"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 24 October 2017

Singgah Masjid Wilayah Persekutuan

24.10.2017 Selasa

Dari Pusat Sains Negara tadi kami terus ke Masjid Wilayah Persekutuan yang jaraknya cuma +-10km namun mengambil masa hampir 15minit kerana jalan jem orang baru pulang dari kerja. Sampainya kami disini, laluan di masjid juga agak sesak berikutan masjid ini juga merupakan sekolah agama dan anak² murid baru sahaja selesai sesi persekolahan (banyak kenderaan ibu bapa termasuk bas dan van sekolah yang menunggu)

Setelah memerhatikan papan tanda dan mengenal pasti ruang untuk solat (Anjung C & D) barulah kami mencari tempat untuk meletakkan kereta. Oh ye... Masa kami sampai hari baru sahaja teduh dari hujan. Keadaan lantai/marmar masjid licin. Semasa Mama dan anak² gegirl termasuk adik yang didukung Mama nak ke ruang mengambil wuduk, Mama telah jatuh terduduk diikuti Khairina juga lantaran kami tak nampak kawasan basah (marmarnya warna gelap dan cahaya yang malap di kawasan laluan) Adik yang didukung Mama tersepit kakinya sebelah dan dia turut menangis tetapi tidaklah mengais selak sakit, mungkin lebih kepada terkejut. Jadi bagi yang nak berkunjung ke sini sila berhati² ye. Lantainya memang licin betul bila basah. Huwaaa sakit punggung +pinggul Mama masih lagi terasa.

Kami solat di tingkat atas masjid (ruang solat wanita yang berpenghadang). Adik Khayra begitu teruja berlari ke sana kemari. Sungguh ceria dia.... Kami solat pun tidak diganggu cuma dia mundar mandir di depan dan tiada orang lain ketika kami solat di sini. Selesai solat, bergambar sebentar dan anak² Khalisah+Khairina+Aqilah teruja dengan ikan di kolam masjid hingga bagi ikan tersebut makan roti. Memang nampak banyak ikan yang datang....
Beg Kain Telekung Tertinggal!
Sewaktu perjalanan pulang, selepas tol chenor... En. Hubby berhenti di surau untuk kami menunaikan solat sebelum bergerak pulang ke rumah. Mama guna telekung di surau sahaja. Ketika ini anak² gegirl semuanya sedang nyenyak tidur. Kepenatan agaknya... Siap je Mama solat, Aqilah datang tanya pasal telekung/beg telekung ada di mana sebab mereka nak solat juga (dah bangun dari tidur). Sangkaan Aqilah Mama bawa beg telekung ke dalam surau. Bila dicari beg telekung di dalam kereta, rupanya beg tersebut tiada! Sah memang tertinggal kesemua 4pasang telekung yang ada dalam 1 beg tersebut serta sehelai sejadah lantaran anak² bertuah ni tadi yang teruja bukan main nak bagi ikan di kolam makan biskut! Mama tengok gambar anak² gegirl Mama di kolam tadi dan memang jelas beg tersebut ada di dalam gambar atas kerusi! Huhuhuhu... Aduhai la anak²ku sayang..... Ayah! potpetpotpet juga la...! Anak² yang tadi menyalahkan sesama sendiri siap Khalisah menangis sebab rasa bersalah memohon maaf atas kecuaian mereka. Pengajaran untuk masa akan datang ye anak²...