"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday, 24 May 2015

Sukan SAR KAFA 2015 Gegirl

24.05.2015 Ahad

Dari hari Jumaat ketiga² anak girl Mama Ayah dah pesan... Jangan lupa ye...Hari Ahad ni sukan sekolah petang. Mama Ayah kena datang tau.... Semangat bukan main.

Bila dikejut bangun pagi hari ni laju je...Kecuali si Aqilah... Agak liat.... Mama pergi hantar dulu kalian ke sekolah. Mama Ayah menyusul kemudiannya dalam jam 9.30pg. Waktu Mama Ayah sampai acara tengah rancak bermula, Mama agak sukar nak cam ketiga² anak syurga Mama ni sebab pakaian masing² sama je....

Macam biasa, Mama la yang akan jadi juru gambar kamu semua.... Tahun ini Aqilah begitu semangat beraksi di padang... Khalisah boleh ler.. Khairina? Gitu² je.... Takpe...

Ayah pula agak sporting hari ni. Merajinkan diri join acara untuk bapa. Menang pula tu... Tahniah! Anak² hari ni semuanya pulang tanpa tangan kosong. Ada hadiah masing² dan paling banyak adalah Aqilah. Wah! Kemain anak Mama yang ini.... Mama? Takde hadiah apapun sebab tak join....ngeh3x...

Antara hadiah²nya :
AYAH - Johan Berkumpulan acara tarik tali + N.Johan acara jaringkan bola jaring.
KHALISAH - Johan 4X100m (P) + 2 hadiah berkumpulan
KHAIRINA - Ketiga lari ikat kaki + 1 hadiah berkumpulan
AQILAH - Johan Lompat Kon (P) + 4X50m (P) + N.Johan Merentas Desa (P) + N.Johan 50m (P) + 4 hadiah berkumpulan

Apapun TAHNIAH Buat Anak² Syurga Mama Ayah ni... In Sha Allah... Cuba lagi tahun depan ye...












Sunday, 17 May 2015

Melayan Anak² Gegirl : Hadiah Hari Guru

Khairina : Mama esok hari guru... nak bagi hadiah apa kat cikgu?
Mama : Entah... tak payah bagi hadiah tak boleh ke?
Khalisah : Ala Mama ni... kawan² saya semua nak bagi hadiah... ada yang bagi coklat...
Oooo... Mama bagi kuih la kalau macam tu...
Serentak : Kuih apa?
Mama : Urm... nanti Mama fikir...

*Riak wajah macam tak setuju je...kikikiki...
*Anak yang lain pula menyampuk...

Aqilah : Mama... apa kata bagi kerongsang ke pin ke... kan Mama pandai buat...
Khairina : Ha,ah... boleh je Mama. cikgu suka pakai macam Mama tu kat sini. (sambil tunjuk di atas kepala nak inform pin shawl le tu)
Mama : Nanti Mama fikir dulu... Esok kan...? Malam nanti Mama cari idea.

Aduhai anak²... Bukan main teruja kalian semua. Berbeza betul dengan si Ihsan dulu yang buat tak kisah je... Sampai Mama yang semangat suruh bagi pada cikgu.

Sebenarnya Mama dah ada plan nak bagi apa. Saja nak menyakat anak² bertuah ni ha.... Malam nanti baru nak mula operasinya.... Kena ambil mood dulu... 

Lepas solat isya'... Operasi pun bermula dengan mencari lokasi alphabet beads yang tak tahu tersorok di mana. Anak² pun mulai teruja nak tengok Mama buat apa... Hihihi.... frame gambar je pun.... Tapi anak² tahu ada yang Mama nak buat dengan frame gambar tersebut.

Sesekali mereka bergaduh, bercakap², nak suruh Mama pandang... Memang Mama naik angin tahap nak tinggal terus dah kerja² mendeko ni sebab beberapa kali terkena gam panas gara² melayan karenah mereka bertiga yang nampaknya masing² nakkan perhatian. Sesekali Mama bangun turun ke bawah. Hilang stress baru naik mendeko balik. Kali ini anak² mulai faham... Jangan kacau Mama buat kerja... Alhamdulillah... Siap akhirnya.... Bukan main seronok masing² tengok hasilnya...