"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 28 July 2014

Sakit Mata Di Pagi Raya...

28.07.2014 Isnin

Uwa.... Bangun² tidur pagi ini mata sebeleh kiri rasa sungguh tak selesa. Ninie tahu dah...Kompem² mata Ninie ini dah dijangkiti virus sakit mata yang dibawa oleh anak². Sebelum raya, 24.07.2014 Rabu yang lalu Khairina kena sakit mata setelah pulang dari sekolah. Katanya berjangkit dengan rakan sekolahnya.... siap demam² lagi. habis kedua² belah mata Khairina. Khairina kena mata sebelah kanan dahulu.... Pada tengahari Rabu tu Khairina telefon Mama di pejabat beritahu yang dia sakit mata...So Ninie keluar rehat terus cari ubat sakit mata di Farmasi. Kata staff di Farmasi itu ubat ini In Sha Allah paling baik dengan harganya yang boleh tahan RM 21/botol 8ml. Pergh.... harganya.... Syukur Alhamdulillah...Sakit mata Khairina baik dlam tempoh 3hari sahaja.

26.07.2014 Sabtu, Khalisah pula terkena jangkitan mata bermula pada sebelah kiri. Ninie guna ubat titis yang sama. Alhamdulillah,.... sakit mata Khalisah juga beransur baik pada hari ke 3 juga. Namun Ninie pula yang kena pada hari ni di pagi Hari Raya Aidilfitri... Maunya tak sedih. Ninie ingat malam semalam Ninie malas nak bangun basuh tangan lepas titis ubat pada mata Khalisah... Ha...Moralnya... jangan malas² tau... Sebab penyakit ni berjangkit... Maksudnya boleh berjangkit melalui sentuhan dsb.

So pagi raya tu kelopak sebelah kiri mata Ninie membengkak...hilang mood Ninie nak beraya mahupun bergambar...Mood nak tidoooooo je...Boleh gitu? hihihi.... Adik Ipar datang hulurkan spek mata hitamnya untuk dipakai di pagi raya...Wah...terima kasih ye Pak Teh @ Saiful.... Jadinya sepanjang hari la Ninie duk pakai spek tu sambil beraya....

Alhamdulillah sebab penyakit mata @ sakit mata yang kami hadapi ni tak teruk...Maksudnya mata tidak penuh dengan tahi mata yang sampai tak boleh nak buka tu.... Biasa² sahaja. Cuma mata putih tu yang ketara bewarna merah dan kelopak mata cuma bengkak pada hari pertama kena sahaja. Tak pasti samada tindakan pantas /kerajinan mengisi ubat titis mata yang dibeli. Sebab kami bertiga masuk je hari ke 2 kelopak mata dah tak bengkak lagi, hari ke 3 mata putih yang merah menyala tu dah makin pulih.. Tapi amalkan sentiasa rajin basuh tangan ye bila tangan tu terpegang pada mata yang sakit sebab risau tersentuh orang lain je. Kesian orang lain tu tak pasal² berjangkit dengan kita nanti. Anak² pun Ninie sentiasa pesan "Bila terpegang pada mata, pergi basuh tangan cepat². Kesian nanti orang lain kena juga". Mujur anak² ni rajin nak pergi membasuh tangannya.

Disebabkan itu juga mungkin sebab tu mata Ninie cuma kena pada sebelah kiri sahaja dan tidak merebak ke sebelah kanan mata.... Alhamdulillah... Pesanan Ninie... Rajin²kanlah titis ubat mata dalam 4jam sekali dan rajin²kanlah basuh tangan dengan bersih bila terpegang/tersentuh je mata yang sakit... In Sha Allah....

Ha...Ini rupa Ninie di pagi Hari Raya....Uwa....Kikikiki...



Ini ubat titis mata yang dibeli di Farmasi...Alhamdulillah...sangat² membantu.... Tapi pedih sikit tau.... Namanya pun ubat...bukan macam Eye Mo ye.... *