"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 20 June 2019

Si Bulus Kawan Adik

20.06.2019 Khamis 
Khayra 2thn 8bulan

Tadi duk sibuk mengayuh basikal, ni sibuk duk kacau si kucing. Sebenarnya kucing ni comel sangat. Kucing betina tau.... Datangnya tidak dijemput perginya tidak dihalau..... Ikutkan mesti kucing comel ni bertuan, tapi entah kenapa ia dari datang menumpang makan terus jadi menumpang tidur+tergolek² teus dalam rumah kami... Khayra ni pula berani² takut je dengan si comel. Kalau terkena kuku tajam si meow mau dia menjerit kemudian marah² si kucing tu. Tak lama kang dia sibuk cari kucing tu balik nak mengacau.

Siang malam memang rajin jalan² dan tidur serta bermain dalam rumah. Tapi bila malam sila tidur di luar sambil jaga rumah ye. Mama bukanlah sejenis yang mesra alam sangat dengan si meow sebab Mama pun takutkan kukunya yang tajam tu..Pagi² sebelum hantar Adik ke rumah AtokNenek, hantar Kakak Aqilah ke sekolah seterusnya ke tempat kerja, mesti di meow ni muncul depan pintu mengiau² minta makan... Ada seekor lagi warna oren si jantan. Lupa pula nak ambil gambar. Next entry pula... Kawan main Adik juga tu. Kesayangan si Ayah.




Bonding Time Ayah & Adik

20.06.2019 Khamis

Elok je Mama sampai kawasan rumah nampak Adik nun di sana tengah mengayuh basikal diiringi oleh Ayah. Kakak Aqilah entah di mana. Sekarang nampaknya Adik dah mula nak bermain di luar rumah. Cuma AyahMama tak berapa berani lagi nak lepas Adik pergi bermain sendiri tanpa pantauan. Kawasan perumahan guru ni ramai je anak² lain yang sebaya / kanak² yang boleh bermain bersama. Cuma AyahMama kurang yakin dengan Adik. Kalau ada si Kakak yang tengok²kan Adik, sekurang²nya lega sikit.




Tahniah Aqilah Qistina - Olahragawati Sekolah 2019

20.06.2019 Khamis
Sukan Tahunan SK (LKTP) Lepar Utara 01 Kali Ke-27

Sejak dari minggu lepas, setiap hari ada latihan sukan dan Aqilah ni memang jenis bersemangat kalau bab² sukan ni... Minatnya pada merentas desa. Yang lain² tu boleh la sikit². Tahun ni rezeki dia dapat sandang Olahragawati Sekolah bagi tahun 2019. TAHNIAH! Ha.... Mau tersenyum lebar sampai telinga la tu. Gambar ni Ayah yang kirim di wasap Mama. Ha.... Mama sampai rumah petang karang mesti panjang lebar dia bercerita...

Pencapaian :
JOHAN - 200m Perempuan Tahun 6
JOHAN - 4 X 200m (Terbuka) Perempuan Tahap 2
JOHAN - 4 X 100m Perempuan Tahun 6
JOHAN - Lompat Jauh Perempuan Tahun 6
JOHAN - Merentas Desa Perempuan
*OLAHRAGAWATI*



Sunday 16 June 2019

Bonding Si Ayah & Anak

16.06.2019 Ahad

Anak² MamaAyah sejak dari Ihsan, Khalisah, Khairina & Aqilah sekarang Khayra.... Dari sejak lahir hingga lah umur 4/5tahun datang kerajinan si Ayah pastinya akan memotong kuku anak² bertuah ni ha.... Khayra ni ada anginnya.... Datang masa dia tak mahu jenuh la kena tunggu dia tidur nyenyak dulu baru potong. Tapi selalu bila dia dah tidur, MamaAyah terlupa la pula. Malam ni Adik ok je pula tak kisah nak dipotong kukunya oleh si Ayah



Thursday 6 June 2019

Adik & Bunga Api

06.06.2019 Khamis

Kalau semalam Adik tengok bunga api pun takut apatah lagi dengar bunyi mercun. Berlari dia cari orang untuk peluk/dukung... Dari elok bermain jadi duduk setempat je dia. Lastly, teman Nenek kat dapur sambil menyanyi janji tak tengok dah bunga api apatah lagi mercun... Kakak² dan sepupu seronok diluar, dia memang rela duk dalam rumah je....Dah berani sikit-sikit... kalau tak sebelum ni langsung tak nak...dengar bunyi mercun pun takut bukan main rela tak keluar rumah...
#adliyanfamily2019
#darlingniniefamilyraya
#khayrasafiyamohamadadli



Wednesday 5 June 2019

Salam Aidilfitri 1440H @ 2019 - Rabu

05.06.2019 Rabu
01 Syawal 1440H @ Rumah Ayah Bonda, Felda Lepar Utara 02

Jarang sangat kami adik beradik dapat berkumpul semua beraya bersama... Alhamdulillah tahun ni kami tiga beradik dapat berkumpul beraya bersama-sama Mak dan Ayah.... Thank you En. Suami.... Tema sedondon Aidilfitri kami pada tahun ini adalah Mustard/gold gitu..... Baju² ready made dan di otter oleh Nenek...

Sedikit info tentang baju :
Ihsan, Twin Girl, Aqilah - Ekspo Bandar Jengka, RM50/pasang
Kurta En. Suami - Shopee - RM35 (siap pos tau)
Ninie - Shopee - RM 57 (siap pos)
Khayra - Hasil jahitan Nenek (cantik kan...)
Next year? In Sha Allah, tiada aral light pink gitu...

#adliyanfamily2019
#darlingniniefamilyraya

Maaf dipohon atas kekhilafan samada sengaja mahupun tidak buat yang mengenali kami sekeluarga... (Adli-Yanti-Ihsan-Khalisah-Khairina-Aqilah & Khayra)

MamaAyah dengan anak² 1 putera, 4 puteri (Tak sedar masa berlalu, masing² dah besar)

Putera & Puteri² MamaAyah.... Semoga kalian berjaya dunia dan akhirat... Aamin....

Ninie dan My Beloved Husband.... teman sembang & teman gaduh...

Bersama AyahBonda tersayang...

AtokNenek bersama cucu² tersayang (8 orang)-2019



Cucu kecil AtokNenek...Sebaya...beza 45hari je...

Keluarga Fahis & Sal = Nana & Fatin

Family Yana & Nasir = Aryan