"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 25 September 2015

Ular Masuk Rumah - Aqilah Panik!

25.09.2015 Jumaat

Pagi tadi tatkala nak buat sarapan pagi (roti telur) kedengaran bunyi bising ngiauan kucing di luar rumah. Memang bising. Mama buka pintu sebab ingatkan si Tompok lapar sebab kadangkala port tido malam si Tompok memang di belakang rumah atas mesin basuh. Sekali pandang, nampak macam si Tompok tapi ngiauannya kuat bukan main sedangkan si Tompok payah sangat² nak mengiau. Kalau lapar pun sekadar ikut kat kaki kita hulu hilir. Bila tengok betul²./... Loh... Bukan si Tompok walaupun ala² je. Hish.... Kucing mana pula ni... Sampai siap buat sarapan pun asyik mengiau je dia.... Ikut la kucing...

Lepas Hubby siap sarapan soh Hubby tengok si kucing tadi...Kut² la ianya lapar... Panggil tapi tetap taknak berganjak sambil asyik mengiau² je... Lastly Hubby angkat bawa ke tempat makan si Tompok dan Ricca. Tapi si kucing tu macam tak mahu makan...takut² gitu... Makan sikit² je.... "Ke dia bising sebab nak bagitahu sesuatu?" Soal Ninie pada Hubby. Tapi memang tak terfikir langsung apa yang nak diberitahu sebab tadi Ninie jenguk kat mesin basuh tiada apa²pun.  Kemudian Ninie buka PC layari internet...

Aqilah bangun lambat/sendiri hari ni. Saja Ninie tak kejut sebab tahu dah bangun² karang sibuk nak main game. Kakak²nya kat rumah Atuk Nenek tak mahu balik lepas berhari raya semalam. Nak main dengan sepupunya Nana & Fatin. Adik dan Ihsan je yang ikut balik. Bila Adik nak ke dapur tiba² terdengar suara cemas Adik... "Mama, Mama... Ular" sambil mengurut² dada + muka cemas dan berjalan ke luar rumah... Apahal pula ni getus hati Mama.

Adik dah kat luar rumah bila ditanya kenapa? "Ular...Jawab Adik sepatah sambil menunujuk² ke dalam rumah dan dah tak boleh nak cakap apa² dah. Lidah Adik kelu. Mama jenguk di pintu dapur tapi tak nampak apa². Mama panggil Adik, Adik masuk tapi takut². Mama minta Adik bertenang dan suruh tunjukkan kat mana dia nampak ular tersebut... Beberapa saat kemudian baru Adik boleh bercakap...

Mama jenguk² sambil suruh Along jenguk² sekali kut² nampak sebab Mama memang tak nampak langsung. Menurut Adik ular tersebut warna hitam dan besar... Aduhai... Besar mana pula ni.... Hubby pula baru je pergi mesin rumput.... Mama suruh Along dan Adik beritahu Hubby... Mereka pergi turuti si Ayah dengan berjalan kaki. Mujur lah tak jauh sangat....

Tak lama kemudian mereka berdua pulang dan beritahu si Ayah suruh tutup pintu dapur dan letak kucing dalam tu sekali. Kami ikut sahaja saranan Hubby sementara tunggu Hubby pulang nanti. Fikir Niniejikalau ianya masih ada tentu si kucing dan tompok tadi bising mengiau² lagi. Tapi hampir sejam, senyap je si kucing² ni.

Adik mulai lapar... Mama suruh makan roti telur dulu. Katanya nak nasi. Bertuah sungguh si bongsu ni... Jam pun hampir 1tghri. Memang lapar lah... Fikir Mama si meow senyap je dari tadi...Mungkin si ular dah takde kut...sebab sebelum letak kucing tadi pintu dapur sebelah mesin basuh terbuka. Manalah tahu kut² ular dah keluar.

Beberapa minit lepas Along bukakan pintu dapur... jenguk² tak nampak apa... Hubby balik... Hubby  pula menjenguk.... terdengar suara Hubby berkata "Allah ! Besar juga ularnya" sambil panggil Ninie kut² nak tengok.Ninie cuba tengok, tapi memang tak nampak apa juga. Ihsan kata dia nampak dan memang nampak besar warna hitam. Allah!

Hubby cuba halau walaupun nampak Hubby macam takut². Pintu belakang dapur dibuka kut² la ular tersebut nak keluar. Namun tak gaya nak keluar pun ia... Ninie call Ayah (Atuk) minta tolong. Waktu Solat Zohor (Jumaat) dah hampir. Ayah kata dia akan datang selepas solat Jumaat nanti. Okay! Kami menunggu dengan sabar. Hubby buka pintu dapur belakang dan menunggu kut² ular tersebut keluar sendiri. Namun hingga Ayah Ninie sampai ular tersebut masih tak keluar. Ayah datang dengan Fahis - Adik Ninie.

Sampai je Ayah dan Fahis buka pintu ke dapur sambil bawa kayu... Bila dijenguk ular tiada... Satu² barang di bawa keluar dari dapur bawa masuk ke dalam rumah... Akhirnya jumpa dia tengah menyorok di balik periuk bawah singki. Boleh lah ular masuk sebab kabinet singki tu dah mula mereput di bahagian bawahnya.

Ayah dan Fahis cuba bawa keluar ular tersebut dan  elak dari membunuhnya. Namun agak sukar disamping terdengar bunyi dengusan si Ular yang mungkin marah kerana diganggu. Beberapa kali Ayah dan Fahis mencuba... Hubby dan Ihsan standby jika Ayah minta apa² dari kayu, parang, cop, torch...

Akhirnya Ular berjaya dibawa keluar dari bawah singk namun menyusup pula ke celah peti ais. Akhirnya Ayah terpaksa bunuh sebab memang payah nak bawa dia keluar dari rumah. Aduha memang aga besar juga.... Ada la sebesar pergelangan tangan Aqilah tu... Meremang Mama tengokka. Apapun Alhamdulillah... Tumpas juga Ular tersebut akhirnya... Terima kasih la buat semua...

Hubby dah siap korek lubang nak tanam ular tersebut nun di seberang longkang di hadapan rumah. Meliuk lentuk ekornya walaupun dah mati.... Kemudian Ayah masukkan ular ke dalam lubang dan ditimbus oleh Along... Syukur semuanya dah selesai/berakhir.

Ayah dan Fahis nak pulang ke rumah... Adik pula nak ikut... Semangat la tu nak bercerita dengan si Twin - Kakaknya nanti....

Pst ... : Pengajarannya... Lain kali jikalau la si meow tu bising je lain macam, sila check keliling kawasan tersebut. Teringat satu kisah di FB yang kucing bising² sebab nampak ular nak masuk rumah... Besar pulak tu....