asyik duk berayun² atas buaian.






RESEPI : Kuih Cara Manis Mudah

11 Julai 2015 Sabtu
24 Ramadhan 1436H

Minggu lepas si Aqilah sibuk request 'nak kuih hijau yang ada gula tu...' katanya pada si Ayah... beli RM5 kuih cara manis tu sekali hadap je siap nak gaduh dengan si Kakak sebab tak cukup. Ha.... Ok... Nah hari ni Mama buat kuih kegemaran Adik ye... Makan puas² tau... Tak habis, Mama sumbat dalam mulut tu karang. Kebetulan minggu lepas ada singgah rumah nenek ambil/pinjam acuan kuih bahulu tembaga... Sedang elok la tu... Saiz pun comel² je ...Elok² sekali ngap dengan mulut saiz² comel anak♥² Mama ni...




Bahan² :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan (Mama guna 1 pack santan serbuk jenama C&P  bancuh dengan air)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

Cara² Membuatnya
1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan kisar/blend/whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. (Mama tak tapis pun. Ini untuk pastikan adunan tepung tidak berketul²)  Ketepikan sebentar.

2. Panaskan acuan/loyang kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).

3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole/eko/jug) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.

Nota :
1. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Mama guna lidi comel pencungkil gigi tu untuk keluarkan sebab loyang Mama saiznya comel² je.
2. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
3. Mama masak agak garing sikit...Sedap...