"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 15 November 2018

Anugerah Kecemerlangan SAR KAFA Lepar Utara 01 tahun 2018

15.11.2018 Khamis
@ SAR KAFA Lepar Utara 01

Khalisah Batrisyia :-
1. 7A 1B - UPKK
2. 7A 2B - UPSA
3. Kelakuan

Khairina Basirah :-
1. 8A - UPKK
2. 4A 5B - UPSA
3. Kehadiran

Aqilah Qistina :-
1. No 1 untuk kelas darjah 5
2. Cemerlang keseluruhan darjah 5

*Khalisah dan Khairina juga mendapat sijil berhenti sekolah sebab habis belajar/sekolah sebab kebanyakkannya sekolah setakat darjah 5 untuk ambil UPKK.

Khalisah & Khairina masuk nasyid untuk persembahan darjah 6 dan Aqilah pula buat persembahan dikir barat untuk darjah 5.

Apapun tahniah buat semuanya...







Yeay! Gambar Adik Khayra mestilah ada kan... Bagus adik ni sebab tak takut orang (jadinya melilau² dia ke sana kesini) Bila ada persembahan tegak senyap je dia duk memerhati. Kesian Adik sebab pipinya kang kejap² dicubit orang sebab geram.


Monday 5 November 2018

Mandi Kolam @ Jerantut Hill

05.11.2018 Isnin

Esok cuti Deepavali, sekolah (anak² & En. Hubby) cuti hingga hari Rabu. Mama cuti hari Selasa sahaja. Hari ini Mama ambil cuti sebab ada urusan pejabat yang nak diselesaikan di bandar Jerantut. Kami keluar jam 9.30pagi... Cuaca hari ini pun tak panas sesekali hujan... redup je.... selesai urusan, lepas solat Zohor, En. Hubby ajak bawa anak² mandi di kolam di Jerantut Hill. Mama turutkan sahaja. Anak² memang tak usah dikata... suka bukan main la. Adik Khayra pula sekarang memang dah tak takutkan air.

Kami berada di sini dari jam 3petang sehingga 5petang. Alhamdulillah.... cuaca amat² baik.... redup je....

Kadar bayaran masuk di sini sekarang :