♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Wednesday, 23 December 2015

Muzium Automobil Nasional, Sepang

23.12.2015 Rabu

Sekarang kan musim cuti sekolah. Kali ni Hubby ajak jalan² ke Melaka ke rumah Kakak nya yang baru sahaja berpindah ke sana. Ninie layankan aja... Anak² tak kisah kalau bab berjalan ni memang sentiasa teruja.

Jikalau tadi kami di Putrajaya, kini kami dah pun tiba di Muzium Automobil Nasional, Sepang... Hubby ni memang rajin sangat nak drive sekali sekala katanya.... Kekonon nak masuk la litar sepang tu... Rupanya tak boleh nak masuk sesaja. Dengar la dari luar ni bunyi motor berdaung² tengah buat latihan agaknya.

Masa kami sampai, tiada pun nampak pelawat lainnya. Risau juga pada mulanya jika kami sampai sini sia² sahaja. Namun malu bertanya sesat jalan... Jadi setelah bertanya dengan pengawal keselamatan di sini, katanya boleh masuk ke dalam muzium walaupun bahasa dia kurang Ninie nak faham sebab terang² bukan warganegara Malaysia. Hihiiii

Dah jom masuk... Ok... Tiada bayaran ye... Tulis nama je....

Waktu Melawat :
9.00pagi - 6.00 petang

Tutup :
AHari Raya Aidilfitri & Hari Raya Haji
























Sunday, 20 December 2015

Sesekali Teringin Nak Pijak Batu Reflexology

20.12.2015 Ahad

Hari ni tapak kaki rasa menyucuk² sangat... Mungkin banyak angin dalam badan. Tiba² teringat yang di Taman Gelora belakang rumah ada laluan batu reflexology. Ajak En. Hubby gi jalan² kat sana jap. Walaupun jalannya tak la panjang mana tapi kira ok lah...

Aduhai... Sakit weh bila kaki elok je letak atas batu tu... Pergh.... Jalan pun selow melow je. Tapi si Khalisah Mak aiii laju na siap boleh lari² anak lagi.... Mama baru sampai suku jalan dia dah nun dihujung sana. Semua wajib jalan atas batu hokay!

Bagus sangat... Sesekali rasa nak kentut (kentut je bukan ada orang pun.Wakakaka) dan sesekali sendawa... Uwa... Dah tua rupanya Ninie ni....




Saturday, 19 December 2015

3D Gallery Sungai Lembing, Pahang

19.12.2015 Sabtu

Bila datang mood nak berjalan². Hari ni En. Hubby ajak berjalan² di 3D Gallery Sungai Lembing. Tempat yang baru dibuka dan agak menarik untuk dikunjungi. Layankan sahaja.... Jom...

Sebelum tu nak cari Gallery ni kena rajin² tengok signboard ye sebab bagi Ninie ianya tak boleh nampak terus dari jalan utama.

Waktu Operasi :
8.30am - 6.30pm

Tiket :
RM 16 Dewasa
RM 12 Kanak²

Address :
Jalan Muzium, Kampung Kolong Pahat, 26200 Sungai Lembing, Pahang, Malaysia

Tutup? Tak pula dinyatakan.


Ha...Ini gambar tokey nya ye... Masa kami sampai tadi ramah sangat orangnya....