"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 17 September 2012

Maafkan Mama Sayang...

30.01.11 - Ahad - 8.25pm

MyEm0.ComKhalisah & Khairina
Runtun betul hati Mama tatkala melihat kesan 'hanger' di kaki kalian...
Ye.. Mama dah lepas geram tadi... Geram yang teramat sangat dengan sikap twin Mama ni..
Qistina? Pagi2 tadi dah ikut Atok balik rumah... Mulanya Qistina x mahu, lepas dipujuk Atok yang datang ke rumah, akhirnya mengikut juga... Kalau tidak, pasti ketiga2 anak2 Mama ni kena 'hanger' sebab selalu buat 'projek besar' bersama-sama...

Kenapa ye Mama boleh 'terlepas' 'hanger' hari ni?... Aduhai... Mama sayangkan anak-anak Mama... Sayang Sangat-Sangat... Tak terucap dengan kata-kata....

Tatkala Mama sikit je terlepas pandang sebab twin ni senyap aja, Mama pusing tengok apalah yang kalian berdua tengah lakukan... Ya'Allah.... Memang Mama terkejut... Si Kakak (Khalisah) penuh dengan dakwat pen hitam dalam mulut... Si Adik (Khairina) tengok memerhati sambil menyuruh Khalisah mengelap mulut... ye... tangan Kakak penuh dengan dakwat hitam pen... Mama tatkala itu memang menyirap marah bercampur takut....

Terus Mama capai Khalisah, hinggap tamparan di pipi walaupun x kuat mana... di hati geram teramat sangat... Anak-anak Mama ni dah besar, tahu mana boleh @ tidak. Why buat apa yang memang tahu nanti akan dimarahi oleh Mama?... Terus Mama capai kain batik yang kebetulan belum berlipat (Kain baju belum lipat) terus Mama kesat mulut Kakak, suruh Kakak jelirkan lidah... lap betul-betul mulut Kakak... Khairina dah lari ke arah Along takut dimarahi Mama. Ye memang Mama marah yang teramat sangat. Mama suruh Kakak minum air masak banyak-banyak... Lepas nampak dah ok, entah kenapa marah Mama memuncak... ye... Mama 'hangerkan' kaki kalian berdua. Anak-anak Mama bukannya x pernah pegang pen mahupun pensel dan juga warna sebab sudahpun bersekolah. Kenapa kali ni boleh masuk ke dalam mulut? Adakah ini namanya ingin mencuba?...

Maafkan Mama sayang... runtun hati Mama bila lihat kesan dari 'hanger' tersebut di kaki kamu berdua... memang Mama pernah 'hanger'. Tapi tidaklah sampai tahap berbekas....(nampak kesan merah). Mengalir air mata Mama di pipi ini... Janganlah dibuat lagi ye sayang...

Mama bukannya apa... Mama sayang sangat2 pada anak2 Mama. x reti nak olah dengan kata2 ... Mama x mahu kehilangan anak2 Mama... Masa Mama nampak mulut Kakak penuh dengan dakwat, Mama betul2 risau... "Ya'Allah janganlah jadi apa-apa pada anakku ini"... Tapi dalam kerisauan, kemarahan juga bersarang... sebab itulah agaknya 'hanger' Mama berbekas... Maafkan Mama ye sayang...

"YA ALLAH YA TUHANKU, SELAMATKANLAH ANAK2KU, KELUARGAKU DARI SEGALA KETIDAK BAIKKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT... JAUHKANLAH KAMI DARI SEBARANG BENCANA MU YA ALLAH..."

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥