♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Saturday, 25 October 2014

Menjengah Sungai Tekai

25.10.2014 Sabtu

Sebenarnya perjalanan untuk ke sini (Sungai Tekai) tiada dalam perancangan. Awalnya kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin sepupu Ninie di Jengka 10. Selesai di sana, anak² ikut Atuk Neneknya balik ke rumah (Lepar Utara) terlebih dahulu. Jadinya tinggallah kami berdua sahaja. OTW balik, tiba² Hubby membelok ke dalam hutan kawasan rumah orang asli Sungai Tekam Utara. Bila ditanya nak kemana? Hubby jawab saje je nak jalan² kat sini pula… Haish…. Dia buat dah… Nak menjengah Sungai Tekai kat sini pula sebab Hubby kata dia belum pernah sampai kat sana lagi…

Kebetulan lalu terjumpa dengan orang asli. Hubby tanyakan arah padanya dan kami memulakan perjalanan. Perjalan kami tidaklah seteruk mana, biasa² sahaja bagi Ninie sebab keadaan jalannya ok dan sekarang bukan musim hujan. Kalau musim hujan maunya bercinta juga gamaknya. Dari simpang luar/jalan besar ke sini lebih kurang 30km je tapi jalannya yang bukannya jalan raya…faham² sahajalah… Ambil masa hampir 1jam lebih juga nak sampainya. Ninie siap terlelap tau sebab letih sangat rasanya hari ini.

Ok… Dah sampai… Ambil gambar lebih kurang… Jom kita pulang…. Kikikiki… Sesuka hati je kan... Sebab nak tengok sungai je pun... Keluar je dari sini Ninie ajak Hubby ke Jerantut sebab nak beli barang dapur/rumah... Nasib baik mood Hubby ok... Jom katanya.... Weeeeee......



Ambil simpang kanan tau...








Sejuk sangat air sungai ni kata Hubby....

Kelihatan beberapa ikatan rotan di bahu² jalan. Mungkin salah satu punca pendapatan masyarakat orang asli di sini.

Bayangkan macamana keadaan jalan jika musim hujan... Bercinta mungkin nak sampai tu....

Saturday, 18 October 2014

Handphone Baru Untuk Hubby (ASUS)

18.10.2014 Sabtu

Cadangnya nak survey je... Urm... Survey la sangat...Kikiki... Belek punya belek, Hubby berkenan dengan satu hp jenama ASUS ni. Kesian kat Hubby sebab hp sebelum ni macam dah pening. Whatsapp/FB pening² dah... Lama juga duk kat kedai sambil si gegirl naik bosan... macam² ragam keluar.

Keputusan muktamadnya Hubby jadi ambil hp tersebut. Asus Zenfon4 dengan harga RM350+memori 8G dan juga screen protector (murah je sebab kelabu asap je nampak skrinnya) + jelly casing. Ok lah tu.... Janji boleh WhatsApp dengan berFB serta ada GPS dan juga boleh melayari internet kan sayang kan? Hubby memang tak minat hp besar² sebab dia nak yang boleh muat² dalam poket seluar je. Kamera pun biasa² je dan tak ada flash. Kamera digital kan ada ujarnya.

Beli pun di kedai yang sama masa beli handphone Ninie dulu... di Kompleks Teruntum.