"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 27 April 2018

Khayra Safiya Check Up 1 Tahun 6 Bulan

27-04-2018 Jumaat

Hari ini 18bulan dah usia anak MamaAyah Khayra Safiya ..
Mama kerja half day hari ini sebab nak bawa adik ke klinik untuk check up dan cucuk💉
Alhamdulillah Adik tak menangis ketika nurse Suzie cucuk.. dan ini adalah cucuk yang terakhir...
Kemudian nurse cakap kena jumpa doktor untuk melihat perkembangan Adik (boleh tahu juga samada autisme @ tidak)

Syukur...semuanya baik-baik sahaja... perkembangan Adik seiring usia...
Sekarang gigi Adik pun dah banyak... Gigi geraham pun dah mula tumbuh, tapi... Adik tak nak gosok gigi. Acaner tu? Nak dilap pakai kain lampin pun susah tak nak bagi kerjasama. Aduhai la omeynomeyhamamani...
 #adliyanfamily
 #khayrasafiyamohamadadli



Monday 23 April 2018

Memek Muka Si Khayra Safiya

23-04-2018 Isnin

Mama sampai je rumah (balik dari kerja) nampak si kecil ni duk bermain sendiri... Nampak je kereta Mama parking... Laju je meluru... Jom kita ambil gambar dik... Suka bukan main... tapi beberapa kali duk tap² kamera... Hasilnya... Macam² memek muka si cilik Mama ni buat.... Adulahai anak bertuah!

#adliyanfamily
#khayrasafiyamohamadadli


Sunday 22 April 2018

Teruja Mencari Cendawan Tahun

22-04-2018 Ahad

Minggu ni ramai yang update pasal kulat tahun ni facebook... terliur Mama dibuatnya😋... cakap kat en. suami... ada orang jual tolong beli sebab teringin juga nak makan... Hari ni otw nak ke Jerantut, en. Suami bawa kete slow je tengok2 ladang sawit...yes...rezeki ada nak makan kulat ni walaupun dah banyak yang kembang payungnya.... kudup2 secoit je.... Alhamdulillah... 

Tapi... otw balik dari Jerantut pun mata kami meliar tengok² ladang sawit lagi... Alhamdulillah... ada rezeki... Anak² paling teruja sebab pertama kali dapat cabut pokok cendawan ni sendiri. Suka ya amat... Balik rumah mereka bertiga ni jugalah yang setia siang cendawan ni sampai habis... pengalaman barulah katakan...

#adliyanfamily
#khalisahbatrisyiamohamadadli
#khairinabasirahmohamadadli
#aqilahqistinamohamadadli




Happy Birthday AQILAH QISTINA (11tahun)

22-04-2018 Ahad

Hari ini En. Suami ajak keluar semata² nak pergi makan KFC sambut birthday anak bongsu lama : Aqilah Qistina ni... walhal tekaknya adalah nak makan chicken chop. Oleh kerana siang²/tengahari ni tak jumpa kedai yang jual chicken cop, maka KFC pun boleh lah....

🎂Selamat hari lahir anak MamaAyah Aqilah Qistina🎉🎊
#adliyanfamily
 #aqilahqistinamohamadadli
 #khalisahbatrisyiamohamadadli
 #khairinabasirahmohamadadli
 #khayrasafiyamohamadadli



Saturday 21 April 2018

10km Berbasikal... Fuhhhhh

21.04.2018 Sabtu

Cycling🚲 Mama yang paling jauh setakat ni dengan En. Suami Mohamad Adli & si bongsu lama Aqilah Qistina keliling kampung dengan jalan turun naik bukitnya... fuh... kemudian sampai rumah sambung santai dengan adik Khayra cukupkan sehingga 10km... Mengah ya amat Mama weh
#adliyanfamily
#aqilahqistinamohamadadli
#khayrasafiyamohamadadli
#adliyansfamilycycling



Friday 20 April 2018

Khayra Si Rambut Kembang

20-04-2018 Jumaat

Salam Jumaat... omey rambut kembang ceria pagi ni....
Sekarang Adik, kalau dia bangun je bukan nak lepak² baring dah bila matanya terbuka tu... Terus duduk "Ma... Ma Ma..." panggilnya sambil tersenyum... Itu tandanya memang Adik nak bangun terus lah tu tak nak tidur balik dah walaupun ditepuk² atau kita acah² tidur. Mood Adik memang nak bermain je sekarang ni. Tidur tolak ke tepi...

Rambut rare tu... Dah panjang tapi pusing² tu yang nampak kembang semacam tu. Nenek geram nak potong tapi Mama yang tak bagi... Dah la tak mahu ikat apatah lagi disuruh sikat, bekejar la kita dengan dia.... dapat letak minyak zaitun pun dah kira ok dah tu...

#adliyanfamily
#khayrasafiyamohamadadli



Monday 16 April 2018

Ubat Ulser Untuk Anak Mama Khalisah Batrisyia

16-04-2018 Isnin

Ubat untuk anak Mama Khalisah Batrisyia... Kesian dia ulser dalam mulut besar dan banyak lak tu.... Dah lebih seminggu. Nak makan, minum dan bercakap pun payah... adakalanya nangis-nangis sebab sakit sangat.... kena banyak minum air masak ye kakak... semoga cepat sihat...

#adliyansfamily
#khalisahbatrisyiamohamadadli

Sunday 15 April 2018

Aqilah Semangat Nak Ke Kem Smart Solat

14-04-2018 Sabtu

Semangat nak ke Kem smart solat hari ni dan esok di Kuantan... sebelum tidur lagi asyik pesan :
Mama jangan lupa kunci jam
Mama jangan lupa kejut saya esok awal² tau
Mama kalau terlambat ustaz tinggal
Mama.....

Haish la Aqilah Qistina uiiii... Sudahnya Mama gerak jam 4pagi sebab tengok banyak lagi pakaiannya diluar beg (Aqilah kemas sendiri semua pakaian dan peralatan yang nak dibawa)
Jam 4.45pagi gerak ke sekolah sambil ditemani adik Khyara (sebab adik pun bangun awal juga pagi ni) Jam 5.15pagi, mereka mula bergerak....Semoga menjadi anak yang solehah...

#adliyansfamily
#aqilahqistinamohamadadli


*UPDATE*
15-04-2018 Ahad
Aqilah sampai rumah jam 10malam. Katanya van yang mereka naiki rosak di Maran... Apapun semuanya selamat pulang dan cerita Aqilah tak berhenti² yang dia seronok sepanjang berada di sana....

Saturday 14 April 2018

Adik Khayra Tolong Menyapu Sampah

14-04-2018 Sabtu

Ayah sibuk mesin rumput.... Kakak² sibuk pergi latihan ... Adik? Dengan Mama je lah... Mama datang mood nak menyapu daun² berguguran... Adik pun turut sama menyibukkan diri... Mama sapu Adik kutip, Mama sapu lagi, Adik kutip lagi. Sudahnya Mama biarkan Adik je yang menyapu dan kutip daun² tu... Adik ambil kutip kanan buang sebelah kiri... Adik ambil kutip sebelah kiri, buang pula sebelah kanan.... Aduhai la nak oiiiii

#adliyanfamily
#khayrasafiyamohamadadli