Monday, 9 October 2017

Selamat Menduduki PT3 2017 Anakku Muhammad Ihsan

Doa mudah menjawab peperiksaan



Cepat betul masa berlalu... Rasanya baru je hantar anak bujang ni masuk asrama selepas UPSR sekarang dah tingkatan 3 dan hari ini bermulalah episod baru PT3. 09.10.2017 sehingga 12.10.2017

Semalam pergi melawat Ihsan di asrma... Demam+batu+selsema+pening kepala rupanya anak bertuah ni. Dalam telefon bila ditanya..."Sihat sahaja" jawapannya.... Aduhai la anak... Dugaan kecil tu... In Sha Allah, baik² adanya...

Semoga anak Mama Ayah MUHAMMAD IHSAN BIN MOHAMAD ADLI yang menduduki PT3  2017 mulai hari ini, diberikan ilham dan ketenangan untuk menjawab soalan, diberikan kesihatan yang baik & beroleh kejayaan cemerlang dalam PT3
*Semoga anak² kita menjadi anak² yang soleh dan solehah
Aamin....