"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday, 29 June 2013

Jom Mandi Laut (Pantai Batu Hitam, Kuantan)

29.06.2013 Sabtu 
Lokasi : Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang 
Jam : 6.15petang

Sebenarnya anak² Mama ni bukannya sihat sangat. masing² selesema dan batuk² kecil termasuklah Ihsan. Tapi kalau cerita bab nak mandi sungai ke, laut ke, kolam ke. Demam ke apa ke semuanya tolak ke tepi. Tak sihat, jadi sihat... Sakit pun jadi tak sakit....

Mak Tok dan Pak Teh ikut sekali. Tapi takde makanan untuk berkelah bagai. Sekadar mandi manda sahaja. Mama? Cuma jadi pemerhati... Jam 7.00petang...Jom kita pulang...



Jom Balik Kuantan

29.06.2013 Sabtu 

Rancangan untuk pulang ke Kuantan hari ini diteruskan. Jam 12.30tgh baru bergerak dari rumah setelah selesai urusan lainnya. Kebiasaannya Ayah kalau shortcut ikut jalan Sri Jaya. Hari ni dibuat kelainan sikit, shortcut ikut Jerangkang. Aduhai... macam². Nak tengok jalan mana yang lagi dekat katanya. mana²lah Sayang oi.... Bukan Mama yang bawa kereta pun.

Laluan kami harus melintasi sungai. Mujur malam tadi tak hujan dan air pun tak naik tetapi surut tatkala kami sampai disini.




Sampai Kuantan dah jam 2.15petang... Jadi...kesimpulannya... ikut Sri Jaya @ Jerangkang...masa perjalanannya sama sahaja. Bezanya jalan Sri Jaya lebih luas dan selesa tetapi berdebu berhabuk sebab laluan untuk lori² hantu yang duk melombong biji timah di sini. Jika lalu ikut jalan ni wajib pasang aircond kereta. laluan Jerangkang pula... Jalannya tak best sebab ikut laluan hutan. berlekuk² macam aktiviti offroad pula.

Sampai Kuantan, singgah makan tengahari di kawasan Taman Gelora dulu... Bukan main lagi si Ayah  dan anak² duk mengoder ABC aiskrim (RM 3.50) disaat cuaca panas terik begini. Mulanya order sampai 4. Mama batalkan 1. Minum kongsi² je sebab banyak tu.... Makan... Mama & Ayah nasi goreng ayam.. Anak² Nasi Ayam je.... Siap makan.. jom pergi rumah Mak Tok & Aki....

Petang ni Ayah dah war²kan nak pergi mandi laut...urm...










Sunday, 23 June 2013

Rumah Sebelah Terbakar?

23.06.2013 Ahad

Jam 7.00petang, tiba² Hubby yang sedang duk bersembang dengan rakannya di luar rumah tanpa berbaju muncul di muka pintu dengan meminta baju untuk dipakai. Kelihatannya nak cepat. Along capai baju yang terdekat dan diberikan kepada Ayahnya. Bila Mama tanya kenapa? Along cakap.."Entah, tapi Ayah cakap rumah sebelah tu terbakar"

Rumah sebelah terbakar... konfius juga Mama. Ye la mama baru je masuk dari belakang rumah tadi. Tak ada apapun. Rumah sebelah ni dah kosong terbiar sebab rosak dan rumput²pun dah meninggi. Sejak 2/3 menjak ni keadaan cuaca pula berjerebu dan panas...

Mama jenguk luar tingkap pun tak nampak apa².. Tapi ternampak ada cikgu yang duk menadah air di paip depan rumah. Mama pun pergi juga la menjenguk².... Adik pun sibuk nak ikut. Anak² yang lain Mama tak bagi ikut suruh pergi naik mandi je. Tambahan pula jam dah pukul 7++ petang lebih.

Rupa²nya semak di rumah tersebut yang terbakar. Masa Mama datang apai dah dipadamkan. Punca kejadian? Tidak diketahui. Mungkin ada yang campak puntung rokok agaknya di kawasan ini.... Gambar pun tak jelas sebab keadaan cuaca yang berjerebu.



APi pun dah padam, keadaanpun nampaknya selamat... Jom kita pulang sebab dah waktu Maghrib dah ni... Adik sila bawa bekas² air tadi tu ye....

Khairina Cedera... (Ibu Jari Kaki Tersepit)

23.06.2013 Ahad

Sepertimana kebiasaannya, Anak² akan keluar bermain bila petang menjelma... Tak payah disuruh pun...Laju je...”Mama saya nak pergi main kat luar..”.

Lebih kurang jam 6.50petang, kedengaran suara Khairina menangis memanggil² nama Mama...”Mama... tolong saya..” ujarnya...

Mama pun kebetulan nak kebelakang rumah, nak pergi ambil jantung pisang dibuat sayur... Mama jenguk di muka pintu.. Kelihatan Along sedang membawa Khairina menggunakan basikalnya. Di dokongnya Khairina hingga ke pintu rumah. Mama lihat di kaki Khairina menitik² darah. ‘Allahu Akbar” getus hati Mama... kenapa pula ni? Kelihatan juga 2/3 orang rakan² yang bermain dengannya turut serta... Adik pun kelihatan kelam kabut dan bercerita yang kaki Khairina tersepit masa kayuh basikal. Mama kurang faham... takpe... yang penting kaki Khairina dulu.

Khairina terus terusan merengek... “Selamatkan saya...” huhuhu nak tergelak pun ada... Mama pula sempat lagi arahkan Along capai kamera. Along faham sangat dah Mama dia ni.

Dari muka pintu, Mama sambut Khairina dari Along dan letakkan atas kerusi malas. Darah masih lagi menitik. Mama terus capai kain lampin yang kebetulan ada di atas kerusi dan terus tekap pada ibu jari kaki yang tersepi supaya pendarahannya berhenti.

Along pula tanpa perlu di suruh cepat² capai first aid kit yang ada di bawah kerusi... beberapa minit ditekappun darah masih mengalir... Cuma tak laju sepertimana mulanya. Mama tekapkan lagi sambil suruh Along basahkan hujung lampin dengan air supaya kesan darah yang lain dapat dicuci.

Selepas Mama cuci darah² yang tak pelu, Mama balutkan luka di ibu jari kaki Khairina... Along jadi pembantu hulurkan apa yang Mama nak. Alhamdulillah... semuanya dah siap. Cuma Khairina je yang masih belum berhenti merengek².

Selesai urusan dengan Khairina, Mama sambung agenda Mama adi nak pergi ambil jantung pisang.Mama tinggalkan Khairina di dalam rumah sambil menyuruh dia menonton tv.











Malamnye barulah faham cerita sebenarnya apabila Adik disoal siasat oleh Mama.

Menurut ceritanya, basikal yang dimaksudkan adalah basikal yang digunakan untuk excersise yang mana ianya kepunyaan jiran. Adik kayuh sebelah dan Khairina kayuh yang sebelah lagi. Entah kenapa (mungkin tergelincir mahupun laju) kaki Khairina tersepit.
Nota Mama : Ha... Kan Mama dah pesan selalu. Nakpergi main boleh... Tapi jangan main dalam rumah orang...Kan dah kena...

Tuesday, 18 June 2013

Anak² Study

18.06.2013 Selasa

Tiap² malam lepas solat Isya'.. Soalan yang wajib Mama tanya ialah "Ada kerja sekolah?" jika jawapannya ada... silakan buat terlebih dahulu ye sebelum tidur... Adakalanya makan malam dahulu...baru buat kerja sekolah mahupun sebaliknya...

Along sibuk membuat pembetulan kertas peperiksaannya yang lalu. Port dia memang selalunya atas kerusi sepertimana gambar...

Hari ini Kakak dengan kerja sekolah bahasa arabnya...

Adik tidur awal setelah puas Mama 'popok'

Khairina yang khusyuk dengan kira²nya... kerja sekolah Matematik

Sunday, 16 June 2013

Kain Baju... Bila Dibiarkan Seminggu

Inilah rupanya... Anak² Mama masih kecil dan belum dapat diharap sepenuhnya untuk melipat kain baju ni. Kalau lipatpun, sure kena lipat semula (buka & lipat balik)... Tunggu 2/3tahun lagi la gamaknya... Huhuhu.. Nak lipat dan iron (baju kerja Mama, Ayah & baju sekolah anak² Mama).... Weeeee -Mood malas selalunya- Malas² pun nak kena buat juga kan.....

Baju anak² kebanyakkannya Mama tak lipat sebab akan dipakai saban hari. Tapi ada bakul khas masing² untuk baju pakai siang dan juga malam. Mama pun kadang² silap letak dalam bakul baju anak² ' girl' Mama ni... Ada la yang menegur.."Mama...ni bukannya baju saya la.." huhuhu... "tolonglah simpankan dalam bakul sesapa yang punya tu...."... Anak² girl ni memang kenal kain baju masing². Mama je yang ingat² lupa. Baju Ihsan @ Along? Kompem Mama kenal sebab anak lelaki sorang je (setakat inilah).. Saiz sekarang pula XL @ XXL.Ngeeee


Sunday, 9 June 2013

Bila Cuti Sekolah (Anak² Dirumah)

09.06.2013 Ahad

Hari ini hari terakhir cuti sekolah setelah hampir 2minggu anak² dan juga Hubby bercuti... Sepanjang cuti sekolah ni... Anak² semua duduk dekat rumah je dijaga oleh Ayah... Ihsan kebiasaanya Mama arahkan untuk sidai kain di rumah. Tambah dari kerja yang selalunya dia akan buat 2@3 hari sekali iaitu buang sampah.

Acapkali sebelum Mama ke tempat kerja, Mama akan pastikan sarapan pagi dan makan tengahari akan disediakan terlebih dahulu. Kalau tak nanti lapar pula orang dalam rumah ni. Kemudian bila di pejabat, kebiasaanya Mama akan telefon rumah dan tanya bagaimana keaadannya. Acapkali telefon mesti Ihsan baru bangun dari tidur..Jam 10.30 – 11.30pagi. Amboi²...kemain lagi ye anak² bertuah ni termasuklah si Ayahnya... Hebat bukan main waktu bangunnya. Maunya tak bangun lewat jikalau dah tidurnya pun acapkalai lewat hingga jam 2-3pagi? Tak apa.. sebab cuti sekolah kan... Naik sekolah esok automatik ‘rules’ bertukar OK!

Bila Mama pulang je dari kerja... sampai je rumah..Allahu Akbar... Bukan main ‘CANTIK’ lagi kawasan ruang tamunya... Penuh dengan mainan, kain baju, tilam, bantal dan lain² di sana sini. Part yang wajib adalah kertas A4 yang digunting² kes bereksplorasi dan berkreativiti la ni. Kebanyakkan masanya Mama membebel sambil mengemas, Ada masanya Mama mengemas tapi muka sememeh dah la. Ada juga masa² rumah tu agak kemas sebab Ayah suruh, nanti Mama balik, Mama marah katanya... Boleh lah tahan dari sebelumnya... Tinggal nak menyapu je. Aduhai Anak... Ada masanya bila nampak Mama balik ada yang berkata “Jom cepat kita pergi main sebab Mama dah balik” – Fahamlah tu... rumahnya bersepah. Kalian nak melarikan diri ye...
Nota Mama : Anak baru 4 orang... Macam ada 10 orang dah. Walaupun macam tu, Mama rasa nak je ada baby kecil lagi... wink3x.

Sayangnya Kakak² Pada Si Adik

09.06.2013 Ahad

Ayah dah mula dengan aktiviti sekolahnya. Bermula hari ini... Hubby dah ke Jerantut pada jam 12.00tghari tadi untuk latihan pusat dan seterusnya akan ke perkhemahan di Gunung Senyum bermula hari Selasa hingga Ahad dengan Persatuan Kadet Polis SMKLU. Jadi kami tinggal 5 beranak la minggu ini.

Malamnya, selepas solat dan mengaji... Adik (AQILAH QISTINA) entah apa kenanya menangis menjerit² bagai nak keluar anak tekak. Bertuah betul si anak. Mama duduk di bilik ditingkat atas melepaskan lelah. Mama cuba pekakkan telinga dan suruh Ihsan yang pujuk. Lagipun Adik bukannya baby lagi dah pun berumur 6tahun. Faham sangat dah apa yang Mama katakan.

Beberapa minit kemudian, Khalisah datang jumpa Mama dan beritahu yang Adik tak nak diam waupun Along dah pujuk. Dia tetap menjerit. Bila Mama tanya kenapa Adik menangis? Kakak kata dia bergaduh dengan Along. Tapi Along dah pujuk, Adik nangis jugak. Pergh... Memang cari marah Mama si bongsu ni. Mama pesan pada Kakak, suruh Adik diam @ Mama turun bawa hanger nanti. Kakak turun dan sampaikan pesan Mama... tapi...Adik tetap juga menjerit sekuat hatinya.

Hampir 20 minit Adik tetap juga begitu, sabar Mama entah ke mana. Mama capai hanger dan turun ke bawah. Adik masih menjerit sambil memejamkan matanya. Mukanya dah merah sebab menangis sambil terjerit². Ihsan, Khalisah & Khairina mula menjauhi Adik bila sedar kehadiran Mama. Sempat juga Kakak berkata pada Adik, “Mama datang tu”... Tapi Adik buat tak tahu. “PAP” satu bunyi singgah di peha putih gebu Adik. Adik terkejut tapi masih lagi menangis dan menjerit. Mama mula geram. Kebetulan Adik duduk dikerusi berhampiran pintu. Mama buka pintu dan angkat Adik untuk diletakkan diluar jika nak menjerit² dan menangis bagai. Adik tergamam dan jeritannya senyap. Kakak²nya juga tergamam dengan tindakan Mama. Along? Dia dah tahu peel Mama, ditengokkan aja. Gimik OK! Kakak²nya terus meluru ke arah Adik...”Mama, jangan buang Adik” ujar Khalisah. Khairina juga meluru... Adik dah tersedu². Masa ni Mama dah menahan tawa. Lucu pun ada.

Muka Kakak²nya memang berubah... Nampak kasihnya mereka pada si Adik. Mereka juga kelihatannya nak menangis bila Mama perlakukan Adiknya sebegitu. Khalisah memimpin Adik masuk ke dalam rumah... Disuruh Adik duduk di atas kerusi , dipeluknya adik dan diusap²,ditepuk²nya bahu si Adik... “Dah takde apa...awak diam ye... Mama marah kan tanda sayang...” ujarnya lembut...”sikit je..Ha,ah..Mama marah kan tanda sayang... Lain kali jangan buat lagi tau...” sambung Khairina sambil mengusap kepala Adik yang masih tersedu² dan terkejut. Along? Sudahnya dia pun dapat sedas di tapak tangan sebab menjadi puncanya... Adik tersedu² sambil melihat kesan hanger pada pehanya. Almaklumlah Adik memang jenis yang kulitnya putih...

Kemudiannya, anak² sambung membaca buku sebab mulai esok hingga Khamis, Ihsan, Khalisah & Khairina ada pepriksaan sekolah KAFA. TV not allowed! Tengah² Mama mengajar/melihat Twin membaca, Ayah telefon beritahu nak balik malam ini. Mama ok kan aja. Tapi esok harinya Ayah akan ke sana semula... Lepas je bercakap telefon, Mama duduk kembali... Adik datang menghampiri Mama. Tangisnya dah reda cuma sendu sedannya masih ada...Mama masak sangat dah... Adik datang nak minta maaf..Tapi Adik tetap membatu disitu sambil sesekali mencuit Mama. Mama pandang Adik dan tanya, “Adik nak apa?”. Adik tak menjawab cuma masih sedih... “Adik, nak minta maaf tu Mama”.. Jawab si Kakak... “Betul?” Tanya Mama pura² tak faham... Adik menggauk sambil hulurkan tangan.”Adik nak buat lagi?” soal Mama. Adik tak jawab cuma mengiayakan sahaja. Adik salam tangan Mama... Kami berpelukkan. Tangisan Adik bertambah...

Mama marah bukan sebab Mama tak sayang... Mama sayang sangat anak² Mama. Tapi adakalanya sikap kalian terlalu menduga kesabaran. Anak² Mama pun dah faham... Bila Mama naik angin “Mama bertukar jadi Harimau” Kata Adik suatu masa lalu. Dan bila Mama dah marah, Mama tak akan datang pujuk balik hinggalah anak² Mama mana yang buat silap tu datang minta maaf. Jika tidak selagi tu Mama wat dek. Dan Alhamdulillah...Anak² Mama ni akan datang minta maaf jikalau sedar yang mereka tu salah. Dan Mama tak akan marah jika anak² Mama tak buat silap...

Jam 12.15malam, Ayah sampai di rumah... Twin dah tidur kecuali Adik dan Along sahaja. Mama tengah sidai kain waktu tu... Adik pun dengan semangatnya bercerita pada Ayah yang dia kena hanger dengan Mama tadi sambil menunjukkan kesan pada pahanya yang dah pun hilang. Adik tak cerita habis pada Ayah. Itu yang buatkan Mama geram. Bila Mama suruh ceritakan, Adik kata “he...takde apa²..” Kemudiannya, Along dan Mama yang ceritakan cerita sebenarnya.

Tengah Mama sidai kain di luar, Adik berkata “Mama, Kakak tu sayang kat saya..” sambil melihat Kakak²nya yang sedang tidur di ruang tamu rumah. Terpancar keseronokkan diwajahnya.“Tahu pun... semua orang sayang Adik, Kakak² pun sayang Adik... Adik tu je yang selalu marah² dan cari pasal dengan Kakak. Adik tak sayang Kakak ke?” – Jawab Mama pula.. “Sayanglah”- ujarnya perlahan...

AQILAH QISTINA – Anak bongsu dalam keluarga buat masa ini. Namun perangainya...Allahu Akbar... boleh tahan. Ada ketikanya si Kakak²nya dimarah², disuruh² dan macam² lagi hingga memberontak si Kakak². Tapi dia tak kisah. Yang penting si Kakak² turutkan kata²nya. Aduhai anak... Boleh dikatakan, jika 'A' katanya 'A' la...
Nota Mama : Semoga perhubungan kalian tetap utuh seperti aur denagn tebing... Saling sayang menyayangi dan bersama sehingga ke akhirnya...Amin...

Saturday, 8 June 2013

Anak² Mama (Tolong Asingkan Butang)

08.06.2013 Sabtu 

Kalau Mama sibuk duk bertapa di dalam bilik atas (billik Mama buat kerja) samada buat kerja kraf atau mengemas, mesti ada yang datang bertanya ... "Ada kerja tak untuk saya Mama?"... So malam ni ada kerja ye... tolong susun butang² Mama ye.. asingkan ikut warna... senang Mama nanti...







Monday, 3 June 2013

Kembara 4X4 Lightcore Family Trip 2013 - Lubuk Berok, Sungai Lembing, Pahang

03.06.2013 Ahad

Jam 7.30pagi Mama mula mengejutkan Ayah dan Anak² tersayang. Mengikut perancangannya, hari ini nak ke Lubuk Berok, Sungai Lembing? Buat apa? Buat apa lagi... berkelah ler... Moh kite... Mama dah siapkan awal² lagi beg baju dan box yang mengandungi peralatan untuk perkelahan. Semua dah ada di atas roof box kereta dan tak bawa turun sejak sampai Kuantan. Semua anak² bangun dan diarah mandi. Ayah? Sedikit moody berikutan Ayah mudah je, mandi, pakai baju, gerak...urm.... sokmolah gitu....

Anak² pula liat bila disuruh bangun. Bila Ayah moody, Mama la yang kena marah karang... sob3x la dibuatnya hati Mama ni. Hari ni, Pak Teh ikut sekali... Penuh satu kereta. Pak Teh agak teruja sepanjang perjalanan sebab first time katanya.

Jam 9.00pagi, kami bergerak dari rumah ke jeti Tanjung Api beli nasi dagang disitu buat bekalan bila sampai di sana nanti... Al maklumlah masing²pun belum bersarapan lagi. Perjalan diteruskan ke destinasi sambil tu Ayah sempat isi minyak kereta di BHP.

Sebenarnya aktiviti ni dah dirancang semenjak 2/3 bulan yang lalu. Geng² Kembara yang lain dah masuk sejak dari semalam lagi. Ada yang berkhemah disana dan juga pulang semalam juga. Difahamkan juga ada yang nak mendaki bukit untuk melihat keindahan air terjun pelangi (RAINBOW WATERFALL). Kami sekeluarga tak dapat turut serta sebab semalam adalah hari perkahwinan adik bongsu En. Hubby.

Jalan? Pergh... Namanya pun dah aktiviti offroad, tentu²nya jalannya Baikkkk punya... huhuhu... dengan naik bukit, turun bukit, meredah anak² sungai, batu batan, jalan lecak berlumpur, lopak²... Senang kata mesti bergegar punyalah. Takdenya nak merasa releks macam jalan kat highway tu... Kelajuan pun takat cecah 20km/j... Kira lajulah tu...wink3x.

Layan gambar...


Pak Teh yang teruja. (Adik Hubby anak ke 6 dari 7 beradik)

Hihihi... lajukan....

Kena melintasi beberapa anak sungai... jernih sungguh airnya tak macam yang kami riki sebelum ni... rujuk entry² lepas ye...

Our driver.... love you dear..muah!

Pergh!...jalan..... (pst...ada cerita di jalan ini..lihat gambar sehingga habis ye..)

Alhamdulillah...sampai juga kami akhirnya.... Tengok... siap bermalam bagai...

Lepas makan, terjun sungai... sejuk giler air....

Hasil memukat di air sungai ini... sedapnya...



Rama²/kupu² dengan hutan tak dapat dipisahkan...

Waktu ni semua anak² Mama dan Ayah dah naik..tinggal Mama dan Along je...

Dah siap mandi, standby untuk pulang...

Beberapa kereta yang duk mengecas turun naik bukit...


Jom kita bergerak pulang....

Ambil gambar dulu apa² hal pun... kenangan tu...





Masa ni baru je bergerak selepas sesi bergambar...ingat tak gambar jalan di atas tadi yang Mama kata ada cerita disebaliknya? Ha...inilah ceritanya... sebuah Storm sangkut disini.... Ayah lalu, tayar belakang tergelincir... sudahnya bergesel dengan bumper Storm ni.... Kereta kami adalah yang ke 3 melalui jalan ini (group yang bergambar tadi)

Owner Strom minta pinjam anchor untuk meloloskan keretanya dari becak selut tersebut... Ayah...iya kan aja walaupun risau dengan kereta yang bergesel tadi sebab belum lihat kesannya lagi...

Alhamdulillah...Lepas akhirnya Strom tersebut dari terlekat disitu...

Pergh!... Kenangan untuk aktiviti hari ni.... uwa..... nak duit rupanya dia... Sayangkan Abang kereta mu ini...hikhikhik.... Takpe "Nak kereta cantik, jangan bawa masuk hutan duduk diam² kat bandar je... Kalau nak masuk hutan perkara ni biasa ler" ujar Mama... Betul tak sayang....



Berhenti pula di Resort yang telah ditinggalkan...Kompleks Pelancongan Persona Adventure Camp And Chalet, Sungai Lembing, Daerah Kuantan, Negeri Pahang.


Singgah di mata air panas...dah xde dah kolamnya disini... yang ada ni ha pun dah bocor... mengalir keluar airnya...

Masih terasa suam² kuku air mata air ni...

Berhenti di anak sungai Jin... Ada yang rajin duk membersihkan kereta di sini...

Anak² tersayang

Alhamdulillah selamat sudah dari jalan hutan.... Melalui jambatan kayu walaupun jambatan besi dah siap sepenuhnya...dulu datang jambatan besi tersebut masih dalam pembinaan.


Singgah di terminal kita makan dulu... Anak² sibuk bermain di taman permainan yang comel... (kecil)

Mencuba menu popular di sini, Mee Jawa... First time bagi Mama walaupun Mama asalnya keturunan jawa... Mula²nya...aiyark..pelik rasanya... lastly, dengan kuah²nya Mama hirup.

Mee bandung Along punya... pun sedap tau...

Dah kenyang... Jom kita pulang...

Bergambar kenang²an di sini.... Hri yang indah walaupun..LETIHnya.....
'
Garmin peneman setia bagi En. Hubby...