"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 29 June 2014

Anak² : Hari Pertama Berpuasa

29.06.2014 Ahad
01 Ramadhan 1435H

Alhamdulillah... Dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Anak² gegirl Mama seminggu nak puasa ni bukan main teruja. hari² ditelek²nya kalender mengira detik berapa hari lagi kita nak menyambut Bulan Ramadhan. Semangat sungguh! Semangat bertambah bila mengenangkan keseronokkan Hari Raya sebab teruja nak kumpul duit raya!

Ha.... Jangan tak tahu pula.... Semangat² juga... Bukan main lagi sebelum tidur asyik duk ingatkan Mama supaya kejutkan bangun sahur sebab esok nak puasa kalau tak sahur nanti lapar. Ihsan pula request megi awal² lagi. Amboi demand betul.

Hari pertama puasa, semangat masing² bila dikejut supaya bangun untuk bersahur. Mudah je semuanya.... Namun makannya bersuap sebab kalau Mama biarkan makan sendiri nanti nasi ke mana perginya sebab mata tu asyik nak terpejam je.

Siang harinya, Twin tiada masalah apa² sekali dua sahaja mengadu lapar namun nak puasa... Tapi si Adik... Aduhai.. mencabar mental Mama sungguh! Ke mana Mama pergi/ buat kerja Adik pastinya akan mengekori disertai rengekan yang tak putus². Adik tak lapar tapi dahaga... Asyik² sebut nak buka puasa. "Saya nak minum sikit je.." ujarnya.... Amboi... sesenang hati je ye dik... Jam 12.00tgh Mama kerah semuanya pergi tidur. Twin senang menurut arahan, si Adik siap dipopok bagai nak boleh suruh tidur. Tapi jam 4.00ptg Adik bangun dan merengek lagi..... Haish si bongsu ni...Hilang sabar Mama dibuatnya... Dipujuk²pun macam tak jalan je. Kemudian Adik tertidur bila Mama buat dek aja.... Jam 6.00ptg, Adik tersedar lagi dan merengek² lagi. Tension Mama dibuatnya. Dek kerana geram, Mama suruh Adik buka puasa dan jangan ganggu Mama lagi. Aik??? Bila Mama suruh tak mahu pula, Adik dapatkan Ayah dan melepek dengan Ayah sambil tengok TV. Bila masuk waktu berbuka Adiklah yang paling ceria...Semua nak dimakannya.... Bila ditanya "Esok Adik nak puasa tak?"... "Nak lah... Saya dahaga je" Haish si kecil ni..... Sabar je lah...

Anak² Mama yang keletihan di hari pertama berpuasa. Siap tidur lagi... Ihsan, baca buku, tak lama lepas tu dengan dia²pun lelap.