"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 7 November 2016

Pengalaman Bersalin di HTAA

27 Oktober 2016 Khamis
38 Minggu 6 Hari/Ceaseran/HTAA/2.08pagi

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT sebab Mama akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan dengan turut juga rasa kesakitan/kontraksi sakit nak bersalin.... Sedikit pegalaman... pst..sambunganentry sebelumnya ye... di sini

http://darlingniniefamily.blogspot.my/2016/11/sebelum-mama-bersalin.html

26102016 Rabu
Selesai je makan nasi lemak gulung + lamb chop tadi... Kami terus ke HTAA Bahagian Wad Bersalin Risiko Rendah. Biasalah... Dah datang sini ikut sahaja apa yang disuruh oleh nurse dan doktor. Kontraksi semakin kerap² gitu... Alahai... Jadi graf yang ada memang tak cantik... Nurse siap masuk alat drip air di tangan dah. Tengok keadaan macam ni... Tau dah memang 'confirm' Mama kena tahan wad malam ni dan tak boleh balik.... Agak lama juga duduk di sini... sampai 11.30malam. Keputusannya... Masuk Wad. Oleh kerana Wad kelas 1 dah penuh, Mama ditumpangkan di wad kelas 3 dan kesian tau... katil kosong tiada. Jadi Mama dan En. Hubby kena menunggu sebentar di ruang menunggu dan waktu ni makin kerap pula baby mengeras... Aduhai la anak...

Dalam 15minit barulah ada katil kosong untuk Mama... itupun katilnya baru di bawa masuk dan ruangan betul² sebelah tempat solat. Prosedur biasa...pasang CTG bagai dan kontraksi kian kerap menjadi². Tak sampai 15minit terbaring di katil, keadaan nampaknya agak kelam kabut sedikit... dengan nurse & doktor bercakap² dan suruh sediakan dokumen dengan segera (waktu ni Hubby baru je balik ke rumah). Nurse datang untuk suruh call husband dan sign dokumen (Tapi Hubby dah pun balik, sekadar makluman dia sahaja dan Mama sign dokumen sendiri-tangan pun dah getar tahan sakit waktu ni) , nurse datang untuk gantikan baju... masukkan drip di saluran kencing. (Malunya laaaa sebab walaupun tengah sakit tapi masih lagi sedar). Dah siap semua... laju je Mama disorong ke bilik pembedahan "Puan, kita nak operate ye sebentar lagi... Dah tak boleh nak tunggu sebab graf dah tak cantik... Takut baby lemas" lembut je nada cakapnya...Mama tak boleh nak cakap apa...tahan sakit baby duk mengeras lagi... Pasrah je la..

Dari katil di wad...diangkat ke katil lain untuk tolak ke wad pembedahan... saat pintu wad pembedahan dibuka... mak aiii meriahnya nampak beberapa doktor dan nurse yang dah siap sedia menunggu dan nampak masing2 ceria gitu.... datang salah seorang bawa borang yang telah di sign tadi dan minta Mama baca dan pastikan yang ianya betul... Kemudian Mama dialihkan ke katil lainnya pula dan terus di bawa masuk ke ruang pembedahan... sejuk wei... prosedur Mama tak berapa nak perasan sangat dah waktu ni sebab sakit nak bersalin tu makin kerap datangnya. Kalau di tengok bukaan dah berapa cm gamaknya.... masa ni memang Mama dah pasrah... relakan aja... sebaik mungkin ikut je arahan yang diberikan...

Kaki harus melunjur tegak... badan dalam keadaan duduk sambil memeluk bantal.... dan waktu ni badan wajib tegak/lurus gitu... tapi disebabkan kobtraksi bersalin kian kerap... badan Mama tak dapat nak lurus... terasa cubaan doktor nak bius di belakang badan tu... tapi sakitnya jarum tak boleh nak lawan sakitnya kontraksi bersalin... nak mengalir air mata rasanya.

Beberapa kali mencuba Mama dapt rasakan macam terkena renjatan elektrik gitu di kaki sebelah kiri. Fikir Mama mungkin dah kena pada tempatnya la tu....owh macam ni rasanya (sempat lagi tu...hihihi...) ingatkan dah siap...rupanya nak kena cucuk lagi. Beberapa percubaan.... baru lah kaki sebelah kanan pula rasa macam kaki sebelah kiri tadi....

Dah siap bius... bantal dilepaskan dan disuruh berbaring. Bius separuh ye.... beberapa minit kemudian... dicucuk2 di bahagian kaki Mama dan tanya..'boleh rasa tak?'... 'boleh..' jawab Mama... Masa ni dah risau dah... kang dibelahnya perut ada rasa sakit macamana??? Oh ye... lepas je siap bius tadi hilang terus rasa sakit baby mengeras nak bersalin tu... Selang beberapa minit... "Puan... kami nak keluarkan baby ye...Bismillah..." urm... Mama udah ngantuk waktu ni... nampak 2orang doktor lelaki yang buat pembedahan tu tapi tak nampak apapun yang tengah dibuat... nampak mereka bergerak2 je.... Masa bila baby dikeluarkan pun Mama tak perasan. Tersedar sebab dengar tangisan bayi je... 'eh... baby aku ke tu?' -getus hati kecil... Masa bila baby dileluarkan? Sah! Mama terlelap la tadi... acis betullah...hihihihi

Tak sampai 1/2jam.... siap! Laju betul doktor ni buat kerja... (Mama siap tengok jam tau). Dalam 2pagi mula bedah... 2.30pagi dah ditolak ke ruang lain untuk pemerhatian selama 1/2jam kalau tak silap... Masa ni dipeaan banyak kali jangan angkat kepala... jangan bergerak2 sebab takut munyah kesan dari ubat bius tadi... Di sini juga datang nurse bawa dan tunjukkan bayi Mama serta jantinanya... tag pink..so kompem perempuan! Kemudian nurse selak pakaian Mama dan suakan mulut baby pada nipple... ajaibnya ! Baby menyoyot.. macam tau tau je... agak lama juga... kemudian nurse maklumkan nanti baby ditempatkan di nursery... Mama tak usah bimbang katanya...

Selesai di sini... Mama terus di bawa ke wad Melor 1C tanpa barang2 Mama yang berada di wad kelas 3 tadi... aduh... macamana nak call en. Hubby? Dah la tak boleh bergerak... tak boleh angkat kepala... masa ni hilang terus mengantuk dan rasa lambat betul masa berlalu. Sekejap2 kang nurse datang jenguk.  Kena statik mavam ni 6jam tau...

8pagi.... sister datang tanya nak minum? Huish pucuk dicita ulam mendatang... sister bagi minum 1/2cawan air masak je dulu guna straw. Dekat 1/2jam.. Alhamdulillah... tiada rasa nak.muntah... sister angkat kepala katil bagi Mama bangun sedikit dari pembaringan berjam² tadi... kemudian sister bagi minum 1/2 cawan air milo..m beberapa minit semuanya ok..takde rasa nak muntah baru diberi minum lagi 1/2cawan baki air tadi.... puas rasa walaupun tak cukup sebenarnya. Ok... dah boleh nak makan minum dah lepas ni katanya... wah..lega.... sister juga lah yang tolong call Hubby minta datang tengok Mama sebab kesian tengok Mama dari semalam katanya....

Jam 9.30pagi, nurse datang hantarkan baby... Bolatnya baby Mama... nampak bengkak mukanya... ye la baru beberapa jam lahir kan.

 En. Hubby datang dan tolong ambilkan semua barang2 di wad 3. Lega sikit sebab semuanya ada.... kemudian Hubby balik dan datang semula pada waktu melawat dengan bekal dari mil. Alhamdulillah... terima kasih mak.. bukan taknak makan makanan hospital tapi takut sebab hidangannya tu macam tak sesuai untuk Mama yang pantang bersalin ni.. Lepas makan Mama nak ke tandas... nurse temankan dan tak bagi pergi sendiri untuk kali pertama ni. Oh ye...masa ni nurse dah buka beg air kencing tu... doktor cakap dah boleh nak mandi ke apa ke... cuma pastikan tempat czer tu jangan terkena air sebab baru lagi. Jadi tak la Mama berani nak mandi bagai. Cukuplah basahkan lampin dan lap2 badan gitu2 je.... biar rasa segar sikit....

Alhamdulillah... duduk di sini nurse cukup prihatin... baby nangis2... datang jenguk tanya... kesiankan kita... nurse ambil bawa ke luar dodoikan... baby nak tertidur dopulangkan semula. Amat memahami keadaan Mama yang lemah ini.... Almaklumlah... susu pun tak meriah lagi... baby pun nak test suaranya juga kan!

Anyway really really thank you pada nurse dan doktor yang bagi Mama cukup2 mesra dan prihatin gitu... bercakap dengan kita pun lembut je......