Saturday, 19 March 2016

RESEPI : Sambal Kering Ikan Masin Talang

Nyum²... Jom Makan sambal dari ikan masin talang... Sedap dimakan dengan nasi panas² dengan kicap pun mak aiii lajunya... (Sayalah tu...)

Bahan² :
Ikan masin talang
Bawang goreng
Lada kecil -ikut pedas selera masing²
bawang putih dimayang
sedikit halia
sedikit serbuk lada hitam

*Goreng kesemua bahan dengan api sederhana. Satu persatu ye... Berhati² semasa menggoreng lada kecil sebab ianya boleh meletup² gitu. Jadi masa goreng lada kecil tu sila tutup ye... Serbuk lada hitam tak perlu digoreng.

Macam gambar pertama dibawah. Semua bahan yang telah siap digoreng bolehlah disatukan dan diblend... Nyum²... Boleh disimpan dalam bekas kedap udar ye... In Sha Allah tahan lama dalam sebulan pun masih ok.

Pst... Ibu dalam pantang pun boleh makan tau....