"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 17 September 2012

Hari Pertama Persekolahan Anak² 'Girl' Mama 2011

Dialog malam Mama & anak-anak Comel (tengah golek-golek nak tido) 03012111 :
Mama : Esok siapa nak pergi sekolah?
(saya,saya,saya jawab ketiga-tiga comel nih serentak)
Mama : Sambil tersenyum... Bagus... Adik? (sebab Qistina selalu jawab xnak. Malam ni nak pulak..)
Qistina : Saya nak sekolah. Nanti balik sekolah boleh minum kopi (merujuk kepada susu coklatnya) dalam botol kan?
Mama : Boleh. Tapi kat sekolah x bolehlah...
Qistina : Ye ye.. boleh minum botol lepas balik sekolah...
Khalisah : Betul. Mana boleh minum kopi dalam botol kat sekolah. Nanti cikgu marah.
Khairina : Ha,ah...
Qistina : Biolah saya nak minum dalam botol. (sambil mencebik ke arah kakak) nanti saya minta dekat Nenek.
Mama : Oklah, tak payah nak cakap banyak-banyak. Baca doa tido pastu tido. Esok nak bangun pagi pegi sekolah.

Lepas semua baca doa apalagi... tido...zzzz

Pagi 03012011
"7.00am, Bangun-bangun sekolah" kejut Ninie sambil menyanyi berulang-ulang kali( cewah-Mama yang semangat). Ihsan awal lagi dah dikejutkan. 6.00am. Khalisah & Khairina bingkas duduk. Wah semangatnya nak Mama nak pegi Sekolah... Qistina? Ha dia buat liat. lagi dikejut lagi wat dekkk je taknak langsung buka mata pun. aduila... Ninie tarik tangan kiri dia pegang kat lengan... Adui. "Sakitnya tangan saya"... marah Qistina pada Mama dia nih...

Semua dah bangun, so gerak ke rumah Neneknya (My Mom). bersiap-siap kat sana sebelum pegi sekolah...Liat betul Qistina hari ni. Merengek-rengek tak mahu pegi sambil nangis-nangis... Mulut asyik cakap tangan saya sakit.. x boleh gerak.. aduhai anak3.Puas Neneknya pujukpun macam-maam alasan diberi si kecil ni...Ninie x peduli dah.... Letak atas riba sarungkan baju dan tudung. bio ditepis macamanapun...

Ha... Antara pic yang diambil sebelum ke sekolah :


"Mama saya tak nak sekolah. Saya nak tido"

Biarpun nangis. Air mata ada lagi tu.. tapi layan kamera jap.

Mulut tetap ngomel. "Tak nak sekolah. Nak tido"

Ketiga2 anak comelku. Khairina & Khalisah layu ngantuklah tu.

Try pujuk lagi... Still nangis jugak

Khairina & Khalisah

Kat sekolah... Adik memang x nangis dah... Tapi tangan kiri x bergerak-gerak tanda sakit... Sakit betul ke ni?

" Mama saya main lego ni"

Khairina Basirah yang asyik melekat dekat Mama mengalahkan Adik

"Mama gambar saya pulak" - Khalisah


Lepas menunggu anak-anak lebih kurang sejam. Mama pun nak gerak balik. Tapi Khalisah & Khairina pulak yang wat peel. Menangis-nangis tak bagi Mama balik. Qistina pula yang releks aja...Siap guling-guling lagi. Tapi cikgu Wati cakap. "Xpe... Balik aja. Sekejap je tu.. nanti diam lah..." "Mama, saya x nangis...." kata Qistina... "Good girl" Balasku. Mama pun bergerak balik dengan Atuknya (My Dad)
Anak Sulung Ninie. Dah masuk Darjah 3 tahun nih... Sihatnya...

Control hensem. Selalu if dah bersiap mesti tanya : "Smart tak Ihsan Mama?"
Ye... Smart & Hensem anak Mama jawab Ninie.


11.00 am. Ninie dengan Atuk pergi ambil bebudak comel tu...
Nampak je muka Ninie & Atuk...
Khairina : Hai Atuk... Hai Mama... (sambil melambai dan tersenyum)
Atuk : Hai.. (sambil membalas lambaian)
Khalisah : Kami x nangis dah... Nangis kejap aja...
Mama : Ok... Good girl
Qistina : Mama saya x nangis. Khalisah ngan Khairina je nangis... (sambil tersenyum riang)
Atuk : Seronok sekolah?
Qistina : Seronok3
Mama : Esok nak sekolah?
Qistina : Nak la...
Khalisah & Khairina : Saya pun nak sekolah.
Mama : Tapi esok nangis x?
Ketiga3 serentak : Tak nangis dah...
Mama : Yea la tu... Tangan Adik dah boleh gerak?
Atuk : Mana tangan Adik. Atuk nak tengok.
Qistina : Eh... (sambil malu-malu dan mengangkat tangan kiri) Dah baik dah. Esok Mama jangan tarik tangan saya tau..
Mama : Ye le...(fuh lega.. ingatkan sakit betul dah.. mana tahu salah pegang)

Kami singgah ke Pekan Sehari sekejap cari lauk sikit... Ada yang memandang anak-anakku berbisik dan juga bertanya...
"Kembar 3 ke?".
"Tak, 2 aja si Kakak... Yang tu Adik. Beza setahun ".

"Oooo nampak sama besar aja.Seronoknya ada kembar".
"Rezeki.." ujarku
"Anak 3 orang ni aja?"
"4 orang dah... yang sulung darjah 3"
"Nampak muda lagi.."
"Ha,ah... Kawin awal dulu.."
"Muda3 lagi anak dah ramai... baguslah..." (betul ke diaorang nih..)
"Terima kasih..." sambil tersenyum...

* Actually soalan-soalan dan jawapan diatas memang selalu terjadi if kami sekeluarga keluar bersama-sama...

03012011 : Mama ambil cuti untuk anak-anak ke sekolah...
Anak-anak Ninie ni masuk PASTI ( bukan kerana fahaman politik ye...)
04012011 : Mama still cuti risau kalau-kalau ada yang menangis lagi. Tapi masa nak ke rumah Nenek. Si Kakak (Khalisah) sempat berkata padaku.. "Mama pegilah work. Kami janji x nangis..." Wink3.. dapat mana pulaklah perkataan "janji" tu... Faham ke?...

* Khalisah Batrisyia (Kakak) - 5 tahun
* Khairina Basirah (Adik) - 5 tahun
* Aqilah Qistina (Adik) - 4 tahun

"SEMOGA HAPPY & BERJAYA ANAK-ANAK MAMA"

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥