"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday, 5 February 2026

Muhammad Khaliq Si Ketua Kelas 1 Fatanah

05/02/2026, Khamis

Cerita disebalik gambar yang dari jauh ni tak nampak apa².
Muhammad Khaliq, anakanda ke-6 rupanya ada program pagi ini. Namun terlepas pandang. Ceritanya, Mama di pejabat terima panggilan telefon dari En Suami, soalan tiba² tanpa 'introduction" dan buat Mama terpinga²/buntu sebentar... "Baju sekolah Khaliq ada kat mana?" Ah sudah. Otak Mama loading kejap cuba fahamkan dan recall... Apa pula ni? Betul dah pakaian hari ni Tshirt PJ sekolah. Pagi tadi Mama dah scroll wasap, tiada makluman apapun... Tengah loading tu En Suami cakap lagi. "Ni Cikgu sekolah telefon suruh ambil abang bawa balik ganti baju (uniform) ada program pagi ni bagi murid yang pegang jawatan (Khaliq ketua kelas ye). Baju sekolah ada mana? rumah Mak atau rumah kita?" Terus Mama dapat jawapan, "Rumah kita tapi tak basuh lagi, ada dalam bakul baju, I letak pagi tadi." Talian diputuskan selepas jawapan En. Suami "ok".

Aduhai... incomplete information ni. Kebiasaannya Mama basuh baju tiap malam, malam tadi memang tak basuh sebab bakul masih belum penuh dan baju uniform tu tak akan pakai sebab Jumaat baju Melayu bersampin. Baju kemeja putih pula memang ada dua helai seorang tapi Mama pasangkan lencana hanya untuk satu baju sahaja dan ulang pakai yang itu. Tengah tahun nanti baru pakai yang satu lagi.... Sampai rumah En Suami video call pula. Kelam kabut suasananya... Muahahaha, baju dalam bakul memang ada tapi tak sangka la agak kotor. Apalah dibuatnya si anak semalam agaknya. Ayah nya capai juga dan iron sambil bersihkan kotoran guna tisu basah sahaja. Pujuk hati, tak apa kalau bergambar pun kotoran tu tak jelas sangat.... Dah siapkan si anak, nak kena bergegas ke rumah Nenek ambil tali leher pula. 

Selesai, Mama scroll wasap kelas lagi, betul tiada pemakluman ketua dan penolong kelas kena pakai uniform sekolah hari ni. Mungkin Cikgu terlepas pandang.

Pst, cerita pasal Ketua kelas ni, masa Khaliq cerita, Mama saya ketua kelas 1F. "Wah... Siapa lantik Khaliq?" Soal Mama teruja. "Cikgu lah" Jawab dia... "Betul Mama, Abang jadi Ketua Kelas" sahut adiknya Khabir. "Tahniah Abang" ujar Mama. Khaliq sengih je... Tiba² dia kata "Adik, awak jangan bising. Nanti saya tulis nama tau". Hahahahaha. Diugutnya si Adik. "Apa pulak, mana ada saya bising²" balas si Adik.



(Gambar di bawah ni dikongsikan oleh parent)








Friday, 9 January 2026

Kembar Khaliq & Khabir "New Chapter" Tahun 1/2026

09/01/2026 (Jumaat)

Orientasi Tahun 1/2026
Alhamdulillah kembar Khaliq & Khabir memasuki 'new chapter'. Akan berjumpa dengan ramai kawan baru dan juga Cikgu². Hari ni cepat bangunnya bila dikejut. Semoga berkekalan la ye nak tanpa drama di pagi hari.
Terima kasih kepada Cikgu untuk gambar anak yang comel.























 











Sunday, 4 January 2026

Kasut Sekolah Dari Atok Untuk Khayra

04/01/2026 (Ahad)

Dari semalam sibuk dia pesan, nak ikut AtokNenek keluar... "Saya cakap kat Atok nak kasut baru, Atok cakap boleh" amboi Cucu gegel bongsu Atok ni... Suka sangat Atok datang rumah pagi tadi ambil dia.... Nenek tunggu dalam kereta je. Sampai rumah, senyum sampai telinga dapat kasut baru. Mama ingat sepasang, amboi 2 pasang eh... Pandai bodek ni. Apapun terima kasih AtokNenek melayan Kakak Piya ni. Semoga sentiasa sihat Dan dimurahkan rezeki dari pelbagai sudut... Pst... bukan kasut je tau. Ada barang lain juga. Yang pasti kedai ecoShop itu wajib! #darlingniniefamily #khayrasafiyamohamadadli