Thursday, 5 March 2015

Baju 'Outing' Ihsan Dah Siap

05.03.2015 Khamis

Alhamdulillah... Siap juga akhirnya baju outing anak bujang Mama Ayah si Muhammad Ihsan seorang ni.... Disiapkan oleh Neneknya.... Mamanya kompem la tak reti... Tapi ada sedikit kesan hitam di belakang baju yang memang tak boleh nak buat apa dah. Tidaklah begitu ketara namun tetap tak berapa cantik dipandang mata. Silap Mama juga sebab tak check betul² masa beli hari tu... Pakai anggap ok je....

Hari ni Mama poskan pada Aki di Kuantan dan minta tolong Aki & MAk Tok yang rajin jenguk² Ihsan di MRSM Kuantan pada setiap hujung minggu. Thank You for my Father & Mother In Law.... Love both of you a lots....