"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 20 September 2015

Sekali Sekala : Amboi...Seronoknya Main Hujan

20.09.2015 Ahad 

Anak² bermain sesama sendiri sahaja berikutan keliling, semua jiran² dah pulang ke kampung untuk berhari raya tambahan pula sekrang ni cuti sekolah.... Bermainlah mereka ber4 diluar rumah... Sekeap badminton, sekejap berkejaran, sekejap gasing... Alhamdulillah...Ihsan rajin melayan adik²nya walaupun dah menginjak remaja... Happy sungguh kelihatannya mereka berempat.

Hari ni nampak gayanya hari macam nak hujan. Namun cuaca agak baik juga. Hujan turun rintik² sesekali angin meniup hujan namun tiada sebarang bunyi guruh berdentum mahupun kilat sabung menyabung.

Si gegirl siap mita izin nak main air hujan jikalau hujan turun membasahi bumi. "Tengok keadaan dulu" ujar Mama bila soalan itu diajukan. Sesekali hujan angin datang, mereka tidak berlari masuk ke dalam rumah sepertimana kebiasaaanya. Tapi masing² mengerling Mama takut² Mama marah suruh masuk ke dalam rumah la tu.

Mama kebetulan duduk diluar bermain gasing bersama² mereka tadi... Saja Mama biarkan sebab kelihatannya guruh dan petir memang tiada... Jam pun baru 6.20ptg. Biarlah sekali sekala getus hati kecil Mama.

Hujan yang datang jenis bersama² angin. Kiranya tidaklah sekali datang mencurah². Anak² bila diberi lampu hijau, gembira bukan kepalang termasuklah si Along nya! masing² bergembira di bawah air hujan siap menari gelek bagai. Ditepuk² terajang lopak air yang ada. Jam 6.50ptg.... 3...2...1.... Sila masuk ke dalam rumah bersihkan diri masing² sebelum hanger hinggap ye.... Menderu mereka masuk ke dalam rumah... Nak tergelak pun ada dengan gelagat mereka. Aduhai anak.....