"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 22 November 2014

Negeri Cik Siti Wan Kembang... Kami Datang Ni...

22.11.2014 Sabtu

Nak ke mana kami minggu ini? Haaaaaaaaaaaa… amboi panjangnya ha dia… kikikiki…. Hari ini kami akan ke Negeri Kelantan. Amboi jauhnya perjalanan kali ini… Tapi jauh lagi jalan² ke Wang Kelian tempoh hari…. Pergh… Letih bila diingat²kan.

Sebenarnya tujuan kami ke sana pada hari ini adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan seopis Ninie, Cik Norfitriah. Hari ini dah pangkat Puan la ye. Rombongan rakan² seopis lain telahpun bergerak ke Kelantan pada malam tadi dengan menaiki sebuah bas yang telah disewa khusus untuk ke sini. Kenapa kami tak naik bas? Ha… En. Hubby Ninie ni memang gemar drive kereta sendiri… Adalah rancangannya tu nak menyinggah di mana² nanti… Kami follow aja… Abang yang bawa kereta… Bukan Darling kan kan kan…. Hubby Ninie ni jenis susah percaya jika Ninie yang drive. Kalau ngantuk pun rasanya memang dia tak tidur kalau Ninie yang drive weh… Rela lagi berhenti di mana² RNR untuk lelap sekejap. Kecuali ‘terpaksa’ hihihihi…..

Kami bergerak seawal jam 7.00pagi selepas bersarapan bihun goreng buatan my MIL. Thank you mom… Love you ketat²…. Hubby ikut highway yang baru tu… Buat masa ni tiada tol lagi… Jalannya pun lengang je… Siap Hubby berhenti sebab nak ambil gambar kat papan tanda. Entah bila la kami nak sampai ke sini lagi dan buat peel macam ni…. Kalau buat juga macam nak cari pasal je kut… Agaknya akan datang highway ni nanti jadi kian sibuk setelah siap sepenuhnya….

Kami sampai di rumah pengantin jam 1.00ptg…. Dari Kuantan dengan beberapa kali berhenti sekejap² dengan tujuan untuk ambil gambar kenang²an di Kelantan ni ha…. Pergh penat + lapar dah dibuatnya kami sekeluarga. Pada mulanya ingat nak tunggu rombongan cik kiah yang dari opis nun sekali. Tapi bila dihubungi, mereka masih sibuk membeli belah di bandar…. So kami terus pergi ke rumah pengantin ikut peta jemputan kahwin yang memang ready di bawa bersama. Ruang makan lelaki dan perempuan diasingkan. So Ninie ngan si gegirl dan Ihsan dengan si Ayah… Jom jumpa mak pengantin dan mamam dulu sebelum jumpa pengantinnya. Hahaha… boleh gitu? Lapar weh….

Kat sini lain betul suasanya dengan Pahang. Kalau di Pahang, tengahari tu ramai sangat orang datang dan beransur² kurang setelah jam 3.00ptg. Di sini, kian petang kian ramai orang… Bila ditanya, majlis memang sampai malam pun ada… Wah…. Patutlah makin ramai… Masa kami sampai tadi ada 3/4 lagi meja kosong walhal dah jam 1.00ptg. Elok je kami hampir selesai makan, makin ramai yang datang termasuklah rombongan cik kiah pun baru sampai… Lepak² sekejap dan siap bergambar bagai dengan si pengantin… Jom…. Destinasi seterusnya. Rasa nak ‘landing’ dah ni… sakit habis belakang badan ni rasanya… Check in Jom…. Kat Mana?... Lai lai lai…. Holiday Villa Hotel berdekatan dengan Wakaf Che Yeh….Terujanya….

Dah check in… Landing² jap dan solat… Rancangannya petang ni nak menjenguk² Pasar Siti Khadijah…. Jalan²/lepak² bandar jap… Anak² pula teruja melihatkan kolam renang yang dibina di dalam hotel ini. Tambahan pula anak² rombongan cik kiah duk sibuk berendam bagai… Aish… Janji Mama Ayah esok pagi ye sebelum check out. Walaupun masam mencuka, mereka turutkan jua… Bagus anak² Mama ni….

Ha.... Inilah sesekali berhenti di highway... Jalan lengang je waktu ni....


Berhenti di sini untuk membuang apa yang patut sebentar. Hentian rehat ni nampak cantik... Tandasnya pun besar dan bersih.... Untuk ketika inilah... Harapnya terus²an ye.... Namun masih belum beroperasi sepenuhnya....


Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh... Cantik binaannya daripada kayu... Mungkin Kayu Cengal... Nampak klasik gitu


Masjid Hadhari Bandar Jerteh, Terengganu


Masjid Kg. Lak Lok... Juga di Jerteh


Bergambar bersama pengantin... Tahniah diucapkan... Semoga bahagia hingga ke Jannah

Jom landing² kejap ye.....


Pusing² bandar jom....

Di Pasar Besar Siti Khadijah....
Ninie tak beli apa pun... Sekadar beli serunding sahaja. Memang takde target nak shopping²... Just jalan² sahaja. Ketika ini pasar dah nak tutup... Orang pun tak ramai... Persekitarannya... Aduhai.. agak kotor @ memang kotor? Nak tergelak pun ada bila si gegirl ni nampak 'kucing' besar berlari² laju dengan ekornya yang tirus/kecil.

"Mama tengok kucing tu... Comel! Eh... Tikus la... Besarnya!!!"

Hihihihi.... Memang tikus kat sini besar² semuanya weh. Besar lagi dari anak² kucing yang ada... Haish..... Tak dapat nak bayangkan keadaan di sini...




Santai² kejap di dataran/hadapan Istana Jahar - Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan. Cantik dataran ni. Muzium tu memang kami tak masuklah...Jam pun dah 6 lebih...




Kemudian melepak² jap kat Sungai Kelantan... Tu nampak tak dalam gambar... "Tambatan Di Raja". Kat sini ada jam besar tau...



Kemudian Hubby bawa kami melepak² di tepian Pantai Cahaya Bulan yang terkenal di sini. Hari pun dah kian malam... Kami melepak² sekejap sambil anak² sibuk menunggu deruan ombak yang tak putus². Sekejap besar dan sekejap kecil. Amboi... Seronok bukan main kamu ye....


Selesai di Pantai, entah ke mana la Hubby bawa pusing² ni... Anak² ternampak lukisan di dinding sepertimana di Negeri Pulau Pinang. Siap suruh si Ayahnya berhenti sebab nak ambil gambar. Si Ayah layankan aja... Jom....

Mujurlah gambar² ini berdekatan je....






Masjid Muhammadi (Masjid Negeri Kelantan)

Jom balik Hotel.... Dah bersih²kan diri... Jom kita keluar jalan² ke Wakaf Che Yeh sekejap. Tujuannya nak mengisi perut yang lapar... Jalan kaki je dari hotel ni. Dekat sangat²


Macam² yang dijual disini... Kebanyakkannnya pakaian... Bagi Ninie harganya mahal²... Sebab ada beberapa helai tu bila Ninie belek² dan tanya harga, boleh dapat murah lagi di bandar jengka daripada harga kat sini.

Tapi Ninie belikan 2helai baju untuk Hubby dan Ihsan sebab bagi Ninie harganya ok... Baju t shirt tanpa kolar biasa² je... RM 15 untuk 2helai....

Jom singgah makan... Melihatkan keadaannya macam kembang tekak je... Tapi buat dek je la... Dah sampai kan.... Kami makan sup²...

Ihsan dengan nasi goreng pataya

Bihun sup perut Ninie... Tak disyorkan sebab tengah² syok mengunyah tu ada rasa macam something wrong... Rasanya tak dicuci dengan bersih... Haiya.....

Dah jom balik tido weh.... Mengantuk + penat sangat² dah ni... Esok... Nak ke destinasi yang lain pula.... Ikut perancangan en. Hubby la...