"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 18 September 2015

Anak Lelaki Nan Seorang Pulang Ke Rumah

18.09.2015 Jumaat

Hari  ini merupakan hari terakhir persekolahan sempena cuti penggal persekolahan seminggu. Ihsan pulang ke rumah hari ini dari Kuantan menaiki bas ekspress. Jam 3ptg tadi Ihsan dah SMS beritahu yang dia telahpun berada di dalam bas. Sebentar lagi bas akan bergerak.

Mama dan Ayah hari ini berada di HOSHAS berikutan masalah kesihatan Mama (Akan diceritakan di entry lainnya) dan kebetulan pula urusan Mama siap jam5ptg. Aduhai... Memang letih dengan HOSHAS ni... Sedangkan waktu kami sampai tadi tiada orang pun. Kiranya Mama lah orang yang pertama sejak ianya dibuka pada waktu petang. Tapi.... Servisnya.... menunggu tahap kita berbintang² rasanya.

Siap je urusan di sini, kami terus meluncur laju ke Bandar Jengka sebab Ihsan SMS jam 4.40ptg yang dia dah pun tiba di Jengka Sentral. Mama suruh Along menunggu terlebih dahulu dalam 1jam.... In Sha Allah segalanya okay sebab Along pun dah besar.

Kami selamat tiba jam 6ptg. Singgah makan dahulu di kedai Pak Said Char Kuew Teaw kedai bertentangan dengan Jengka Sentral ni dan kemudian bergerak pulang. Singgah ambil si gegirl dahulu di rumah Atuk Neneknya. Dari semalam mereka di sana.