"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 13 November 2014

Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan Anak² 2014 (SKLU 01)

13.11.2014 Khamis

Hari ini Mama ambil cuti semata² nak menghadiri Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 di SK Felda Lepar Utara 01 iaitu sekolah keempat² anak² Mama Ayah ini. Nak² pula Ihsan cakap yang dia ada buat persembahan pada hari ini. Makin teruja Mama dibuatnya...

Apapun tahniah buat keempat² anak² Mama Ayah ini di atas keputusan akhir tahun menunjukkan peningkatan berbandin awal tahun yang lalu. Semoga kalian lebih cemerlang di masa yang akan datang... Berjaya di dunia dan akhirat,... Amin...

Muhammad Ihsan
***Alhamdulillah... Mantain je sekarang ini. Harapannya semoga keputusan UPSR juga cemerlang... Amin....



Khalisah Batrisyia
***Mendapat tempat pertama dalam kelasnya 2 Arif. In Sha Allah tahun depan boleh naik ke kelas pertama sama dengan kembarnya Khairina sebab sekarang ini Khalisah di kelas ke 2
***Khalisah juga dapat hadiah Mata Pelajaran Terbaik bagi Pendidikan Isalan Tahun 2




Khairina Basirah
*** Mendapat temapt ke 11 dalam kelasnya. Alhamdulillah... Khairina di kelas yang pertama dalam Tahun Dua. Pencapaiannya juga meningkat...




Aqilah Qistina
*** Adik pun Alhamdulillah.... Tempat Ke 3 dalam Tahun 1...






Mama sabar menunggu untuk lihat Ihsan membuat persembahan. Amboi... jadi Leader rupanya. Along bersama murid² tahun 6 menyanyikan lagu
1. All Of Me
2. Al Haq (Yang ini Ihsan duk ambil bahagian utama siap rap lagi...)
**Ihsan juga jadi pembaca doa ketika YB datang... Alhamdulillah....