"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 24 July 2014

Tahniah Buat Muhammad Ihsan & Aqilah Qistina

24.07.2014 Khamis
26 Ramadhan 1435H

hari ini Ihsan ke sekolah lengkap berpakaian baju melayu yang diberi oleh neneknya dan bersampin. Kata Ihsan hari ini ada Majlis Tadarus & Khatam Al Quran di sekolah... Pulangnya mama dari kerja Ihsan tunjuk beg kertasnya yang mengandungi sijil, bunga telur, pulut kuning dan sebuah buku Surah² amalan harian dalam Al Quran.

Yang membuatkan Mama terkejut sebab si Adik, Aqilah Qistina pun dapat hadiah sebab hafazan katanya. Kata Ihsan sepanjang bulan Ramadhan ini sesiapa yang beri nama untuk masuk tadarus akan bertadarus manakala murid² lainnya akan berkumpul di kantin pada waktu rehat untuk baca Muqaddam/Al Quran iaitu hafazan. Adik pula bila ditanya surah apa yang Adik baca, jawabnya dia sendiri pun tak tahu... Bila cikgu suruh baca, Adik baca sahaja. Adik kata dia pun heran masa nama dia dipanggil untuk menerima hadiah. aduhai Adik... Twin? Cuba lain kali ye....