Saturday, 27 July 2013

Perhatikan Lorong Anda! (Jalan² Di Bandar Kuantan Yang Ditukar Menjadi Sehala)

26.07.2013 Jumaat

Hari ini secara tiba² Ayah ajak pulang ke Kuantan... Macam tak menang tangan duk mengemas pakaian bagai.. jam 4.15petang kami sekeluarga pun bertolak pulang ke Kuantan... Jangkaannya sampai jam 6.15petang, namun kesesakkan jalanraya yang berubah menjadikan perjalanan kami lewat dari jangkaan.

Jalan jem giler! Uwa.. sakitnya hati rasa...huhuhu. Ini berikutan jalan dua hala yang telah ditukar menjadi sehala dengan harapannya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar Kuantan. "Lenganglah sangat".... Elok² boleh sampai on time menjadi sebaliknya... pening dibuatnya.Mujur bukan Mama yang memandu. Ayah yang memandu pun tak kurang hebat bebelannya, Sabar ye sayang... wink3x.....

Ha... Gambar di bawah ni yang Mama sempat snap.... Notis pemakluman dari MPK.
PEMAKLUMAN
Perubahan Jalan Dua Hala Kepada Sehala Akan Dilaksanakan Secara Percubaan Bermula Pada 22 Julai Hingga 21 Oktober 2013. Melibatkan sebahagian Jalan-jalan Yang Berikut :

Jalan Wong Ah Jang
Jalan Beserah
Jalan Besar
Jalan Merdeka
Jalan Tun Ismail
Jalan Teluk Sisek
Jalan Gambut
Jalan Penjara

Segala Kesulitan Masa Kini Adalah Untuk Kemudahan Bersama Dimasa Hadapan. Harap Maaf


Jadi..Kepada anda yang nak ke Kuantan nanti.. Pastikan lorong anda ye... Jangan nak memandai²... ngeee.... Mungkin sesak sebab masing² tak faham dengan keadaan jalan yang dah berubah... Apapun kita tengoklah ye.. Berjaya ataupun tidak..Urm macam tak je..huhuhu....