"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 13 October 2017

Pertama Kali Berjalan Jauh... Adik Khayra Mabuk!

13.10.2017 Jumaat

Sebenarnya percutian hari ini tidak lah dirancang. Yang dirancang sebenarnya pada hari isnin dan selasa depan (next entry ye...) En. Husband dapat surat hari isnin baru ni (jadi hakim bagi Karnival kawad kaki badan beruniform sekolah peringkat kebangsaan 2017 di USIM, Nilai, Negeri Sembilan). En. Husband ajak kami anak beranak ikut tambahan pula anak-anak baru sahaja selesai aktiviti sukan sekolah. Jadi hari ni kami semua cuti untuk ikut en. Husband...

Anak-anak sememangnya teruja kalau bab berjalan-jalan ni. Tak pernah kata tidak! Laju je "jom"... Mama kena cari mood betul nak mengemas... tak tahu nak mula dari mana...sudahnya...malam tadi tidur adalah 1@2 jam je sebab nak mengemas kain baju dari 13.10.17 (Jumaat) hingga 18.10.17 (Rabu). Bila En. Husband tanya "ni nak kena pasang box ke?" Dengan confident nya jawab "tak payahlah kut. Rasanya tak banyak"hahahaha...sekali siap kemas dan susun amik.... full bonet weh!! Nasib la ye Abang sayang... Anak ramai.... weeeee...

Kami bertolak jam 8.10pagi dan berhenti makan di bandar jengka sebelum meluncur terus ke nilai.... sepanjang perjalanan cuaca hari ni hujan renyai-renyai membasahi bumi....sejuk nyaman je hingga terpaksa beberapa kali berhenti bagi menunaikan "hajat".

Adik Khayra? Mula-mula memang dia happy gitu. Tidur dalam sejam bangun... sengih dan boleh main main dengan si kakak-kakak... tapi sesi kemudiannya... Adik dah mula masam mengantuk...terpisat-pisat gosok matanya....sesekali adik nampak macam nak terjeluak... Mulanya Mama fikir adik sejuk dan tahan batuk kut(adik selesema) tapi bila 2/3 kali adik buat macam tu. Mama rasa adik mabuk sebab serba tak kena dah adik dibuatnya. Pelbagai posisi dah adik memusing. Cuma bagusnya adik ni dia tak menangis ke @ tantrum. Cuma hek hek je... Mama standby pegang lampin takut adik termuntah atas mama nanti... yer.... tak lama pun... di rnr lanchang adik muntah! Banyak pula tu. Kesian adik...muka kelat pahit sebab keluar ikut hidung juga sikit-sikit. Mama mula risau nak bagi adik menyusu sebab nanti adik muntah lagi... Mama bagi adik minum air masak je. Dah bersihkan adik dan ganti pakaian...Mama kena sikit tang tudung... Alhamdulillah... Adik nak tidur...kali ni adik tidur agak lama.

Dah sampai di Nilai (1.30ptg) kami pusing-pusing mencari hotel bajet kononnya.... standard room yang kami tanya sekitar rm 60 hingga rm150. Bila dah penat pusing dan adik yang happy tiba-tiba muntah lagi... Mama terus ambil keputusan untuk menginap di Aman Hotel (Family room = rm120). Keadaan bilik tidaklah seluas mana. Di sini ada lif ye...  Cuma agak selesa la untuk anak-anak Mama semua ni sementara tunggu si Ayah habis program. Bangunan pun nampak baru lagi. Bilik airnya pun bersih...Cuma jag untuk memasak air panas tiada... kena ambil air panas di lobi (mujur Mama siap bawa jag air sendiri) Nak iron baju? Ada disediakan di luar khas untuk iron baju. Waktu check out pukul 12tgh ye... kalau lebih nanti kena cas rm10 untuk 1jam. Agak 'straight' sikit... Mama pilih tempat ni sebab kedai makan sebelah je. Tak payah nak pening-pening fikir dah. Nak keluar masuk pun pintunya sentiasa di kunci. Nanti orang kat lobi tu alert bila kita nak keluar masuk. So tak la risau sangat bila minta anak ke bawah tolong ambilkan air panas tu.

Malam..Kami pergi window shopping. Di Tesco. Ikut hati nak membeli.. mujur ingat lagi bonet keta full. Bertabah lah duhai hati. Almaklumlah di Pahang takde Tesco...

*urm... jenjalan kali ni Mama tak berapa ada mood nak ambil gambar la pulak. Faktor usia ker...😅