"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 25 September 2015

Nama² Yang Disukai Jin (Berdasarkan Perawatan Islam)


Jikalau nak kata Ninie percaya 100% tidak juga... Nak dikatakan langsung tidak percaya pun tak juga... Maksudnya 50-50. Hakikatnya masa Ninie beri nama Aqilah pada si anak bongsu (sekarang) internet tidak lagi semudah sekarang untuk diakses. Nama yang diberi diambil dari buku nama² indah untuk anak dalam islam. QISTINA nama yang dipilih bermaksud keadilan.

Namun sekarang tatkala internet mudah diakses, ramai yang berkongsi nama yang tak sesuai untuk diberikan kepada naka² dan bila Ninie lihat nama² itulah yang popular buat anak² zaman sekarang.

Ye... Dulu Ninie selalu panggil si bongsu dengan nama ADIK @ AQILAH... Tapi semenjak tahu... Sebab tu kata tadi 50-50... Tak percaya tak boleh, percaya sangat juga tak boleh... Kita ambil yang tengah². Sekarang jika panggil pendek, memang AQILAH (Nama penuhnya Aqilah Qistina). Seboleh²nya elak panggil Qistina kecuali nama penuh Aqilah Qistina. Sukar juga pada awalnya sebab semua biasa panggil Qistina. Namun Alhamdulillah... Makin sikit² makin serasi dengan panggilan Aqilah. Cuma di sekolah rajin juga kawan²nya panggil Qistina.

Bila di Google/search berkaitan nama yang disukai jin ni ramai yang buat entry berkaitannya... Ninie selitkan sedikit sahaja di sini.

**************************************************************

Tentu kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’. Namun, telah terbukti bahawa nama amatlah penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu.

Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.

Walaupun sebutan nama-nama ini sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.

Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak:

Balqis
Qistina/Kistina
Najwa
Zaquan/Zakuan
Batrisya
Erisya

Peringatan daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan.
Sebagai contoh, nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.

Namun, sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya…

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah, banyak kes pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.

Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu ‘dipakai’ jin.

Walau bagaimanapun, tidaklah salah atau berdosa jika sekiranya menggunakan nama tersebut…

#######################################################

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab :
Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..

Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam

**************************************************

Tertarik Mama dengan satu status di FB hari ini (24.09.2015 Khamis) berkaitan dengan nama QISTINA. dari FB : Ariffin Embong. Mungkin beliau menulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Malam ini berada di Hospital Kuala Terengganu. Temani emak melihat anak seorang pesakit di wad kecemasan.Ibunya trauma melihat anaknya berubah tiba-tiba menjelir lidah menjilat baki-baki darah lembu korban di rumahnya.

Saja abg Ipin ambil gambarnya dari belakang untuk tutup keaibannya.Ingat balik kampung tidak mahu jadi tok bomoh tapi bila emak minta, diturutkan jua.

QISTINA AISHAH.Nama anaknya Qistina Aishah. Dia selalu memanggil anaknya Qistina. Qistina ialah nama yang sangat disukai Jin. Sudah sebati anaknya dengan panggilan Qistina.

Jin boleh masuk dalam badan anaknya bila-bila masa kerana ibunya sentiasa memanggilnya Qistina. Allah swt uji dia hari ini dengan memasuki jasad anaknya dan menzahirkan lidah yang panjang untuk menghisap baki darah lembu sembelihan.

Memanjat syiling rumah terus terjatuh hampir hilang nafas dan dikejarkan ke hospital.
Nasib baik doktor yang merawat memahami perubatan Islam, menyakini kewujudan makhluk ghaib ini.SENYUM.

Bila Ipin sampai doktor bertugas senyum. Lembut sahaja menegur, tuan Ipin cuti lama ke di kampung..Ipin senyum juga..balik sekejap sahaja hendak peluk cium emak. Pendekkan cerita..Ipin minta ibunya sendiri bacakan 3'Qul, 7 kali Fatihah dan ayat Qursi..diludah pada tapak tangan dan disapu pada wajah anaknya. Panggilan ditukar kepada Aishah. Jika hendak panggil Qistina juga..panggil sahaja Tina atau QistinaAishah terus.Jin tidak akan dapat menguasai jasad lagi.

Sapukan pati minyak gaharu herba.Alhamdulillah anaknya kembali pulih.
Pesan Ipin kepada ibu muda ini..bila anak kelihatan takut..bacakan al-fatihah dan hembuskan di wajah anak..di dalam al-fatihah terkandung ubat dan pendinding yang paling baik.
Catatan Budak Kampung.

-abgIpin-