"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 20 November 2014

Sambutan Hari Pelajar Cemerlang 2014 (Sekolah Agama Rakyat KAFA)

20.11.2014 Khamis

Hari ini giliran Sekolah Agama Rakyat (KAFA) pula buat majlis Sambutan Hari Pelajar Cemerlang 2014. Mama mulanya serba salah sebab kerap sangat ambil cuti ni… Tapi Alhamdulillah dapat keizinan dari big boss untuk masuk lambat. Syukur sangat² dapat Bos yang memahami ni….

Jadinya Mama hadiri juga majlis tersebut tanda sokongan buat anak² semua. Ayah dating juga tapi lambat sedikit berikutan Ayah mengajar dan mungkin juga sibuk.

Hari ini Aqilah membuat persembahan… Hafazan… Adik ni harap je badannya kecil… tapi suaranya besar bukan main mengalahkan 3orang lainnya. Terdengar juga suara² mengatakan ‘besarnya/kuatnya suara dia” bila adik membacakan surah dari ayat suci Al Quran… Adik juga mendapat tempat pertama kelas Tahun 1

Ihsan pula membawa bacaan doa untuk majlis hari ini. Pagi² tadi Ihsan dah ada Majlis Khatam Al Quran. Siap bawa bunga telur dan pulut kuning bagai…

Ihsan juga beberapa antara murid cemerlang UPSA (Ujian Penilaian Sekolah Agama) dengan memperolehi 9A serta mendapat tempat ke 2 dalam Tahun 6. Tahniah!

Khalisah & Khairina? Mereka berdua mendapat tempat ke 12 (Khairina) & 14 (Khalisah) dekat² je kan dalam peperiksaan akhir tahun 2014 murid Tahun 2. Alhamdulillah…

Selesai majlis mama terus bergerak ke tempat kerja…. Urm 65km perlu drive… Jom…hihihihi….