"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday 26 November 2014

Tahniah Muhammad Ihsan Atas Kecemerlangan Dalam UPSR 5A

26.11.2014 Rabu

Syukur ke Hadrat Allah SWT dan tahniah buat anak sulung Mama Ayah MUHAMMAD IHSAN BIN MOHAMAD ADLI di atas keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan memperolehi 5A. Semoga menjadi contoh buat adik² yang lain.

Walaupun terpaksa mengambil semula exam bagi subjek Bahasa Inggeris, nampaknya semangat anak Mama ini tak goyah.... Usaha dan pengorbanan Ayah yang tak kenal penat lelah menghantar Ihsan ke sekolah saban hari (kelas tambahan siang dan malam) membuahkan hasil dengan keputusan yang menggembirakan hati...

Maafkan mama sebab tak mengambil cuti untuk meraikan kejayaan Ihsan pada hari ini sebab Mama dah ambil terlalu banyak cuti baru² ini. Mungkin cuti ini diperlukan untuk perkara² yang lebbih penting ataupun yang tidak dapat dijangka kelak. Mama dah minta Ayah untuk temankan Ihsan mengambil keputusan UPSR sementara Mama menanti khabar di pejabat.

Namun hati Mama tak sabar untuk tahu keputusan UPSR Ihsan. Tambahan pula mengetahui yang keputusan boleh dicapai melalui SMS bermula jam 10.00pagi. Mama sudahpun bersedia untuk itu. Tepat jam 10.  pagi... Mama terus send SMS sepertimana cara yang dinyatakan.

Walaupun terpaksa menunggu selama 5minit utuk mendapatkan maklum balas, tapi bagi Mama 5minit tu lamaaaaaa sangat². Teruk betul kan Mama ni. Namun hati mama yakin yang anak lelaki Mama nan seorang ini In Sha Allah boleh....

Yup... Gerak hati Mama tepat! Syukur Alhamdulillah mama panjatkan pada Allah SWT atas kejayaan anak Mama ini. Menitis air mata Mama keluar tanpa dipinta dan tidak boleh diseka. Hampir teresak². Sungguh! Mungkin ini yang dikatakan air mata gembira seorang Ibu... Hati Mama meronta² nak pulang ke rumah tatkala itu juga untuk memeluk mu duhai anak dan mengucapkan tahniah.... kalaulah rumah/sekolah Ihsan dekat dengan tempat kerja Mama.... Beberapa rakan sekerja yang perasan datang mengucapkan tahniah... Tahniah melalui watsapp juga tidak putus dari rakan² sekerja yang mengetahui nya. bukannya Mama ingin menunjuk²... Cuma Mama bersyukur... Langkah pertama untuk anak mama ini berjaya diharungi....

Mama terus telefon Ayah... Dari riak suara Mama ketika itu Ayah tahu yang Ihsan lulus dengan cemerlang. Ayah juga mengucapkan tahniah kepada Mama sebagai Ibu Ihsan begitu juga Mama terhadap Ayah.

Ayah iringi/temankan Ihsan ke sekolah hari ini... Tanpa pengetahuan kami rupanya ada majlis kecil untuk menyambut kecemerlangan anak² UPSR ini...

Apapun terima kasih kepada semua rakan², guru², ibu bapa dan semuanya di dalam doa dan usaha buat anak kami ini. Sesungguh jasa² kalian hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Buat anak Mama MUHAMMAD IHSAN BIN MOHAMAD ADLI : Ini baru langkah permulaan dalam kehidupan kamu nak... Jangan sesekali merasa tinggi diri dengan kejayaan pada hari ini kerana masih jauh perjalanan hidup yang perlu di lalui.
Tahniah juga kepada murid² lainnya yang berjaya dalam UPSR kali ini. Sekolah Ihsan SKLU01 seramai 8 orang yang memperolehi 5A dengan 3orang daripadanya adalah murid² lelaki. Sekalung tahniah buat kalian : Afiq Imran (Fuad), Najwan Hakim, Muhammad Ihsan, Halilah, Alya, Mas, Sakinah dan Aina