"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 29 January 2019

Rezeki Dari Allah @2019

29 Januari 2019 Selasa

Mama bertemankan Ayah dan adik Khayra ke Klinik LU4 dengan tujuan nak buka buku baru ibu mengandung. Kiraan Mama sendiri melalui aplikasi di telefon dah 9w++. Kami ke klinik jam 2.30ptg.....

Rutin biasa ambil timbang - ketinggian - urin - tekanan darah (bacaan agak tinggi) - ambil darah - check up badan - tunggu nurse tulis dalam buku dan kemudian kena jumpa doktor (jika perlu) Mama perlu untuk 1st check up ni. Sebab sebelum ni anak dah 5 dengan 1 keguguran (sebelum Khayra)

Jumpa doktor ni biasa la, soalan biasanya sama dengan soalan nurse.... tarikh last period... ada mabuk/muntah/masalah ke... kemudian doktor kata nak scan. Part ni ada debar sikit sebab malu pun ye... maklum la Mama perut buncit...wakakaka.... lemak tak hilang-hilang sebab tu baru 9w++ baby bump (kekonon) dah mula nampak. Walhal lemak berlebihan je... 😅

Ok... dah baring selak perut, doktor minta izin (doktor lelaki) nak check up... tengok leher, mata... cek pernafasan... kemudian rasa/tekan bahagian perut... haaaa lepas tu scan le...

Masa scan, doktor cakap "betul agakan saya sebab rahim akak tinggi". Urm..apasal lak la doktor ni getus Mama dalam hati... "Akak... twin lagi" ujar doktor... "jangan main-main doktor...takkan la twin lagi... saya dah ada twin kut" spontan je Mama jawab. Doktor senyum je sambil berkata.. "Ada la kak... kawan saya dapat twin and next twin lagi... cuma jarang la berlaku... rezeki akak la ni" Automatik tetiba je badan Mama berpeluh dan menggeletar serta seram sejuk... Allah... antara percaya dengan tidak serta fikiran bercelaru.... betulkah doktor ni... Bukan apa.... Terfikir... Mampukah Mama nak bawa dengan faktor umur sekarang dan masalah kesihatan yang mungkin ada (tekanan darah tinggi-setelah cek beberapa kali tadi serta pengalaman mengandung sebelum ni sangkut GDM on diet)

Tapi memandangkan muka doktor yang serius dengan alat scan bergerak kiri kanan perut (lama tau scan) takkan doktor nak main-main pula. Doktor cakap kena scan betul-betul sebab nak tengok saiz baby...
Dah siap... gel pun dah dilap... Doktor tengok muka Mama masih lagi confius agaknya... "Oh...saya tak bagi akak tengok skrin tadi ye... sebab tu akak tak percaya... tak apa... saya bagi akak tengok" ujar doktor sambil pusing skrin  menghadap Mama dan tunjukkan baby twin yang berada di dalam perut. Memang nampak ada 1kantung ada baby dan doktor bawa scan tu ke sebelah dan... nampak lagi 1kantung ada baby... (baby merujuk ketulan yang nampak dalam kantung tersebut) ok...masa ni memang Mama percaya twin dalam perut Mama ni. Adakah kembar tak seiras? (DCDA)... Ini kena rujuk doktor pakar dulu...

Doktor mula menulis dengan tulisan doktornya yang Mama tak faham😅 sambil dengar penerangannya... siap doktor call HOSHAS untuk set date dengan doktor pakar (12/02/2019- selasa). Mengandungkan twin banyak risiko dan doktor pakar berpisah tiada.... huhuhu😁😆

Tengah doktor sibuk menulis Mama sempat panggil Ayah yang menjaga adik Khayra sambil memberi isyarat kandungan Mama twin sepertimana yang Ayah selalu harapkan. Hahaha... En. Hubby ni memang selalu kata "I rasa twin la yang ni... perut u beso..." Mama lak selalu jawab "I kuat makan...dah tu sebelum pregnant pun perut i dah macam pregnant 2bulan... lemak je ni... nak buang ke mana kan sebab tu bila pregnant baby tolak lemak tu ke depan".... ha... ambil en. Hubby... sila bersedia mental fizikal layan i dan anak-anak nanti.

Nurse 2/3 orang yang ada masing-masing ucap tahniah dengan rezeki yang Allah beri. Orang nak twin tak dapat twin... Mama... dah pernah ada twin Allah beri twin lagi... Mama cuba positifkan diri walaupun kadangkala ada rasa takut.... in sha Allah dipermudahkan.... apapun tunggu hingga jumpa pakar di HOSHAS   nanti.

#darlingniniefamily
#adliyanfamily2019
#darlingninietwinpregnancy2019