♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Sunday, 14 June 2015

Menyinggah Di Mr. DIY Tanah Putih, Kuantan

14 Jun 2015 Ahad
Lokasi : Mr. DIY Tanah Putih, Kuantan

Selepas menghantar Ihsan masuk ke asrama, kami mulai bergerak pulang... namun hubby sempat lagi berhenti nak menyinggah/menjenguk² Mr. DIY Tanah Putih, Kuantan. OTW katanya... Singgah la sekejap....

Mr. DIY ini 2 tingkat... betul² sebelah kedai perabot. Kalau anda dari Maran nak ke Bandar Kuantan, boleh nampak Mr. DIY ni dari jalan utama tu sebelah kiri...

Berdasarkan pemerhatian Ninie... barangan di sini banyak kepada/menjurus ke arah hardware... Barang² kraf kurang. Ninie cari tali kasut pun takde... Di Mr. DIY Jerantut sentiasa ada tatkala Ninie pergi... Cuma pilihan warna tu atas nasib la.... (Ninie cari sebab nak buat brooch kekononnya)

Dari bawah ke atas... Hubby duk mencari kompas rupanya. Tapi tak jumpa... Bila ditnya pada staf yang berdekatan, dia tunjukkan tempatnya...Tapi bukan rezeki kami... Kompas dah habis stok... Hubby agak urm... sedikit kecewa... Jadi kami ke tujuan asal, jom kita pulang.....