"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 3 August 2014

Di Kebun Pulau Rumput, Pekan, Pahang

03.08.2014 Ahad

Wah... Sekarang ni kan musim buah... Jom pergi jenguk² kebun di Pulau Rumput Pekan,Pahang. Sebenarnya kebun family Hubby... Kami sekeluarga ada mood nak menjenguk kebun hari ni... Hubby pun nak mesin rumput katanya...

Ikutkan plan asal hanya Hubby, My MIL, My FIL dan SIL je yang pergi. Tapi tengah duk bersiap² tu tiba² Hubby lembik mulut ajak Ninie dan anak² sekali. Hai.... pulak dah. Hubby nampak bersungguh... Jom ajalah. Pengalaman pertama bagi si gegirl. Ihsan pernah pergi ngikut Ayahnya.

Bila ditanya/diajak si gegirl bukan main seronok lagi mereka nak ke kebun. Apa yang dibayangkan agaknya. Cerita mereka, mereka ada belajar di sekolah pasal kebun. Tengok dalam gambar... Ada pokok buah²an. Mesti seronok... Hihihihi.... Jom...

Kami sampai di kebun lebih kurang jam 10.30pg... bentang kanvas dan keluarkan makanan yang ada.  Tak sampai 1jam si gegirl mula merepek² itu dan ini sebab asyik kena gigit nyamuk dan panas katanya. Jap² kang ajak balik. Kebun pula seberangnya nampak terbentang luas sungai Pahang. Excited si gegirl nak mandi sungai... Lain kali ye sayang sebab airnya kurang cantik untuk mandi manda. Tapi tak lama dapat idea dan akal nak bermain, bila diajak balik pun tak mahu sebab seronok dah. Urm....

Jangan tak percaya ye... Hari ini Ninie ada memanjat pokok buah²an okey!14 tahun dah tak memanjat... kikikiki... memetik buah duku di atas pokok sambil² menguyah terus fresh diatas pokok!





See... wow! Sungai Pahang!

Rumah yang hampir roboh. Dulu² masa Ihsan masih kecil kami pernah melepak² di sini... Ihsan siap berlari² lagi kat dalam rumah tu. Sekarang dah terbiar sebab memang tak ada sesiap yang tinggal dan jenguk²... Keliling penuh dengan rumput² yang meninggi. Sekali pandang macam cerita seram 'rumah berhantu' gitu...Erkkk tak sayang mulut ye...




Jom kutip buah... manis hokeh! Mujur ranting/dahan tak patah... Hihihihi.... maknanya Ninie masih ringan lettew...


Rezeki... Ada cendawan 'tahun' yang tumbuh kat tepi² jalan celah² semak. Tapi semuanya dah kembang payumng. Tak ada yang kuncup... Kalau kuncup tu lagi sedap buat sup. Nyum²...

Aiyark... macamana nak turun ni... Naik pandai sebab guna tangga. nak turun was² sikit...

Pembantu Ninie di bawah pokok. Muhammad Ihsan... Anak lelaki bertuah.

Ha... Si bongsu ni pepandai je manghabiskan masa dengan berselfie guna kamera. Tau² bateri habis je... Haip!

My SIL. Sempat lagi terjun sungai...