"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 19 October 2017

Singgah Di Petrosains Kuantan

19.10.2017 Khamis

Hari ni singgah dulu di Petrosains Kuantan yang terletak di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PAPP) (terletak di belakang MPK). Sebelum ini lokasinya di bangunan Yayasan Pahang tetapi telah ditutup dan dipindahkan ke sini. Waktu  operasinya adalah Isnin hingga Jumaat (8.00pg-5.00ptg)-hari bekerja sahaja.

Layankan kehendak anak² bertuah ni yang dari awal tahun sibuk nak ke Petrosains dan kebetulan pula PAPP tu terletak di laluan jalan nak pulang ke rumah. Masuk percuma ye... Tapi hari ni petrosains punuh dengan orang, agaknya kerana musim cuti sekolah.... Tak apalah... janji hasrat anak² nak ke sini dah tercapai. Lain kali ada rezeki kita berkunjung ke sini lagi ye....