"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 29 June 2013

Jom Balik Kuantan

29.06.2013 Sabtu 

Rancangan untuk pulang ke Kuantan hari ini diteruskan. Jam 12.30tgh baru bergerak dari rumah setelah selesai urusan lainnya. Kebiasaannya Ayah kalau shortcut ikut jalan Sri Jaya. Hari ni dibuat kelainan sikit, shortcut ikut Jerangkang. Aduhai... macam². Nak tengok jalan mana yang lagi dekat katanya. mana²lah Sayang oi.... Bukan Mama yang bawa kereta pun.

Laluan kami harus melintasi sungai. Mujur malam tadi tak hujan dan air pun tak naik tetapi surut tatkala kami sampai disini.




Sampai Kuantan dah jam 2.15petang... Jadi...kesimpulannya... ikut Sri Jaya @ Jerangkang...masa perjalanannya sama sahaja. Bezanya jalan Sri Jaya lebih luas dan selesa tetapi berdebu berhabuk sebab laluan untuk lori² hantu yang duk melombong biji timah di sini. Jika lalu ikut jalan ni wajib pasang aircond kereta. laluan Jerangkang pula... Jalannya tak best sebab ikut laluan hutan. berlekuk² macam aktiviti offroad pula.

Sampai Kuantan, singgah makan tengahari di kawasan Taman Gelora dulu... Bukan main lagi si Ayah  dan anak² duk mengoder ABC aiskrim (RM 3.50) disaat cuaca panas terik begini. Mulanya order sampai 4. Mama batalkan 1. Minum kongsi² je sebab banyak tu.... Makan... Mama & Ayah nasi goreng ayam.. Anak² Nasi Ayam je.... Siap makan.. jom pergi rumah Mak Tok & Aki....

Petang ni Ayah dah war²kan nak pergi mandi laut...urm...