"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 30 November 2013

Terengganu (Day 1) : Dungun

30.11.2013 Sabtu

Kami bertolak dari rumah jam 11.00pagi. tujuannya untuk mengikut Hubby ke Dungun, Terengganu berikutan Hubby ada mesyuarat KPDRM Zon Timur di PULAPOL Dungun, Terengganu. Alang² niat kami untuk berjalan² disana dan kebetulan pula Ninie dah apply cuti untuk hari Isnin & Selasa berikutnya. Namun cuti yang diambil bukanlah bertujuan untuk berjalan², sekadar berehat dirumah. Inilah yang dikatakan percutian tanpa dirancang sebab Hubby mendapat panggilan untuk hadir bermesyuarat pada sebelah petang semalam (29.11.2013 Jumaat). Bila Hubby tanya Ninie nak ikut ke?. Huhuhuhu... umpama pucuk dicita, ulam mendatang... Ninie on kan aja. Anak² juga teruja sebab dah lama tak dibawa pergi bercuti. Gembira tidak terkata dibuatnya.

Jam 12.10tghari singgah sebentar di Bandar Jengka sebab Ninie nak pergi kedai ECO beli makanan dan air kotak buat bekalan anak². Urm, duk ambil itu ini, waktu bayar...gulp cecah RM 52 haish.... Kemudian perjalanan disambung semula dengan naik highway di Kg. Awah terus menuju ke Negeri Terengganu. Sepanjang perjalanan kami cuaca amat mendung sesekali disusuli dengan hujan renyai². Mungkin petanda yang musin tengkujuh hampir menjengahkan dirinya. Namun perjalanan kami selamat tiba di Terengganu pada jam 5.13ptg. Lokasi pertama nak cari kedai makan sebab perut dah lapar. OTW tadi tak ada singgah makan di mana² sebab dah bawa bekal bihun goreng. Hubby pusing² disekitar bandar Kuala Dungun. Port kami betul² di gerai yang bertentangan dengan laut. Kami ambil yang mudah dengan makan Laksam (5 Mangkuk) sahaja. Keropok leko (RM5), bebola goreng (3 lidi/cucuk) dan juga ikan celup tepung(2 ekor). Air pula : air jagung x 2, milo suam x2, kopi O x1, teh suam x 1. Namun agak ‘spoil’ sebab ikan celup tepungnya kedua² ekor sekali ada telur lalat. Haish.... Harga? Pergh bagi Ninie mahal sebab total RM 35.50.

Jam 6.30ptg terus menuju ke PULAPOL Dungun sebab malam ni Hubby ada mensyuarat. Setelah berbincang dengan pihak PULAPOL, kami dibenarkan bermalam disini dengan kadar bayaran RM7/person untuk kami 5 beranak. Hubby free la.... Its ok... janji ada tempat tidur... total RM 35. So anak² bertuah sila senyap² ye.... Tapi senyap ke? Kikiki... boleh bayangkan tak duduk dalam bilik/ dorm yang takde TV?. Memula tu ok le...Lelama...mula² cakap slow² je...main pun slow² je... Sikit demi sedikit volume kian kuat... Hasih... penat Mama nak menengur. Disebabkan kebosanan, Jam 11.00mlm, Mama paksa tidur pun kalian terpaksa tidur walaupun tak gaya mengantuk pun. Esok kita jalan² ye...itu janji Mama asalkan kalian tidur.... Hubby tidur dengan rakan²nya... Tambahan pula esok masih ada mesyuarat. Jangkaannya habis pada jam 12.00tgh.

Anak² Mama Ayah yang teruja nak pergi jalan² Terengganu....

Our driver... Tq Sayang....muuuah!

Khalisah & Aqilah dengan air jagung yang ada jagungnya.... Bukan main lagi anak² Mama ni ye....

Laksam sedap.... :)


Keropok macam yang dah goreng, digoreng semula

Ini la rupa deretan kedainya....
Bersambung.....