"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 20 October 2017

Alhamdulillah...Perjalanan Kami Sekeluarga Selama 7hari 6malam Dipermudahkan

20.10.2017 Jumaat

Setelah bersama-sama keluarga tersayang selama 7hari/24jam sehari (Jumaat hingga Khamis yang lalu). Rutin harian Mama kembali seperti biasa. Jom masuk kerja. Agak kelam kabut juga pagi ni... Bersilat pangkah gitu walaupun anak² dan En. Hubby masih lagi bercuti. Adik+Khairina+Aqilah ke rumah AtukNenek. Tinggal Khalisah jaga rumah (ye ke tu???😄)-Kakak sila sidai kain ye...

Waktu rehat... Kawan 'call' beritahu yang tayar kereta pancit habis kosong 😱(Terima kasih Eija tolong maklumkan) Mama terus 'call' En.Hubby dan En. Hubby cakap nak datang ke sini nanti...Lagipun tengahari Jumaat macam ni mana ada kedai tayar yang buka. Semua tutup sebab nak Solat Jumaat...

Be positif... Kenapa?
1. Alhamdulillah... perjalanan Mama ke tempat kerja dipermudahkan oleh Allah SWT. Tiada apa² halangan pun pagi tadi(masalah kereta) yang ada halangan hanyalah atas jalan raya nun di kawasan hutan sebab banyak pokok² yang tumbang agaknya keran ditiup angin malam tadi.
2. Perjalanan kami sekeluarga sepanjang 7hari (13.10.2017/Jumaat hingga 19.10.2017/Khamis) telah dipermudahkan oleh Allah SWT. Perjalanan yang amat panjang berdasarkan google map ....Secara purata/kira² 1084km/ 13jam (sebenarnya lebih lagi sebab banyak masuk simpang dan singgah sana sini)

Terima Kasih Ya ALLAH kerana permudahkan, melindungi perjalanan kami sekeluarga pergi dan pulang tanpa sebarang halangan yang memudaratkan.... Aamin