♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Thursday, 7 July 2016

RESEPI : Marcaroni Meatball Carbonara


07.07.2016 Khamis / 02 Syawal 1437H

Sepanjang hari hanya lepak dirumah.... iron baju yang bertimbun-timbun. In sha Allah tiada aral, esok balik ke Kuantan. Anak-anak asyik lapar je hari ni. Sarapan, makan tengahari...habis... jam 5ptg mengadu lapar lagi... aduhai anak.... jenguk dapur tengok apa yang ada... maka... jom masak...

Bahan :
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
1 tin prego carbonara cendawan + 1 tin air (warna biru)
1 cawan macaroni - rendam terlebih dahulu agar lembut
400g bebola daging / ayam (ikut suka)
Sedikit gula & garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak :
1. Tumis bawang merah + putih hingga naik bau
2. Masukkan 1tin + 1tin air prego carbonara cendawan. Guna api perlahan dan kacau sebati.
3. Bila hampir mendidih masukkan kesemua bahan lainnya
4. Setelah bebola dan macaroni lembut dan kuah menggelegak.... masakan siap!

Wednesday, 6 July 2016

Salam Aidilfitri 1437H/06.07.2016 Rabu

06.07.2016 Rabu /01 Syawal 1437H

Alhamdulillah.... diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menikmati kemeriahan syawal pada tahun ini... Tahun ini beraya di rumah My Ibu & Ayah.... Thank you En. Hubby... memandangkan adik beradik lain beraya di rumah mertua masing-masing.

Raya tahun ni ramai jiran datang bertandang dengan anak & cucu. Meriah betul...dari pagi sampai ke petang. Sudahnya niat nak teman mak pergi jalan beraya tak berjalan lancar....

Sedikit gambar raya kali ini....











Monday, 4 July 2016

Resepi : Daging Kambing Bakar

04.07.2016 Isnin


Ini kali kedua buat daging kambing bakar atas permintaan si Hubby yang mengidam. Hihihi.... sejak Ninie mengandung, rasanya Hubby yang over nak makan itu ini bagai... selagi tak dapat... hari hari la dia menyebutnya.... Haish.... tak patut betullah....

Hari ni Ninie masih bekerja alang-alang check up di Klinik tadi kan... Jam 12tgh gitu Hubby hantar whatsApp icon kambing. Tau dah...nak makan kambing bakar waktu berbuka la tu. Mujur masih ada lebihan daging hari tu dalam peti ais.... Ninie suruh Hubby keluarkan dan rendam. Balik kerja nanti baru kita proses sebab daging beku weiii....

Sampai rumah jam 5.15ptg, baring jap.... 5.30ptg terus masuk ke dapur tung tang tung tang seperti hari-hari kebiasaannya memang wajib masak untuk berbuka. Penat? Tolak tepi... malam jam 10 jangan kacau ye... tido time....weeeeee

Jom tengok resepi perap yang lebih kurang je ni....

Bahan :
Daging kambing (4 keping)
* Beli yang siap potong kat frozen bahagian shoulders... memang cantik potongannya tau.... ngam gitu... basuh bersih kemudian Ninie rendam dalam air tepung gandum sementara nak siapkan bahan perapnya. Tujuannya? Hilangkan bau hamis daging tu tadi.

Bahan kisar/tumbuk/perapan :
7 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar madu
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit gula
*bersihkan daging tadi dan gaul bahan perapan ye.... perap 1jam. Lagi lama lagi bagus tau....

Cara masak :
1. Guna oven 200°c = 20~30 minit api atas bawah (ikut oven masing2 ye)
2. Guna kuali ajaib. Goreng tanpa minyak. Boleh juga sapu sedikit minyak kalau tak yakin ye...

*pst... Ninie suka cara (2) sebab rasanya lagi cepat dan boleh kontrol @ balik2kan daging tu ikut time kita...hihihi...

Sos? Beli je sos lada hitam yang dah siap dalam botol tu macam cili sos.

Selamat mencuba...

Kena Makan Double Iron Tablet

04.07.2016 Isnin

Susulan Entry sebelum ni : Check Up Mengandung.Hari Ni Banyak Dakwat Merah!

Sebelum balik tadi Nurse bagi sekeping 'check' senarai ubat...Hihihi...Disebabkan bacaan HB menurun kena makan IRON TABLET yang warna coklat gelap tu 2biji sehari. Nurse cakap lagi... Kalau next check up masih juga tak naik, disarankan agar Ninie membeli sendiri IBERET FOLIC. Redha je la.......


Check Up Mengandung.Hari Ni Banyak Dakwat Merah!

04.07.2016 Isnin / 29 Ramadhan 1437H
22w2d



Hari ini check up baby dalam perut buat pertama kali dalam bulan Julai. Letih nak ulang alik ke Klinik... Rasanya dah tiap² minggu ni.... Bersabarlah ye.... Anak anugerah dari Allah... Prosedur wajib kena ikut.... Untuk baby dalam kandungan dan juga si Ibu yang membawanya...

Al kisahnya pagi tadi tak tersedar langsung dari bangun untuk bersahur. Pergh... Selalunya tiada masalah. Kali ni..... Sedar² je dah azan Subuh! Mohon maaf je la pada En. Hubby.... Dah bangun tu boleh lagi Ninie terlelap...Sedar² jam 5.55pagi. Wah! Kena bangun terus ni sebab hari ni kerja lagi dan ada check up di Klinik. Walaupun agak 'mamai'. Agaknya sebab mamai tu la elok je melangkah di muka pintu bilik air, Ninie terasa lantai licin. Sempat berpaut pada pintu dan tak jatuh terduduk sebab sempat sangga dengan kedua² belah lutut. Alhamdulillah... Cuma rasa senak sikit perut mungkin sebab bayi dalam perut mengeras terkejut juga.

Mandi+Solat+Bersiap² dan 6.30pagi meluncur ke tempat kerja.... Jam 8 terus ke Klinik buat check up. Turn Ninie agak lambat hari ni walaupun orang tidaklah ramai mana. Agak 'puas' jugalah menunggu. Kemudian hasil check up pula agak mengecewakan sebabnya :

1. Berat badan menurun lagi... 2minggu lepas dah turun 2.1kg. Hari ni turun lagi 300g. Aduhai...
2. Bacaan HB juga menurun ke 10.9
3. Kandungan air kencing yang agak kotor
4. Ada bacaan +1 darah dalam air kencing

Apa sahaja yang dinyatakan oleh 'Nurse' Ninie iyakan sahaja... sebabnya tau dah salah sendiri

1. Berat badan turun
*Ninie kurang makan di bulan puasa ni. Makan berat ketika berbuka sahaja. Tiada lagi ulangan. Jam 10 biasanya dah masuk tidur. Sahur pun makan buat syarat je. Jenuh nak menelan seketul² nasi tu. Paksa diri makan mengenangkan diri yang berbadan dua ni dan takut diri sendiri yang tak larat nanti.

2. Bacaan HB menurun
* Vitamin yang diberikan oleh klinik memang Ninie ambil tadi tiada macam hari² biasanya Ninie agak 'gila' makan sayur²an hijau. selalunya kalau bukan di bulan Ramadhan tapau nasi sikit, sayur lagi lebih dari nasi. Bulan puasa ni jarang bebeno makan sayur²an hijau. Tak apa...Lepas puasa nak makan sayur hijau semula. Nurse beritahu kacang kuda antara yang terbaik makanan kaya zat besi.

3. Kandungan air kencing agak kotor
* Sepanjang bulan puasa ni, Ninie jarang bebeno minum air masak. Selalu memang bawa bekalan air masak di opis, teguk² je tau² habis. Ni minum air manis ketika berbuka je.... kemudian tak ada nak ulang² minum dah.

4. Ada bacaan +1 darah dalam air kencing
* Doktor cakap mungkin disebabkan kekurangan air dalam badan. Banyakkan minum air masak dan berehat. dan... Ayat yang meneakutkan nak dengar "Kalau ada bleeding cepat² ke Klinik berdekatan' minta dijauhkan....

Tadi juga kena jumpa Doktor maklumkan pasal jatuh di bilik air tu, Bila diceritakan cara jatuh sebab bukan jatuh terduduk, Doktor cakap, In sha Allah tak perlu scan dan tiada apa². Cuma kena lebih berhati² selepas ini....

Sunday, 3 July 2016

Kasut Raya : Si Gegirl Minat Kasut Tumit Tinggi

03.07.2016 Ahad /27 Ramadhan 1437H

Pada hari Khamis yang lalu Ninie ada ke kedai kasut sewaktu rehat di Bandar Tar Jengka ni. Puas duk musing². Kemudian berkenan la dengan kasut di kedai STEPS. Berkenan sebab teringatkan si gegirl yang kian membesar sibuk nak pakai kasut tinggi (bertumit). Ninie pilihkan kasut sarung bertumit. Namun agak kecewa saiznya tak berapa nak muat. Wah besar sangatkah kaki anak² ku kini? Hihihihi... Kasut  jenama dari Thailand sahaja... Bukannya Vincci/Verns bagai ye....

Semalam balik ke Kuantan, Hubby tak lalu Bandar Jengka... Ikut Sri Jaya.... (balik ambil si Ihsan sebab nak berhari raya di Lepar Utara pada tahun ni. Semalam... OTW pulang ke rumah dari Kuantan, En. Hubby ikut jalan Bandar Jengka. Doa Ninie agar kedai tersebut buka. Maka bolehlah ditukar kasut si gegirl 3 beradik ni. OTW balik tadi dah settlekan songkok (Berjaya ekonomi) dan sandal (Ten Ten) si Abang. Baju baru? hanya di Hari Raya pertama sahaja.... Cukuplah seadanya... baju² tahun lepas pun masih elok dan boleh digunakan semula. Ninie+Hubby? Tiada baju baru buat kami berdua. Cukuplah sekadar apa yang ada.

Berbalik pada kisah kasut si gegril tadi.... Alhamdulillah... Selepas makan + solat kami menuju ke kedai tersebut dengan harapan ianya buka pada malam ini. Almaklumlah nak raya² ni. Terus bawa anak² sekali biar pilih sendiri janji puas hati.... Jom.... dan inilah hasilnya.... Amboi...anak² mama yang kian membesar ni... bajet² cantik gitu..... Tingginya kasut... esok² tersadung Mama buat tak tahu je ye....

Apapun yang penting mereka happy dan tak habis² berterima kasih....

Saturday, 2 July 2016

Kasut Raya Ninie : Terima Kasih ZALORA!

02.07.2016 Sabtu

Hari ini nak pulang ke Kuantan untuk mengambil anak bujang si Ihsan sambil berbuka puasa di rumah Ibu mertua ku.... 28hb Jun yang lalu Ninie ada redeem voucher RM100 dari ZALORA (Kerjasama buat kali ke dua) Pertama kali dahulu 2tahun yang lalu, Ninie redeem beli Jubah/dress untuk Aidilfitri. Kali ini beli kasut pula. 1pasang kasut sukan saiz 10 untuk si Ihsan -payah nak cari saiz dia ni. grab je yang mana ada. dan 1pasang kasut BATA untuk diri sendiri.... Alamak... terlebih bajet pula. Tambahan RM31++ dengan penghantaran percuma gitu.... Alhamdulillah...Esoknya 29 Jun, dapat emel yang menyatakan item telah pun dihantar dan diterima oleh my MIL berdasarkan tandatangan yang di'attachkan' pada ruangan emel... Wah lajunya...Sempat la nak pakai raya nanti.

Terima kasih ZALORA!. Lain kali jangan lupakan Ninie lagi ye.... Every year pun tak apa.... Jimat kan....


Friday, 1 July 2016

Dark Purple : Tema Baju Raya Aidilfitri 2016/1437H

01.07.2016 Jumaat / 26 Ramadhan 1437H

Minggu lepas pergi ambil baju raya anak²... Tema kali ini ikut warna baju si Hubby yang sedia ada... Dark Purple.... Kebetulan pula Ninie pun dah ada jubah warna seakan² sama. Guna apa yang ada sahaja..... Macam biasalah.... Kalau baju raya sedondon ni selalunya Mak Ninie yang buat. Beli kain koshibo je dengan harga RM4.50/m di KR1M Jerantut. Kebetulan... Kainnya pun lembut je.... Tanya kedai kain lain rata² harga dari RM7-RM7.50/m.

Dah siap, baju gegirl nampak kosong je... Ninie belikan dokoh sejak 2minggu puasa hari tu.... Beli macam² pattern. Tapi blur bila nak menampalnya... Letak, cabut berulang kali.... Akhirnya ketiga² baju gegirl guna dokoh yang berlainan corak. Aqilah cakap baju dia tak cantik macam kebaya... Aduhai anak...Ada demand dia la pulak... Si twin tiada masalah... Ok je....

Tudung? Ha... Tahun ni masing² request selendang/shawl. Ninie bawa keluar selendang² lama Ninie yang saiznya kecil² tu suruh pilih... Plain ada... duo color ada.... Ikut lah nak.... Berjimat cermatlah kita ye.....

Pst... tahun ni memang dokoh jadi trend hiasan baju....